Alhamdulillah... Akhirnya selesai jugak mengosongkan rumah di KK1. Walaupun dah sebulan lebih berpindah ke rumah kitorang sendiri, tapi hari ni baru settle habis semua dah dikosongkan.
Enche Neezam sempat jugak kutip semua serai-serai yang dia tanam belakang rumah. Banyak jugak dapat. Gemuk-gemuk plak tu serainya...
Akhirnya tiba masa kitorang meninggalkan rumah ni. Banyak sangat kenangan sepanjang menetap kat sini. Yang manis dan yang pahit... keseronokkan dan kesedihan.
Pengalaman yang paling baik pun bila dapat berkenalan dengan kakitangan asrama, felo-felo dan jaksa-jaksa yang sporting dan mesra. Seronok berkawan dengan diorang. Terasa seperti keluarga. Seronok berjalan dengan diorang. Sempatlah ke Acheh dan Krabi.
Yang sebaliknya... hmmm... macam banyak jer... panjang berjela list. Huhuhu...
Di rumah ni nyawa kitorang anak beranak di hujung tanduk. Tengok enche Neezam hampir dilibas parang. Takut sangat Niesreena dan Naufal diapa-apakan. Trauma giler! Setiap malam sejak kejadian tu, aku tak pernah tidur lena. Tak pernah!
Hampir setiap malam aku mengigau. Mesti terbangun antara jam 3-4 pagi. Takut giler menanti malam.
Kenangan paling pahit sepanjang hidup aku! Menyesal sangat berpindah ke rumah tu. Kalau boleh dibalikkan masa, aku memang akan mintak enche Neezam tolak tawaran untuk jadi pengetua kat sana.
Jaga budak-budak di asrama pun bukanlah tugas yang mudah. Ada students yang senang nak jaga, tapi ramai juga yang sebaliknya. Ada students yang mudah mengikut peraturan, tapi ramai juga yang dok nak ikut kepala sendiri. Tak boleh ditegur dan kurang adab!
Pening setiap hari nak memikirkan peragai bebudak. Kesian enche Neezam. Bila memikirkan kesenangan untuk semua students, ada pulak students yang menyalak untuk kesenangan dan kepentingan diri sendiri semata-mata. Itu tak kena, ini tak kena... Peraturan universiti semua salah! Diorang jer lah yang betul! Haaaiiiisssshhhh...
Bila aku fikir balik, buat apalah enche Neezam nak susah-susah dok pikir masalah anak-anak orang sehingga menyusahkan diri sendiri. Baiklah dia tulis buku atau fokus pada fakulti. Lagi bagus! Lagi banyak peluang nak luaskan kerjaya.
Alhamdulillah... kini semuanya telah berakhir... enche Neezam telah tamat terms pengetua. Cukuplah pengalaman selama 4 tahun ni.
Rumah ini... insya Allah tidak akan dirindu. Selamat berkhidmat dengan pengetua yang baharu.
No comments :
Post a Comment