♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Sunday, December 31, 2017

2017 tahun terbaik

السلام عليكم

Sedar tak sedar dah habis setahun 2017.

Alhamdulillah... tahun 2017 dapat dilalui dengan yang baik-baik sahaja.

Sudah tentu yang terbaik tahun ni tentulah dengan kehadiran penyeri keluarga yang sorang ni, baby Khairunneeyaz.

Memang seronok sangat dapat baby. Lebih-lebih lagi sebab baby Neeyaz seorang yang ceria. Pemurah senyuman dan mudah gelak. Sayang sangat!

Tahun 2018, Insya Allah... aku dan enche Neezam nak fokus lebih dalam pembelajaran Niesreena. Beberapa bulan lagi Niesreena akan menduduki UPSR. Dengan tukar format baru yang masih tak sure macam mana, buat aku sedikit nervous.

Apapun, semoga tahun 2018 akan menjadi tahun yang lebih.

Ameen!

Friday, December 29, 2017

Final vacation for Y2017 : Johor Bahru

Yeap!

Johor Bahru jugak pilihan kitorang.

Insya Allah ini trip yang terakhir untuk tahun ni.

Of course... reason why ke JB sebab bebudak sibuk nak ke Legoland lagi. Ada ride baru dengan VR. So, ikutkan lah jugak ke Legoland.

Ni first time kitorang ke sana masa musim cuti sekolah. Memang crowded giler! Ramainyer lah orang... Sebelum-sebelum ni kitorang datang masa cuti hujung minggu jer. Boleh tahan lagi. Tak ramai. Boleh 3-4 kali naik rides tak payah beratur. Tapi cuti sekolah... ish ish ish... bad idea!

Tapi walaupun ramai, of course, Niesreena dan Naufal memang tetap enjoy. Cuma lamalah nak beratur untuk slides and rides.

First day kat Legoland, kitorang terjah water park dulu.

Kali ni tak ambik gambar sangat pun. Bebudak pun pandai-pandai jer bawak diri.

Second day baru terjah theme park.

Of course, awal-awal lagi diorang dah beratur untuk ride yang baru kat Technic. Tapi kali ni ada pakai VR. Punyalah ramai orang beratur. Lebih kurang 45 minit aku dan baby Neeyaz menunggu kat luar.

Budak penat.

Dah banyak kali datang Legoland, ni first time mama dan ayah bagi peluang pada Niesreena dan Naufal cuba game berbayar. Game senang jer. Baling dua biji bola masuk bakul, terus dapat hadiah.

Seriously memang ramai sangat orang kat Legoland kali ni. Of course sebab cuti Christmas hari sebelum tu. Tapi bolehlah nampak kelainan suasana kat sana; ada banyak deco Christmas. Siap ada persembahan lagi. Menarik!

Naufal best of the day main Ninjago the ride.

Hmmm... Naufal... kalau main... dialah hero.

Kali ni, kitorang sempat jugak ke bazar karat JB. Penat jalan tapi best!

Alhamdulillah... baby Neeyaz pun baik jer. Tak buat perangai pun. Enjoy jer.

Budak ni memang senang rambang mata.

Hari ketiga, kitorang ke tempat wajib singgah makan... tentulah di martabak cheese di Kampung Kurnia. Yummeh!

Sebelum meninggalkan JB, kitorang sempat singgah ke JPO. Kali ni berbelanja lebih sikit. Beli hadiah sikit untuk mak abah dan mak ayah. Dah hujung tahun ni kan... kira macam bonuslah untuk mak abah dan mak ayah. Huhuhu...

So that was our last vacation in 2017.

Tahun depan... cannot expecting too much as Reena is going to sit for UPSR. Insya Allah...

Tuesday, December 26, 2017

Baby Neeyaz dah pandai apa?

Haaa... dah nak masuk 8 bulan dah beberapa minggu lagi.

Merangkak memang dah laju.

Berdiri pun dah tegap.

Hari ni, baby Neeyaz dah pandai... memanjat!

Amboi! Kemain lagi awak ni yer...

Perlahan-lahan... step by step...

Akhirnya... berdiri!

👏👏👏

back to top