♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Thursday, March 15, 2018

Neeyaz demam

الله أكبر

Hari ni hari ketiga aku ambil emergency leave. Baby Neeyaz masih demam. Dah masuk hari keempat hari ni.

Semalam kitorang bawak baby Neeyaz ke klinik lagi sebab hari ketiga baby demam. Doktor suggest buat ujian darah kat klinik kesihatan kerajaan sebab takut-takut ada virus yang berbahaya.

So, pagi tadi aku dan enche Neezam ke KK biasa check-up Neeyaz untuk check darah. Alhamdulillah... results came out ok jer semua. Tak der yang bahaya.

Lega mama.

Apapun... aku masih risau sebab dah lama sangat demam.

Bila demam, memang tak boleh buat apa lah. Memang baby Neeyaz nak aku jadi 'sofa' dia. Maklumlah... mama dia ni kan elok jer empuk. Huhuhu... Bolehlah tahan lama kalau duduk atas mama sambil tengok tv. Kalau letak atas kerusi... terus baby meraung.

So, aku pun layanlah Didi & Friends dan lain-lain kartun sekali.

Huhuhu...

Oh... salah satu kartun favorite baby Neeyaz ialah Larva. Hahaha... actually... aku pun suka gak. Kelakar giler!

Baby Neeyaz kalau dengar jer lagu pembukaan dia... mula lah tergendut-gendut perut dia. Huhuhu...

Alhamdulillah... nampak gayanya hari ni keadaan baby Neeyaz macam dah bertambah baik walaupun suhu badan masih suam-suam lagi. Dah nak lah main-main.

Susah hati sangat bila anak-anak tak sihat. Diri sendiri pun rasa macam tak sihat.

Tolong doakan baby Neeyaz cepat sembuh yer semua.

Terima kasih. Hanya Allah swt sahaja dapat membalas.

No comments :

back to top