Hari ni aku masih bercuti lagi. Company memang bagi 2 hari cuti bonus sempena CNY. So, hari ni berkesempatan bawak Niesreena gi tampal gigi.
Macam biasa, kalau ada apa-apa masalah gigi, aku suka ke Klinik Pergigian Syifa di Nilai ni. Aku rasa doktor dia bagus dan harganya berpatutan. Kliniknya pun bersih dan selesa.
Ni first time Niesreena tampal gigi. Dah berhari-hari mengadu sakit gigi. Aku perasan tengok ada lubang kat geraham dia.
Aku dulu masa sekolah takut nak kena tampal gigi. Entah kenapa... Bukannya sakit pun. Cuma rasa seram. Hahahhaa...
Niesreena kata dia tak takut jumpa doktor gigi dan tak paham kenapa kengkawan kat sekolah takut sangat bila doktor gigi datang sekolah.
Tapi bila dah kena tampal gigi... siap bius bagai... Niesreena kata, barulah Reena tahu kenapa orang takut jumpa doktor gigi. Huhuhu...
No comments :
Post a Comment