Cuti sekolah dah bermula.
Niesreena dan Naufal dah sibuk tanya nak gi jalan mana. Diorang ajak ke Legoland, memandangkan kitorang ada annual pass. Tapi aku tengok harga hotel waktu-waktu cuti sekolah ni agak mahal dan pastinya akan ramai sangat orang. So, next time jer lah.
So, pagi ni, kitorang cadang gi beli barang dapur jer kat Mydin Seremban 2. Kitorang memang suka membeli-belah barang dapur kat Mydin sebab lebih barang-barang lebih murah. Lepas tu ada point yang kiter boleh tukar dapat voucher. So, lebih jimat.
Biasanya kitorang akan shopping kat Mydin Bandar Enstek, tapi aku lebih suka ke Mydin Mall Seremban 2. Lebih banyak barang, lebih luas dan lebih selesa.
Double dagu mak.
On the way ke Seremban 2, kitorang sempat berhenti minum cendol sagu rumbia yang famous kat jalan Labu-Seremban ni. Selalu lalu jalan ni, tak pernah sempat nak singgah. So, hari ni... kiter try lah... Lebih-lebih lagi sebab hari tu kedai cendol sagu rumbia ni masuk Majalah 3.
Gambar google. Tak sempat nak gambar sign dia yang besar ni.
Susah nak dapat tau cendol sagu rumbia ni. Kat sini harga semangkuk RM2.50. Selain cendol, ada jugak laksa dan pelbagai jenis kuih muih. Keria gula merah pun ada! Sedap betul!
Selesai mengalas perut, kitorang terus ke Mydin Mall. Shopping time!
Lepas shopping, tetiba enche Neezam ajak gi Port Dickson. Nak makan steamboat katanya. Kitorang pun tengah lapar jugak sebenarnya. Tapi tahankan jugaklah perut sehingga sampai ke Port Dickson.
Alhamdulillah... cuaca mendung dan berangin.
Best!
Dan nasib baik... ada jugak sebijik lori steamboat yang dah bukak petang-petang cam ni. Ingatkan diorang akan buka malam jer.
Alhamdulillah... rezeki!
Sedapnya....
Seronoknya makan tepi pantai. Sambil tengok sunset.
Sayang Niesreena dan Naufal tak bawak swimming suit. Kalau tak boleh mandi pantai. Tu pun dah berpasir-pasir dah memasing. Nasib baik tak basah jer. Huhu...
Dak Neeyaz, sepanjang kitorang kat pantai, dia bantai tidur jer. Penat kot sebab kat Mydin tadi dok berjaga jer. Baby Neeyaz pun cuci mata jugak. Huhuhu...
Seronok jugak sekali-sekala tak perlu plan-plan tapi jalan ikut rasa jer.
Bebudak pun seronok.
Ni jer lah jalan... pas ni sepanjang cuti sekolah ni duduk rumah jer lah yer anak-anak. Mama dan ayah terpaksa bekerja.
No comments :
Post a Comment