Alhamdulillah... baby Neeyaz dah masuk 8 bulan.
Sejak dari usia baby Neeyaz 6 bulan, kitorang dah start bagi makan solid food. Cuma puree buah-buahan dan puree sayur-sayuran yang aku beli dah siap. Sebab aku tak der masa nak buat. So, belilah puree dalam botol jenama Heinz tu. Neeyaz memang enjoy sangat makan makanan pejal.
Cumanya masa tu, aku masih tak bekalkan ke taska. Baby Neeyaz hanya makan waktu pagi dan malam kat rumah jer. Sepanjang kat taska masih bergantung sepenuhnya pada susu.
Bila dah masuk 8 bulan, barulah aku start sediakan bubur nasi untuk baby Neeyaz. Alhamdulillah... memang berbaloi-baloi buat bubur nasi untuk baby Neeyaz sebab setiap kali makan, mesti habis! Enjoy sangat!
So, buat masa ni, antara menu yang telah aku sediakan untuk baby Neeyaz ialah:-
Bubur nasi ikan bilis
Bubur nasi ayam
Bubur nasi lobak merah
Bubur nasi brocolli
Bubur nasi dengan kentang + brocolli + keju cheddar
Bubur-bubur yang disediakan akan disimpan dalam bekas-bekas kecil ni.
Kemudian disimpan dalam freezer. Satu bekas untuk sekali hidangan.
Biasanya makanan pejal frozen macam ni boleh bertahan sampai 3 bulan. Tapi aku buat untuk 2 minggu jer. Tak nak simpan lama-lama. Lagipun setiap kali buat, nak tukar menu-menu lain supaya baby Neeyaz tak bosan makan menu yang sama setiap kali.
Setiap kali ke taska, aku akan bekalkan satu bekas bubur dan 2 paket snek.
Tapi sejak beberapa hari ni, macam tak cukup jer 1 bekas tu baby Neeyaz makan. Tapi bila bagi 2, tak habis pulak. Hmmmm... so, lepas makan, kena bagi susu pulak.
Makanan baby Neeyaz ni, biasanya aku masakan 1 pot nasi, dapat dalam 28 kontena. Jadi stok makanan untuk 2 minggu. Satu hari 2 kontena; satu tengahari dan satu malam.
Biasanya aku akan masak bubur nasi kosong dahulu.
Bahan tambahan seperti lobak, brocolli dan kentang akan direbus berasingan.
Dan kemudian akan dikisar bersama-sama dengan bubur nasi.
Mungkin ada sesetengah ibu, untuk usia baby 8 bulan dah tak kisar bubur dan bagi jer bubur nasi. Tapi aku belum bersedia lagi. Tunggulah bila baby Neeyaz 10 atau 11 bulan, baru berani nak bagi bubur nasi tak dikisar.
Bila dah dikisar halus, barulah dimasukkan dalam bekas-bekas kecil ni.
Bubur nasi ayam
Bubur nasi broccoli
Bubur nasi lobak merah
Dan menu yang baru aku cuba ni memang sedap.
Bubur nasi + kentang + broccoli + keju cheddar
Ada rasa masin-masin keju sikit. Sedap!
Rebuskan broccoli dan kentang. Kemudian kisarkan semuanya dengan 1 cawan bubur nasi.
Sedap!
Bila baby Neeyaz enjoy makan. Mama pun jadi enjoy sediakan makanan pejal baby Neeyaz. Insya Allah... ada rezeki nak buat menu-menu lagi pulak. Mungkin boleh cuba pasta dan speghetti jugak kan.
Buat masa ni, aku cuma bagi baby Neeyaz makan 2 kali sehari. Alhamdulillah, setakat ni tak der masalah sembeli ke hapa. So, mungkin lepas ni bolehlah bagi makan 3 kali sehari pulak.
Hmmm... apa menu akan datang yer?
No comments :
Post a Comment