Alhamdulillah... sekarang usia kandungan dah masuk 10 minggu.
Pagi tadi buat check up kat KK untuk scan kali kedua. Alhamdulillah... baby membesar mengikut perkembangan semasa.
~Scan terkini; 10 minggu~
Actually hari ni memang rasa berdebar-debar sangat nak gi check up. Sebab masa scan pertama tiga minggu lepas, doktor kata usia kandungan baru 6 minggu 5 hari sedangkan kalau ikut kiraan haid, sepatutnya dah masuk 10 minggu. Tapi masa scan tengok kandungan kecik jer. Mungkin baru 6 minggu.
~Scan 6 minggu~
Doktor kata jangan risau. Tapi deep in my heart, memang risaulah... Sebab masa tak tahu aku pregnant ari tu, aku sakan berzumba, makan kambing, makan durian bagai. Memang takut sangat. Mulalah fikir benda yang bukan-bukan.
Tapi bila dah scan hari ni, baby membesar... dah masuk 10 minggu . In fact doktor kata 'besar 3 hari'. Lega sangat! Alhamdulillah... syukur ke hadrat Allah.
9 Miracle Months... tak sangka aku akan menulis untuk labels ni lagi.
Alhamdulillah... doakan yang baik-baik yer...
1 comment :
alhamdulillah semoga semuanya baik-baik sahaja
Post a Comment