♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Wednesday, December 6, 2017

🎂🎂 My dear Niesreena, it is your 11th birthday! 🎂🎂

"My dear Niesreena, it is your 11th birthday!

Mama minta maaf sebab tahun ni pun tak dapat nak ada dengan Reena masa birthday Reena macam Reena nak. Nanti Reena balik, kiter celebrate sama-sama k. Mama dah beli hadiah birthday untuk Reena. Bukan dari wishlist Reena tu. But u will definitely love it.

Mama sentiasa mendoakan Reena; kejayaan dunia akhirat, menjadi anak yang solehah, hamba Allah yang taat, menjadi contoh yang baik pada adik-adik, sentiasa sehat dan dilindungi Allah 24/7!

Happy birthday, Reena.

Enjoy your birthday with mak tok, ayah tok, naufal, naylee, sofiea and lessie

Mama and ayah love u so much my little princess."

#khairunniesreena #birthdaygirl #11yearsold #alwaysmybabygirl #myfirstborn #061206

*****

Alhamdulillah... dah besar dah anak mama. Macam biasa, kebanyakkan bila tiba hari lahir Niesreena, dia akan berada kat kampung. Kitorang akan celebrate birthday Niesreena bila berjumpa selepas tu.

Beberapa minggu lepas, sebelum balik kampung, Reena kata nak sambut birthday dengan mama dan ayah tahun ni. Tapi nak buat macam mana? Niesreena dan Naufal kat kampung. Dan mama dan ayah terpaksa bekerja.

Sedih jugak bila fikirkan kehendak dia yang tak dapat ditunaikan.

Tapi nak buat macam mana. Yang pastinya, Reena balik hujung minggu ni, kiter gi celebrate ok.

Tengok balik post-post setiap kali tiba birthday Niesreena, mostly memang kat Segamat. Tiap kali tu jugak, bila buat posting tentang birthday Niesreena, mama akan minta maaf sebab tak dapat celebrate sama-sama. Sorry sayang...

Tengok perubahan Niesreena setiap tahun, makin lama, makin gelap. Huhuhu... Sebab berpanas kat sekolahlah ni.

Ni yang seronok ada blog. Boleh tengok balik post-post dan kenangan yang lepas-lepas. Semoga kerajinan menulis blog ni akan terus bertahan.

Niesreena born day
Niesreena 1st birthday @ Melbourne Museum
Niesreena 2nd & 3rd birthday tak der post. Masa ni kat Melbourne. Ntah apalah yang sebuk sangat.
Niesreena 4th birthday dah balik Malaysia
Niesreena 5th birthday @ Segamat
Niesreena 6th birthday @ Segamat
Niesreena 7th birthday @ Segamat
Niesreena 8th birthday @ rumah auntie Isma & uncle Hairil reunion
Niesreena 9th birthday @ Segamat
Niesreena 10th birthday @ Segamat

#imsoglad #iamablogger
#bloguntukanakanak

Hadiah tahun ni... harap Niesreena suka... Jumpa hujung minggu ni baru boleh kasi.

No comments :

back to top