♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Sunday, November 27, 2016

Breakfast dengan boypren ngegada

Hujung minggu ni aku berdua jer dengan boypren kat rumah. Niesreena dan Naufal dah balik bercuti ke kampung pada hari Rabu yang lepas. Biasalah... bila cuti sekolah memang diorang kena export balik ke kampung sebab diorang tak nak duduk kat taska.

Kata Niesreena, duduk kat kampung best. Ada ayah tok dan mak tok, boleh berehat tengok tv, boleh bangun lambat dan yang paling diorang suka sebab kat rumah ayah tok ada wifi.

Hmmm... bebudak zaman sekarang.

So minggu ni aku dan enche Neezam hanya habiskan masa berdua jer lah.

Pagi ni hujan lebat... kalau ikutkan sedap jer kalau nak tarik selimut semula selepas subuh. Tapi perut dah rasa lapar. Malas nak keluar cari breakfast. So, aku melempeng jer lah pagi ni. Dah lama tak makan lempeng. Haaa... buat kuah sardin. Simple-simple jer.

Siap breakfast yang simple tapi menyelerakan!

Lawan pulak dengan teh tarik special. Memang layannnnn...

Eeerrrr... teh tarik memang extra buih... tapi perlukan begini???

↓ ↓ ↓ ↓ ↓ ↓

Genggada!

😂 😂 😂

Friday, November 25, 2016

Legend of the blue sea ❤❤❤

Drama Korea terbaru kegemaran aku!

Legend of the Blue Sea!

Semalam baru start episod satu!

Sebab utama aku tertengok dan tertarik untuk tengok drama ni adalah kerana aku memang minat kat Jun Ji-Hyun sejak dari drama 'My Love from the Star' and of course sebab Lee Min Ho hero cerita ni!

Permulaan cerita ni bermula dengan berlatar belakangkan perkampungan Korea zaman dahulu. Itu just flashback jer dan setiap cerita zaman dahulu ni akan ada related dengan zaman sekarang.

Dan cerita ni agak unik dan berlainan sebab ia adalah kisah percintaan antara seekor ikan duyung yang setia pada cinta dan seorang kaki penipu yang cute!

Yang bestnya dalam cerita ni ialah keletah bila si ikan duyung naik darat dan cuba menyesuaikan diri dengan kehidupan manusia. Memang kelakar! Ekspresi muka Jun Ji-Hyun sangat comel.

Citer ni ditayangkan kat Astro channel 393 setiap hari Khamis dan Jumaat jam 8.10 malam. Malam ni episod 2 tau!

Atau korang boleh tengok drama Legend of the Blue Sea ni online kat
http://www.kbergetar.com/2016/11/drama-legend-of-blue-sea-lee-min-ho.html

Jom layan!

Thursday, November 24, 2016

Minggu 15 | Air gula! Yucksss!

Hari yang ditunggu-tunggu dan agak menyeramkan tiba jugak.

Hari minum air gula!

Tidaaaaak!

Sebelum ni, dua kali mengandung, aku tak pernah kena minum air gula. Tetiba kali ni doktor kata kena minum air gula. Terkejut jugak. Sebab ingatkan kena minum air gula kalau ada masalah diabetes atau keturunan memang ada diabetes atau ibu mengandung obes. Aku tidak dalam ketiga-tiga kategori tu... Alhamdulillah...

Aku tanya doktor, kenapa aku kena minum air gula? Sebab mengandung sebelum-sebelum ni tak pernah minum air gula. Doktor kata kalau dulu, ibu mengandung 25 tahun ke atas wajib minum air gula. Tapi aku mengandungkan Niesreena dulu pun masa umur 26 tahun, tak kena minum air gula pun. Masa mengandungkan Naufal umur aku 29 tahun, tapi masa tu kat Melbourne. Mungkin diorang memang tak der prosedur minum air gula kot. So, tak minumlah.

Dan disebabkan itu jugak, aku tak tahulah minum air gula ni sangat 'menyeramkan'... huhuhu.. sehinggalah ada kengkawan bercerita tentang pengalaman 'seram' diorang minum air gula. Ada yang loya. Ada yang muntah... kena minum balik... Katanya air gula tu sangat manis dan pekat! Lekat kat tekak! Seraaaaaammm!

Sebelum gi minum air gula, doktor suruh puasa bermula dari jam 10 malam, malam sebelumnya. Setakat minum air kosong ok laaa... Tak boleh makan sehinggalah ambil darah kedua nanti. Aku risau gak, sebab sejak mengandung ni, makan lambat sikit jer terus gastrik. So, tawakal jer lah.

Pukul 9.45 malam semalam, aku minum secawan air susu kambing. Dengan harapan, bertahanlah kenyang sampai pagi ni yer... Huhuhu...

Pagi tadi, jam 7.15 pagi aku dah sampai kat klinik kesihatan. Korang kalau nak kena minum air gula, aku nasihatkan datang awal. Sebab... selagi tak ambil darah kali kedua tu, selagi tu tak boleh makan. So, sampai awal, settle awal, cepatlah boleh 'berbuka puasa'!

Sampai 7.15 pagi, aku orang first letak buku dalam bakul minum air gula tu. Dapatlah nombor pertama. Pukul 7.50 pagi, nurse dah panggil untuk ambil darah kali pertama. Lepas tu, dia bagi secawan air gula suam.

Erk! Banyaknya!!! Besarnya cawan!!!

Tak nak fikir panjang... Tak nak fikir banyak... Terus mulakan dengan bismillah dan teguk terus sampai habis!

Alhamdulillah... berjaya!

Tapi manis diaaaaa... pergghhhh... lekat kat tekak!

Seriously lepas habis minum rasa nak muntak balik! Then aku duduk diam-diam, tarik nafas dalam-dalam di kala air mata dah mula bertakung, tekak dah rasa kembang, mula rasa loya. Dalam otak asyik fikir, "jangan muntah! Jangan muntah Julie! Kalau muntah kena minum balik!!!"

Cepat-cepat minum air masak yang aku bawak bekal tadi. Hanya minum seteguk dua jer.... Bila rasa dah ok. Baru jumpa nurse semula. Tunjuk cawan dah kosong. Nurse senyum jer... tengok jam... dan suruh jumpa dia balik jam 10.15 pagi. Dua jam kena tunggu kat klinik. Tak boleh gi mana-mana. Tak boleh makan apa-apa!

Waaaa... bosan giler. Nasib baik ada Niesreena dan Naufal teman hari ni. Tak lah bosan sangat.

Lepas 2 jam, jumpa nurse untuk ambik darah kali kedua. Pastu nurse kata boleh balik... Siap cakap, "boleh pergi makan yer..."

Huhuhu... baik nurse. Kalau tak cakap pun, aku akan gi makan jugak. Dah lapar giler!

Nurse kata kalau result tak ok, dia akan call hari ni. Tapi dah malam ni, tak der call pun. Insya Allah ok lah kan? Huuuuuuuuuu... lega... alhamdulillah...

Lepas sudah cabaran minum air gula. Tak sure kalau kena minum lagi pas ni... harap-harap tak lah!

Tuesday, November 22, 2016

Gambar kelas 2016

Tepek kat sini gambar kelas Niesreena dan Naufal supaya dapat dijadikan kenang-kenangan di masa hadapan.

Kelas Niesreena, 4 Arif

Kelas Naufal, 1 Dinamis

<

Persatuan Tunas Puteri Niesreena

Dah minggu terakhir persekolahan. Macam biasa, hujung tahun jer, bebudak ni tak sabar nak balik bercuti ke rumah mak tok dan ayah tok diorang kat Segamat, habiskan cuti sekolah sebulan kat sana.

Dan macam biasa, aku dan enche Neezam honeymoon ler berdua. Yahoooo! Hahahaha...

Hmmmm... nampaknya ini tahun terakhir kot nak honeymoon berdua. Tahun depan honeymoon bertiga plak. Dengan baby Khairun yang sedang otw ni. Insya Allah...

y(^-^)y

Monday, November 21, 2016

Seminggu di Kinrara Resort... lagi! Yahoooo!

Bila dapat tahu enche Neezam kena gi outstation kat Kinrara Resort... uiiissshhhh seronoknya!!! Bukan setakat Niesreena dan Naufal jer seronok, mama dan ayah pun rasa seronok dan tak sabar nak ke sana. Seminggu plak tu! Best!

Kitorang check-in hari Sabtu. Ini kali ketiga kitorang kat sini. Memang suka sangat lepak kat sini. Hotel ni sangat cozy dan memang rasa sangat relax.

The best part is kali ni dapat bilik yang betul-betul depan swimming pools. Sebelah kanan kolam dewasa, sebelah kiri kolam kanak-kanak.

Rasa relax jer... Mama dan bebudak relax laa... Ayah kerja... Perah otak. Huhuhu...

Macam biasalah aktiviti Niesreena dan Naufal.

Memasing jadi badak berendam.

Dan ikan duyung... huhuhu...

Anyway... walaupun enche Neezam bermastautin seminggu kat sini. Tapi kitorang pepagi Isnin dah gerak balik ke rumah atas tuntutan kerja dan sekolah. Ayah still bekerja kat sini.

Hopefully... ada rezeki kite lepak kat sini lagi yer...

Belanja video Naufal buat aksi terjun kolam... gaya favorite dia...

Saturday, November 19, 2016

Minggu 14 | Babybump

Alhamdulillah... kandungan dah masuk 3 bulan setengah.

Belanja gambar baby bump satu!

Rasa macam besar jer perut untuk 14 minggu. Mana tak nya... anak ketiga. Perut dah kembang! Huhuhu...

Baju kurung pun dah mula sendat. Rasanya dalam masa beberapa minggu ni dah tak boleh dah nak pakai baju kurung. Tapi kiter pakai jer lah dulu selagi boleh yer.

y(^-^)y

Friday, November 18, 2016

Majlis Anugerah Kecemerlangan FKP USIM 2016

Congrats enche Neezam atas pencapaian tahun ni!

So proud of you!

Alhamdulillah... di tahun 2016 ni, enche Neezam mendapat 3 anugerah.

Semoga lebih success lagi  di masa hadapan yer enche Neezam!

I will always support you!

Tuesday, November 15, 2016

Sama-sama tak kerja hari ni...

Orang tu tak sehat boleh jugak buat kerja...

Orang ni tak sehat, baring tengok orang tu buat kerja...

Saturday, November 12, 2016

Swimming day @ Nilai Spring Resort

Hari ni enche Neezam berbengkel lagi. Tapi... dekatnya lahaiiii... Cuma lebih kurang 5km jer dari rumah. Enche Neezam ajak gak kitorang anak beranak ke sana sebab dapat bilik.

Hmmmm... ikut jugaklah... Tapi hati ni asyik ingat kerja-kerja yang tengah berlambak nak buat kat rumah. Huhuhu...

Niesreena dan Naufal... diorang aim nak mandi pool jer lah.

Lepas breakfast, terus turun ke pool.

Alhamdulillah... Naufal dan Niesreena semakin baik berenang.


Cuaca hari ni cantik sangat. Tak panas sangat dan tak hujan.

Enjoylah diorang!

Friday, November 11, 2016

Minggu 13 | Baby Khairun's heartbeat... Aktif bergerak...

Alhamdulillah... Minggu ni baby Khairun dah 13 minggu membesar dalam perut mama. Dah masuk second trimester.

Mama dan ayah rindu sangat kat baby Khairun, so beberapa hari lepas, kitorang gi scan. Nak tengok, apa khabarlah baby Khairun kat dalam ni.

Lagipun enche Neezam, Niesreena dan Naufal tak pernah tengok live kat scanner. Diorang tengok gambar yang scan je.

Kitorang buat scan baby kat Klinik Masya. Aku call dulu, untuk buat appointment dan make sure doktor perempuan. Pukul 8 malam, kitorang tiba kat klinik.

Niesreena dan Naufal excited tengok imej baby Khairun kat scanner. Aku dan enche Neezam pun sama. Lebih-lebih lagi bila nampak baby Khairun aktif bergerak. Seronoknya!

Dan doktor bagi dengar bunyi heartbeat dia. Alhamdulillah... heartbeat normal, kata doktor.

Alhamdulillah... baby nampak aktif dan sihat.

Naufal banyak kali cakap "Comelnya....".

Hahahhaa... Bukannya nampak rupa baby pun. Tapi... Insya Allah comel...

Naufal tanya kat doktor "baby ni lelaki ke perempuan?". Doktor kata tak nampak lagi... Insya Allah dalam masa beberapa minggu lagi. Hmmmm... Naufal dah tak sabar nak dapat adik lelaki. Huhuhu...

Dah 13 minggu, panjang baby 6.76cm. Waktu scan tu nampak dia tengah gerak-gerak. Kaki dan tangan bergerak. Siap pusing-pusing badan. Aktif betul. Cuma aku tak terasa pun pergerakan dia kat dalam... sebab kecik lagi kan...

Baby... stay healthy k.

Insya Allah... mama akan jaga baby elok-elok. Love you!

Sunday, November 6, 2016

Sebelum balik... kiter berendam dulu!

Biasalah kalau dah sampai kat hotel, bebudak ni memang aim ke swimming pool jer. Dari hari sampai hinggalah hari nak balik.

Niesreena seronok kali ni sebab ada kawan sekolah dia sama-sama.

Haiya... tengok budak nakal ni!

Pukul 12 tengahari tadi kitorang check-out dan bergerak balik ke Sepang.

Malam tadi, kitorang gi celebrate birthday Mak Ayah mertuaku. Birthday diorang selang beberapa hari jer; 4 & 7 Nov. Esok pun adik enche Neezam bakal konvo Masters. So, raikan jugak bersama-sama. So, enche Neezam open table dan makan besar sikit laaa...

Happy Birthday, ayah & emak! Semoga dianugerahkan rahmat, kesihatan, kesenangan menjalani ibadah dan hidup serta dimurahkan rezeki.

back to top