♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Monday, January 29, 2018

Keputusan UPPK 2017 Niesreena

Alhamdulillah!

Alhamdulillah!

Alhamdulillah!

Ya Allah! Kami bersyukur ke hadratMu ya Allah!

Ya Allah!

Aku memang teruja sangat! Memang happy giler!

Sebab ni kali pertama Niesreena menduduki peperiksaan besar dan alhamdulillah Niesreena berjaya beroleh straight A... 8A! Syukur alhamdulillah!

Memang berdebar tunggu keputusan nak keluar jam 11 pagi tadi. Nervous rasa sama macam masa tunggu turn nak pergi OT bersalinkan Niesreena dulu. Huhuhu...

Alhamdulillah... bila tengok keputusan Niesreena. Aku tarik nafas lega. Dan bersyukur yang tak berkesudahan.

Tahniah Niesreena! Terima kasih atas usaha Reena selama ni. Mama appreciate sangat Reena berusaha bersungguh-sungguh. Semoga sentiasa menjadi contoh kepada adik-adik.

Mama dan ayah bangga dengan Reena.

♡ ♡ ♡ ♡ ♡

Thursday, January 25, 2018

Buang konsep nasi dah jadi bubur

Artikel enche Neezam hari ni di akhbar Harian Metro di sisipan Metro berkisar kisah pelajar biadab menghisap rokok dalam kelas tatkala guru sedang mengajar di hadapan.

Untuk artikel penuh, sila ke link di bawah
https://www.pressreader.com/malaysia/harian-metro/20180125/281835759125908

Selamat membaca dan semoga bermanfaat!

Friday, January 19, 2018

Resepi makanan pejal 8 bulan baby Neeyaz

Alhamdulillah... baby Neeyaz dah masuk 8 bulan.

Sejak dari usia baby Neeyaz 6 bulan, kitorang dah start bagi makan solid food. Cuma puree buah-buahan dan puree sayur-sayuran yang aku beli dah siap. Sebab aku tak der masa nak buat. So, belilah puree dalam botol jenama Heinz tu. Neeyaz memang enjoy sangat makan makanan pejal.

Cumanya masa tu, aku masih tak bekalkan ke taska. Baby Neeyaz hanya makan waktu pagi dan malam kat rumah jer. Sepanjang kat taska masih bergantung sepenuhnya pada susu.

Bila dah masuk 8 bulan, barulah aku start sediakan bubur nasi untuk baby Neeyaz. Alhamdulillah... memang berbaloi-baloi buat bubur nasi untuk baby Neeyaz sebab setiap kali makan, mesti habis! Enjoy sangat!

So, buat masa ni, antara menu yang telah aku sediakan untuk baby Neeyaz ialah:-

Bubur nasi ikan bilis
Bubur nasi ayam
Bubur nasi lobak merah
Bubur nasi brocolli
Bubur nasi dengan kentang + brocolli + keju cheddar

Bubur-bubur yang disediakan akan disimpan dalam bekas-bekas kecil ni.

Kemudian disimpan dalam freezer. Satu bekas untuk sekali hidangan.

Biasanya makanan pejal frozen macam ni boleh bertahan sampai 3 bulan. Tapi aku buat untuk 2 minggu jer. Tak nak simpan lama-lama. Lagipun setiap kali buat, nak tukar menu-menu lain supaya baby Neeyaz tak bosan makan menu yang sama setiap kali.

Setiap kali ke taska, aku akan bekalkan satu bekas bubur dan 2 paket snek.

Tapi sejak beberapa hari ni, macam tak cukup jer 1 bekas tu baby Neeyaz makan. Tapi bila bagi 2, tak habis pulak. Hmmmm... so, lepas makan, kena bagi susu pulak.

Makanan baby Neeyaz ni, biasanya aku masakan 1 pot nasi, dapat dalam 28 kontena. Jadi stok makanan untuk 2 minggu. Satu hari 2 kontena; satu tengahari dan satu malam.

Biasanya aku akan masak bubur nasi kosong dahulu.

Bahan tambahan seperti lobak, brocolli dan kentang akan direbus berasingan.

Dan kemudian akan dikisar bersama-sama dengan bubur nasi.

Mungkin ada sesetengah ibu, untuk usia baby 8 bulan dah tak kisar bubur dan bagi jer bubur nasi. Tapi aku belum bersedia lagi. Tunggulah bila baby Neeyaz 10 atau 11 bulan, baru berani nak bagi bubur nasi tak dikisar.

Bila dah dikisar halus, barulah dimasukkan dalam bekas-bekas kecil ni.

Bubur nasi ayam

Bubur nasi broccoli

Bubur nasi lobak merah

Dan menu yang baru aku cuba ni memang sedap.

Bubur nasi + kentang + broccoli + keju cheddar

Ada rasa masin-masin keju sikit. Sedap!

Rebuskan broccoli dan kentang. Kemudian kisarkan semuanya dengan 1 cawan bubur nasi.

Sedap!

Bila baby Neeyaz enjoy makan. Mama pun jadi enjoy sediakan makanan pejal baby Neeyaz. Insya Allah... ada rezeki nak buat menu-menu lagi pulak. Mungkin boleh cuba pasta dan speghetti jugak kan.

Buat masa ni, aku cuma bagi baby Neeyaz makan 2 kali sehari. Alhamdulillah, setakat ni tak der masalah sembeli ke hapa. So, mungkin lepas ni bolehlah bagi makan 3 kali sehari pulak.

Hmmm... apa menu akan datang yer?

Thursday, January 18, 2018

Bahana mentaliti tak bertamadun

Alhamdulillah... Artikel enche Neezam disiarkan lagi hari ni di akhbar Harian Metro sisipan Minda.

Artikel kali ni mengulas mengenai isu kerusi dibaling di rumah pangsa hingga menyebabkan kematian.

Untuk artikel penuh, sila ke link di bawah:-
https://www.pressreader.com/malaysia/harian-metro/20180118/281865823883019

Selamat membaca dan semoga bermanfaat.

Wednesday, January 17, 2018

First time demam...

Dah dua hari baby Neeyaz demam. First time demam. Tapi budak baik ni tak banyak ragam. Badan panas... tapi tetap tak lokek dengan senyuman. Cuma baby Neeyaz kurang aktif, kurang makan dan kurang minum susu dari biasa.

Doakan baby Neeyaz cepat sembuh yer.

#babykhairunneeyaz #8b1m #budakbaik #firsttimefever

Monday, January 15, 2018

Aipppp... tangan comel saper tu?

Hari ni Negeri Sembilan cuti... Biasalah... bila N9 jer cuti, terpaksalah ayah tinggal dengan anak-anak kat rumah. Mama kerja Selangor... so bye bye lah... huhu...

Rajin enche Neezam... dari breakfast, ke lunch hingga ke minum petang pun enche Neezam prepare.

Tetiba enche Neezam whatsapp gambar ni.

Aipppp... comel jer tangan nak makan keropok tu...

Ada hati nak makan keropok ikan yer dak comel ni.

Tengok jer lah dulu yer. Dah besar sikit nanti makanlah puas-puas.

Huhu...

Friday, January 12, 2018

Company annual dinner | Let's get back to school!

Cikgu Julieana is back!

So hari ni ada company annual dinner. Berbanding dari kebiasaan, dinner kali ni diadakan di dalam office memandangkan office dah berwajah baru! So, sambil annual dinner... sambil 'office warming' party lah. Dua ratus lebih staff semua berkumpul kat satu hall... memang gamat!

Tema kali ni ialah back to school... dan aku memilih untuk ambik karektor cikgu.

Tengok semua anak-anak murid comel-comel. Huhuhu...

Tahniah juga buat kawan-kawan yang dapat 5, 10 & 15 years award. Lama giler dah korang kerja weh!

Insya Allah 3 tahun lagi aku ambik untuk 10 years award pulak. Semoga terus bertahan! Huhuhu...

Best tau hadiah... dapat jongkong emas! Makin lama kerja, makin besar jongkong emas 999 yang boleh dapat.

Thanks boss for your appreciation!

Semoga PC Group terus maju dan berkembang!

Thursday, January 11, 2018

Hambat kencing manis jauh-jauh

Artikel enche Neezam hari ni di akhbar Harian Metro sisipan Minda.

Arikel penuh di link bawah:-
https://www.pressreader.com/malaysia/harian-metro/20180111/281887298705672

Semoga bermanfaat!

Tuesday, January 9, 2018

Sayang duit daripada nyawa

Artikel enche Neezam yang disiarkan 6hb yang lepas di akhbar Harian Metro, sisipan Minda. Arikel berkaitan isu keselamatan jalan raya.

Untuk artikel penuh, boleh klik di link di bawah:-
https://www.pressreader.com/malaysia/harian-metro/20180106/281775629546872

Selamat membaca dan semoga bermanfaat.

Monday, January 8, 2018

Baby Neeyaz dah masuk 8 bulan

Hi semua! Nama saya Khairunneeyaz. Saya dah 8 bulan.

saya budak pemurah senyuman. Celik-celik mata dari tidur mesti senyum, tengok orang saya senyum, waktu main saya senyum, waktu makan saya senyum, waktu saya senyum, sebelum ngamuk pun saya senyum dulu! Sampai mama dan ayah saya compius, saya tengah gelak ke atau tengah nangis. Huhuhu...

mulut saya becok sangat-sangat... antara vocab saya.. "mamama...tatata... bababa... bapak!" Macam mana boleh datang bapak pun tak tau... huhuhu...

gigi saya dah ada 6 batang; 4 kat atas, 2 kat bawah. Saya suka gigit jari mama dan ayah.

saya dah laju sangat merangkak. Semua tempat saya dah boleh explore sendiri.

saya suka berdiri tapi belum berjalan... tapi saya tak suka masuk walker. Nanti saya jerit kuat-kuat kalau duduk dalam walker

saya dah start makan bubur nasi. Saya suka makan bubur mama buat macam-macam perisa. Saya nak gemuk macam mama..

saya memang pantang tengok orang makan. Apa orang makan... sumer saya nak try... hehehehe...

~ "Nak cikit, abang! Nak! Nak! Naaakkkkk!" ~

saya suka mandi kolam. Suka sangat-sangat! Kalau tengok kakak dan abang masuk kolam dulu, saya mesti meronta-ronta nak masuk kolam jugak.

saya budak manja. Favorite person saya tentulah mama saya... sebab mama saya empuk macam tilam vono... huhu... kitorang geng double chin... jangan tak tahu!

Ini post mama saya tentang kakak dan abang saya masa berusia 8 bulan jugak. Cubalah tengok... muka saya iras saper... kakak atau abang?

Niesreena 8 bulan

Naufal 8 bulan

back to top