السلام عليكم
Memandangkan ada kengkawan yang tinggalkan msg dan pm kat fb untuk mengetahui harga kabinet. Jadi aku nak kongsikan harga kat post kali ni.
(Post kali ni nak ceritakan tentang cost dan detail kabinet. Tak der niat nak menunjuk-nunjuk atau riak ye kengkawan. Sekadar sebagai panduan untuk semua yang masih berkira-kira atau mencari idea untuk pemasangan kabinet dapur. Semoga post kali ni memberi dapat memberi manfaat.)
Total harga kabinet basah dan kering termasuk table top ialah RM18,700.00. Honestly, ada kawan yang komen harga yang aku dapat ni mahal. Ada tempat yang boleh dapat lagi murah. Jauh lagi murah! Tapi... alhamdulillah... dengan perkhidmatan dan hasil kerja yang memuaskan, aku rasa sangat berbaloi dengan harga yang ditawarkan.
Sebelum kitorang ke kedai kabinet ni, kitorang dah gi 3 kedai kabinet yang lain di sekitar Nilai ni. Actually, harganya lebih kurang jer dengan harga yang kitorang dapat ni. Ini bukanlah quotation yang paling mahal kitorang dapat... dan bukanlah yang paling murah antara empat kedai.
Tapi akhirnya, kitorang pilih CS Creation Kitchen sebab dari hari pertama, kitorang dah dapat quotation yang meyakinkan. Printed dan exact price daripada ukuran yang kitorang bagi. Sales girl dia pun friendly dan profesional. Kedai-kedai lain, main conteng-conteng kat kertas dan harga pun harga lebih kurang dan main agak-agak sahaja.
See... first impression is really important!
Dalam masa sehari kitorang survey kedai-kedai kabinet ni, kedai ni adalah kedai yang terakhir yang kitorang pergi. Kitorang tengok diorang punya showroom dan dapatkan khidmat nasihat serba sedikit untuk kabinet dapur serta dapatkan quotation. Pastu aku dan enche Neezam dok bincang dalam kereta, kedai mana yang jadi pilihan hati masing-masing. Nak buat keputusan hari tu jugak. Malas nak tangguh-tangguh. Dan kitorang dua-dua setuju untuk ambik kat CS Creation Kitchen ni.
Terus pergi balik ke kedai buat booking dan set date untuk orang dia datang rumah untuk ukur.
Yang buat kitorang tertarik dengan kedai kabinet ni ialah kitorang bawak ukuran kitorang sendiri, bagitau apa yang kitorang nak, salesgirl dia, budak perempuan Melayu, terus buat drawing dan quotation.
Dan quotation dia tu, terus ada senarai harga dari pelbagai material. So, boleh compare kalau kiter nak material macam mana. Klik gambar untuk besarkan gambar.
Lepas comform booking, beberapa hari kemudian, orang dia datang untuk ukur keluasan kawasan yang nak bina kabinet. Dan kemudian kitorang dipanggil ke kedai dia semula untuk finalize material, warna, patern, etc...
Masa ni ada banyak jugak aku tukar... Nak tambah drawer lah... Nak panjangkan kaunter bar lah... Tapi alhamdulillah... semuanya settle hari tu jugak. Quotation final. Dan kitorang kena bayar 80% daripada harga quotation. Tiga hari sebelum pemasangan, baru bayar balance.
Hasilnya... alhamdulillah... aku dan enche Neezam sangat berpuas hati!
Service bagus.
Hasil kerja halus dan kemas.
After sales service... no need! Sebab tak der benda nak complaint.
Kat bahagian dapur basah ni dulu ada table top yang memang masa beli rumah dah ada. Dapur sebelum, klik sini. Kitorang mintak kedai tolong buang, so kenalah extra charges. Kalau nak murah, boleh cari kontraktor sendiri untuk pecahkan, tapi kitorang tak der masa nak cari kontraktor lain. So, mintak kedai buatkan. Tutup mata jer lah.
Beza kabinet 3G dan 4G
Kitorang gunakan material 3G. Beza dengan 4G, 4G lebih mahal RM2,600.00 sahaja tapi dari segi tahan lasak dan tahan lama, kedai cadangkan guna 3G. Kalau ikut cantik 4G nampak lebih cantik. Tapi sebenarnya 3G dan 4G sebenarnya tak banyak beza pun. Material sama. Cuma 3G ada bingkai besi kat keliling kaca kabinet tu, dan 4G tak der bingkai. Memang lebih cantik. Tapi takut lama-lama hujungnya kalau tak jaga betul-betul boleh sumbing.
So, untuk orang yang cermat, bolehlah guna 4G ni.
Kitorang pakai 3G jer. Sebab aku jenis kasar. Hahahaha... Takut sumbing lepas beberapa tahun. Bayar mahal, nak pakai pun lama.
Warna kabinet pilihan kitorang ialah hitam dan putih. Ini kerana, enche Neezam nak warna putih dan aku nak warna hitam. So, kasi adil, kiter kasi combine itu dua warna.
Untuk table top kitorang guna Quartz Top Prima Nero. Batu quartz warna hitam ada kilat-kilat sikit.
Batu quartz ni, kalau kiter potong ayam atas dia pun tak kan calar punyer. Insya Allah... Harga sekaki ialah RM170.00.
Dalam kabinet, rak biasa jer.
Ini pun kat dapur kering juga. Di sudut lain.
Untuk frosted glass tu kena tambah RM80.00 setiap satu. Manakala harga drawer besar tu plak ialah RM250.00 setiap satu. Kitorang buat 8 drawer besar tu.
Aku suka drawer besar ni. Senang nak ambik barang.
Di bahagian dapur basah pula, table top dah sedia dibina masa kitorang renovate rumah ari tu. So, diorang tinggal pasang kabinet jer.
Kat dapur basah ni pun kitorang pilih untuk gunakan material 3G. Manakala warna beige untuk sesuaikan dengan warna tiles kat dapur tu.
Kat sini jugak kitorang ada pasang dua rak untuk simpan kuali dan periuk belanga. Harga setiap satu ialah RM140.00.
Rak botol bawah ni pulak diorang bagi free.
Alhamdulillah... syukur sangat ke hadrat Allah. Akhirnya diberi kesempatan untuk bina kabinet kat dapur ni. Setelah lama diidamkan. Setelah lama menabung; bertahun-tahun... Dengan sabarnya...
Ini jer yang kitorang mampu. Kalau ikutkan nafsu, macam-macam lagi nak buat. Display kabinet la... Nak letak lampu la... Nak pasang cermin la... Hahahhaha... Nantilah yer... Kiter bagi tabung penuh balik.
Mungkin ada orang kata mahal... tapi kitorang dah buat survey betul-betul dan inilah yang terbaik. Yang penting hasilnya sangat memuaskan hati. Itu lebih penting. Peace of mind!
So, kalau korang nak cari kabinet dapur, aku suggest boleh gi ke CS Creation Kitchen ni. Selain kat Nilai, diorang ada cawangan lain di Seri Kembangan dan Semenyih jugak. Kat Nilai, kedai dia bersebelahan dengan RHB Bank, berdepan dengan Giant.