♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Thursday, March 29, 2018

Naufal... harap bersabar...

Hari ni buat satu lauk jer. Penat sangat... entah kenapa.

Buat sup tulang kegemaran Naufal.  Kemain seronok lagi Naufal. Tak sabar nak makan.

Wednesday, March 28, 2018

Pengemis: Antara simpati dan realiti

Artikel enche Neezam hari ni di dalam akhbar  Berita Harian sisipan Minda.

Untuk artikel penuh, boleh ke link bawah ni:-
https://www.pressreader.com/malaysia/harian-metro/20180328/281895888791903

Selamat membaca dan semoga bermanfaat.

Tuesday, March 27, 2018

Ada yang nak kena vakum ni

Ni kalau tak kemas sebelum gi sekolah esok pagi... memang nak kena vakum gamaknya...

Solat dulu... kalau tak kemas lego-lego ni... memang mama jadi hulk esok pagi.

Lego Naufal memang berbakul-bakul. Naufal memang suka sangat lego. Mama dan ayah pun dok membelikan ajer.

Tapi...

bila dah bersepah-sepah! Lebih-lebih lagi kalau terpijak... Adoiii... memang rasa nak mengamuk!

Sunday, March 25, 2018

Sebelum cuti sekolah berakhir...

Sian anak-anak... tak berjalan pun sepanjang cuti sekolah ni. Mama dan ayah busy bekerja. Niesreena dan Naufal duduk kat rumah jer. Nak balik kampung pun tak boleh sebab Niesreena tuisyen.

So, sebelum cuti sekolah berakhir, kebetulan ayah pun ada kerja kat Kinrara ni... So, kitorang pun ikutlah sama. Kinrara Resort ni memang tempat favorite kitorang sebab swimming pool dia betul-betul depan bilik. Dan kitorang biasanya akan request favorite room kitorang. Dan biasanya memang dapat.

Budak sorang ni mengikut jejak kakak dan abang dia... Memang suka giler main air. Kitorang plak yang risau sebab baby Neeyaz nak lepas dalam kolam. Huhuhu...

Baby Neeyaz... kalau nampak kolam memang tak sabar-sabar nak terjun! Nak-nak sebab bilik memang berdepan dengan pool. Hmmm... dari dalam bilik dah bising nak ke pool.

Alhamdulillah... diorang seronok walaupun dapat bercuti sekejap dan dekat jer kali ni.

Tapi kali ni ada incident yang memang buat aku berdebar dan cemas giler. Maklumlah musim cuti sekolah ni memang ramai orang.

Macam biasa, lepas sarapan Niesreena dan Naufal nak ke kolam. Enche Neezam dah gi kerja. Aku pulak nak bagi Neeyaz makan. So, aku bagi Niesreena dan Naufal gi mandi dulu. Lepas baby Neeyaz makan, aku akan menyusul.

Bilik kitrorang mengadap kolam kanak-kanak. Niesreena dan Naufal nak mandi kat tempat dewasa. Aku ok kan ajer sebab Niesreena dan Naufal dah pandai berenang. Dan diorang biasanya akan mandi and take care of each other. So, diorang pun gi mandi kolam dulu sementara aku bagi baby Neeyaz makan.

Tak berapa lama lepas tu, masa tengah suap baby Neeyaz makan, aku tengok orang ramai kat kolam kanak-kanak tu berlari ke kolam dewasa. Dan dengar ada budak jerit, "ada budak lemas!".

Ya Allah!

Terus kepala kat Niesreena dan Naufal.

Aku terus dukung baby Neeyaz dan berlari tak cukup tanah ke kolam dewasa.

Aku nampak orang ramai dah berkumpul kat tepi kolam.

Hati aku berdebar-debar dan badan mula menggeletar.

Dalam ramai-ramai tu aku nampak kelibat Niesreena dan Naufal, saling berpegangan tangan. Terus aku berhenti berlari... terasa lega... tapi badan masih menggeletar... rasa nak jatuh pun ada...

Ya Allah! Bersyukur sangat... Niesreena dan Naufal selamat.

Alhamdulillah...

Terus aku dapatkan Niesreena dan Naufal dan peluk diorang. Tak dapat aku bayangkan kalau anak-anak aku yang malang tu.

Aku nampak budak yang lemas tu terbaring disebalik orang ramai. Lebih kurang besar Naufal. Tapi parents budak tu macam tak der kat situ. Terdengar orang cakap, "anak kak Daxxxx, anak kak Daxxxx..."

Ya Allah! Mana mak bapak dia?

Aku tak henti berdoa agar budak tu selamat.

Kejap tu budak tu tersedar dan menangis. Alhamdulillah...

Budak yang lemas tu antara orang datang ke hotel tu dalam group yang ramai. Semua pakai baju sama. Aku rasa diorang ada family day kot kat hotel ni. Tapi macam mana sorang pun tak boleh tengok-tengokkan budak tu. Takkan dalam ramai-ramai tu, tak nampak budak tu hampir lemas? Dan mana perginya parents dia?

Insiden ni memang bagi pengajaran pada aku.

Walaupun Niesreena dan Naufal pandai berenang, aku tetap akan tengok diorang bila diorang mandi kat pool. Malang tak berbau. Aku tak nak menyesal di kemudian hari disebabkan sikap sambil lewa atau malas.

Waktu tu jugak aku sedar betapa aku tak boleh kehilangan ketiga-tiga anak-anak aku.

Ya Allah! Lindungilah anak-anak aku... jauhilah mereka dari segala mala petaka...
Ameen...

Saturday, March 24, 2018

Earth Hour : Didik anak sayangi Bumi

Artikel enche Neezam di akhbar Harian Metro di sisipan Minda hari ini.

Untuk artikel penuh, boleh klik di link bawah ni:-
https://www.pressreader.com/malaysia/harian-metro/20180324/281848644144175

Selamat membaca. Semoga bermanfaat.

Thursday, March 22, 2018

Jom sarapan di McD

Jom breakfast...

Musim cuti sekolah ni jer lah boleh layan.

Pekena set 1+1 set sarapan McD. Rasa berbaloi...

Monday, March 19, 2018

Durian Segamat! Terbaeekkkk!

Semalam ayah tok dan mak tok datang rumah. Bawak durian Segamat! Memang terbaek!

Tengok Naufal... Kemain happy dapat durian.

Ada yang manis... ada yang pahit!

Sedap giler!

Neeyaz ni acah-acah jer... Baru jer baik demam... Tak berani nak kasi durian.

Dia dok nganga jer... Kesian... next time lah yer... Alhamdulillah... puas hati!

Terima kasih, ayah tok!

Durian Segamat memang terbaek!

Sunday, March 18, 2018

Saya dah sehat!

Yey!

Saya dah sehat!

Alhamdulillah... Terima kasih atas doa semua.

Thursday, March 15, 2018

Neeyaz demam

الله أكبر

Hari ni hari ketiga aku ambil emergency leave. Baby Neeyaz masih demam. Dah masuk hari keempat hari ni.

Semalam kitorang bawak baby Neeyaz ke klinik lagi sebab hari ketiga baby demam. Doktor suggest buat ujian darah kat klinik kesihatan kerajaan sebab takut-takut ada virus yang berbahaya.

So, pagi tadi aku dan enche Neezam ke KK biasa check-up Neeyaz untuk check darah. Alhamdulillah... results came out ok jer semua. Tak der yang bahaya.

Lega mama.

Apapun... aku masih risau sebab dah lama sangat demam.

Bila demam, memang tak boleh buat apa lah. Memang baby Neeyaz nak aku jadi 'sofa' dia. Maklumlah... mama dia ni kan elok jer empuk. Huhuhu... Bolehlah tahan lama kalau duduk atas mama sambil tengok tv. Kalau letak atas kerusi... terus baby meraung.

So, aku pun layanlah Didi & Friends dan lain-lain kartun sekali.

Huhuhu...

Oh... salah satu kartun favorite baby Neeyaz ialah Larva. Hahaha... actually... aku pun suka gak. Kelakar giler!

Baby Neeyaz kalau dengar jer lagu pembukaan dia... mula lah tergendut-gendut perut dia. Huhuhu...

Alhamdulillah... nampak gayanya hari ni keadaan baby Neeyaz macam dah bertambah baik walaupun suhu badan masih suam-suam lagi. Dah nak lah main-main.

Susah hati sangat bila anak-anak tak sihat. Diri sendiri pun rasa macam tak sihat.

Tolong doakan baby Neeyaz cepat sembuh yer semua.

Terima kasih. Hanya Allah swt sahaja dapat membalas.

Tuesday, March 13, 2018

Judi menghancurkan ummah

Artikel enche Neezam hari ni di akhbar Harian Metro sisipan Minda.

Untuk artikel penuh, boleh klik di link bawah ni
https://www.pressreader.com/malaysia/harian-metro/20180313/282995400388892

Selamat membaca dan semoga bermanfaat.

Thursday, March 8, 2018

Hak jiran tetangga dalam Islam

Artikel enche Neezam hari ni di akhbar Harian Metro sisipan Minda menyentuh mengenai hidup berjiran.

Untuk artikel penuh, sila klik di link bawah ni: -
https://www.pressreader.com/malaysia/harian-metro/20180308/281934543457363

Selamat membaca dan semoga bermanfaat.

Tuesday, March 6, 2018

Khairunneeyaz dah 10 bulan

Dah 10 bulan dah! Cepatnya masa berlalu! Dah 10 bulan dah!

Alhamdulillah... Baby Khairuneeyaz baby yang ceria. Memang pemurah senyuman sungguh. Celik-celik mata jer terus senyum tengok muka mama dan ayah.

Tengok gigi baby Neeyaz... dah banyak dah... 4 batang gigi atas dan 4 batang gigi bawah.

Buat masa ni, berjalan belum lagi. Cuma berani-berani nak berdiri jer. Tapi tak menapak pun.

Tunggukan masuk 10 bulan ni macam mana. Dulu Naufal mula berjalan dalam usia 10 bulan. Niesreena masa 11 bulan. Baby Neeyaz? Tak per... lambat pun tak per. Jangan membesar cepat sangat, sayang...

Semakin hari semakin sayang!

Semoga anak mama membesar menjadi anak yang ceria dan positif sentiasa.

Luv you so much

back to top