Kitorang memang selalu lepak kat Melaka. Tapi ini first time kitorang kat Avillion Legacy Melaka ni. Kitorang kat sini kali ni sebab enche Neezam ada bengkel dengan warga FKP.
Hotel ni terletak di Melaka Tengah. Dekat jer dengan Aeon Mall.
Bangunan hotel ni memang cantik!
Kalau tengok rate kat agoda harganya cuma RM159 satu malam. Murahlah kan... Bilik pun not bad... lengkap dengan iron dan bathtub.
Niesreena dan Naufal, biasalah... bila dah sampai hotel, mesti nak serbu ke swimming pool terus. Alhamdulillah... nasib baik cuaca mendung jer. Lepas check-in dan solat, kitorang terus turun ke pool.
Enjoylah diorang.
Haaaa... lepas mandi, memasing kelaparan. Nasib baik berdekatan dengan hotel ni ada beberapa tempat makan. Jalan kaki jer. So, tak perlulah naik kereta gi jauh-jauh mengharungi jem.
Malam ni, enche Neezam dah start bengkel. Niesreena dan Naufal awal-awal lagi dah tidur. Penatlah tu mandi pool. Hmmmm... esok ada banyak aktiviti kat sini. Rehatlah puas-puas yer anak-anak...
No comments :
Post a Comment