♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Wednesday, August 31, 2016

#sehatisejiwa

Selamat ulangtahun perkahwinan yang ke 37 tahun emak dan abah.

Semoga sentiasa berbahagia dan diberikan kesihatan yang baik.

Love you both soooooo much!

Dan selamat hari kebangsaan untuk seluruh rakyat Malaysia!

#sehatisejiwa

Tuesday, August 30, 2016

Jay Bee... here we come!

Salah satu tempat yang kitorang suka pergi ialah ke Johor Bahru. Banyak kenangan kat sana. Lebih-lebih lagi kat JB lah tempat aku berkenalan dengan enche Neezam; kat universiti kesayangan kitorang - UTM...

Masa tengah hangat bercinta dulu, sesekali enche Neezam bawaklah jejalan kat JB. Gi makan... sebab tu masa bercinta, badan naik. Asyik gi makan jer. Walaupun masa tu masing-masing tengah sengkek, duit makan tetap ada. Hehehhehe...

Insya Allah, cuti sekolah akan datang, kitorang plan nak ke JB. Aku dah book hotel kat Tristle JB. Alhamdulillah... dapat murah jer, RM133.75. Dapat tolak lebih 50% daripada harga asal. Thanks to agoda. Sebab tu aku suka book hotel melalui agoda.

Nak tau kenapa? Sebab boleh dapat murah.

Macam mana boleh dapat murah. Baca ni agoda.com vs booking.com.

Monday, August 29, 2016

Renew laman

Rindu sangat dengan rumput rumah kitorang yang menghijau dan gebu gebas satu ketika dahulu.

Laman kitorang, laman yang paling menghijau kat taman perumahan kitorang.

Tapi sekarang...

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

Sayang betul... :(

Laman banyak dicerobohi pokok-pokok lain dan lalang-lalang.

Ni semua gara-gara rumput tak terjaga masa kitorang pindah keluar dari sini dulu. Masa mula-mula rumah jadi homestay masih terjaga lagi. Lepas tu, lama kelamaan, tak terjaga. Masa menjadi kekangan. Tak sempat nak belai, tak sempat nak bagi air, apatah lagi nak bagi baja. Sian rumput...

Sekarang dah pindah masuk rumah semula setelah 2 tahun lebih tinggalkan rumah. Insya Allah... kitorang nak hijaukan semula laman ni.

Hari Jumaat yang lepas rumput dah diracun. Insya Allah dalam beberapa hari lagi, laman akan berwajah baru!

Tungguuuu..

Thursday, August 25, 2016

Hasil mencandat di Ikea dan Kaison

Hujung minggu lepas aku sempat ke Ikea dan Kaison bersama emak dan adik. Sajer sesekali nak cuci mata. Kebetulan hari Ahad tu hari terakhir ada sales kat Ikea. So, rembatlah apa yang patut.

Shelf Lerberg ni aku aim nak warna merah. Tapi tinggal warna kelabu jer.

Berpeluh-peluh jugak nak memasangkannya. Satu rak ni harganya RM69.

Kotak-kotak besar ni cuma RM22 jer untuk dua buah. Berbaloi sangat. Tapi tak tau nak buat simpan apa. Beli jer sementara murah.

Then rak stainless steel ni. Harganya RM49.

Dah lama mencari, baru mendapat. Memang nak letak kat laundry area. Alhamdulillah... nasib baik ada Mr Serba Boleh kat rumah. Sekejap jer enche Neezam pasang.

Then kitorang ke Kaison kat Setapak Central. Aku nak cari sarung bantal. Memang setiap kali nak cari sarung batal, aku akan cari kat Kaison sebab kat Kaison memang cantik-cantik with reasonable price!

Banyak betul yang berkenan di hati. Macam nak beli semua! Hahhahaha...

Shopping memang syok!

Sunday, August 21, 2016

Air tangan emak memang terbaeeeekkk!

Terbaik breakfast pagi ni!

Nasi panas dengan asam pedas ikan pari original Melaka punyer air tangan emak tersayang! Plus... kuah banjir! Jangan jeles! Heheheheh...

Asam pedas air tangan emak memang kegemaran aku dan Niesreena. Memang sedap giler. Tak boleh lawan langsung emak punyer. Even aku try buat yang sama pun tak jadi. Mesti ada rasa kurang.

Jadinya... kalau balik KL, mesti masakkan masakan kegemaran kitorang ni. Tak pernah boring!

Yummeh!

Semalam pepagi lagi mak dah prepare nasi lemak. Sedap dan berlemak betul nasi lemak emak.

Tambah-tambah lagi ada paru goreng istimewa dari emak ni. Kegemaran aku dan Naufal. Naufal tak sabar nak makan dan asik meratah jer.

Love you emak!

Saturday, August 20, 2016

Durian time!

Semalam enche Neezam dah berangkat ke Jakarta untuk present paper. So, aku dan anak-anak bawa diri balik ke rumah mak abah. Abah kata, nanti Julie balik kiter gi dinner durian. Malam ni, lepas tengok DLCW vs CL, kitorang pun gi mendurian!

Dah macam pesta durian kat tepi jalan dekat dengan rumah mak abah ni. Banyak betul kedai durian dibuka dan ramai betul yang serbu. Ada banyak jenis durian yang dijual dengan pelbagai harga.

Lebih sedap sebab orang belanja! heheheheh...

Aku suka durian yang pahit-pahit sikit. Durian kunyit sedap! Kalau musang king, lagi giler sedap!

Kebetulan kedai durian ni berdepan dengan kedai cendol Wahab yang famous tu. Makan cendol dengan durian ori... perrrggghhhh... sedapnya...

Malam ni memang dinner durian jer. Berapa biji habis ntah.

Panaslah tidur malam ni... huhuhu...

Thursday, August 18, 2016

Throwback Thursday | Cikgu Julieana

Throwback sikit.

Ini gambar 2011.

Masa ni aku jadi cikgu sandaran tidak terlatih kat Segamat.

Masa baru balik dari Melbourne dulu, kitorang duduk sementara kat Segamat. Aku sempat jadi cikgu sandaran kat sebuah sekolah menengah dan sebuah sekolah rendah kat sana. Then dapat kerja kat Shah Alam, barulah kitorang berpindah semula ke Negeri Sembilan.

Pengalaman jadi cikgu... bukan semudah yang disangka. Banyak tanggungjawab dan beban yang memeningkan kepala. Yang bestnya cuma balik kerja cepat. Huhuhu... Tu pun kadangkala kena bawak balik kerja ke rumah.

Seronok jadi cikgu... tapi aku tak dilahirkan untuk itu. Kesabaran aku pun sangat minima.  Huhuhu... Lebih-lebih lagi dengan students zaman sekarang ni. Banyak cabaran!

Wednesday, August 17, 2016

Wordless Wednesday | Breakfast

Tuesday, August 16, 2016

My cooking blog

Assalamualaikum kengkawan semua!

Seminggu tak update blog... Tak der benda nak cerita... hahahaha...

Actually, aku sibuk sikit sejak kebelakangan ni. Ye lah... baru habis mengosongkan 'rumah pinjam' tu. Banyak barang-barang yang dibawa balik nak dikemas kat rumah aku sekarang ni plak.

Alhamdulillah... selesailah sikit demi sedikit.

Seronok tinggal balik kat rumah sendiri. Rasa tenang dan happy sangat. Baru semangat nak deko-deko rumah. Dan seronok sangat memasak kat dapur baru. Dengan periuk-periuk belanga baru, periuk Noxxa baru dan air fryer baru. Huhuhu...

Oh ya... post hari ni... aku nak perkenalkan blog baru aku. Nama blog ni

#juliescookingwithluv

Blog ni aku baru bina awal bulan Jun hari tu. Blog ni khas untuk entry masakan jer. Masakan yang aku dan enche Neezam masak. Sebab aku tak nak campur dengan blog personal aku ni.

Blog baru ni kira buku resepi akulah. Aku kongsikan resepi-resepi yang aku belajar dari emak dan resepi-resepi yang aku cuba dari buku-buku atau blog. My emak is the best home cook!

Blog masakan aku ni, aku kongsikan step-by-step cara penyediaan hidangan. So, sesuai sangat untuk orang yang baru belajar nak masak.

Emak pernah kata
"memasak ni tak payah nak tunggu pandai masak, tapi kena rajin, lama-lama pandailah..."

So, semua orang boleh memasak tau! Just believe in yourself! Hahhahha...

Insya Allah... kalau rajin dan ada masa, aku akan sentiasa updatekan blog masakan tu dengan resepi yang aku masak. Aku pun sebenarnya bukan pandai masak pun. Tapi terpaksalah masak kan... Dah nama pun isteri, ada anak-anak lagi... Mestilah bagi diorang makan air tangan aku.

Kitorang bukan hebat memasak pun. Masak biasa-biasa jer, yang senang-senang jer. Kitorang pun dalam proses belajar dan memperbaiki apa yang perlu. So, bolehlah bagi idea kat korang-korang nak masak apa setiap hari. memang hidangan untuk keluarga setiap hari. Boleh jadikan panduan atau idea sikit kan... Insya Allah...

So, korang... sudi-sudilah lawat blog masakan aku ni yer. Kalau ada idea-idea untuk tambahbaik hidangan, memang sangat-sangat dialu-alukan.

y(^-^)y

Jom klik #juliescookingwithluv untuk ke blog masakan aku.

Wednesday, August 10, 2016

WW | Don't play play haaaaa...

Monday, August 8, 2016

This is a final good bye...

Alhamdulillah... Akhirnya selesai jugak mengosongkan rumah di KK1. Walaupun dah sebulan lebih berpindah ke rumah kitorang sendiri, tapi hari ni baru settle habis semua dah dikosongkan.

Enche Neezam sempat jugak kutip semua serai-serai yang dia tanam belakang rumah. Banyak jugak dapat. Gemuk-gemuk plak tu serainya...

Akhirnya tiba masa kitorang meninggalkan rumah ni. Banyak sangat kenangan sepanjang menetap kat sini. Yang manis dan yang pahit... keseronokkan dan kesedihan.

Pengalaman yang paling baik pun bila dapat berkenalan dengan kakitangan asrama, felo-felo dan jaksa-jaksa yang sporting dan mesra. Seronok berkawan dengan diorang. Terasa seperti keluarga. Seronok berjalan dengan diorang. Sempatlah ke Acheh dan Krabi.

Yang sebaliknya... hmmm... macam banyak jer... panjang berjela list. Huhuhu...

Di rumah ni nyawa kitorang anak beranak di hujung tanduk. Tengok enche Neezam hampir dilibas parang. Takut sangat Niesreena dan Naufal diapa-apakan. Trauma giler! Setiap malam sejak kejadian tu, aku tak pernah tidur lena. Tak pernah!

Hampir setiap malam aku mengigau. Mesti terbangun antara jam 3-4 pagi. Takut giler menanti malam.

Kenangan paling pahit sepanjang hidup aku! Menyesal sangat berpindah ke rumah tu. Kalau boleh dibalikkan masa, aku memang akan mintak enche Neezam tolak tawaran untuk jadi pengetua kat sana.

Jaga budak-budak di asrama pun bukanlah tugas yang mudah. Ada students yang senang nak jaga, tapi ramai juga yang sebaliknya. Ada students yang mudah mengikut peraturan, tapi ramai juga yang dok nak ikut kepala sendiri. Tak boleh ditegur dan kurang adab!

Pening setiap hari nak memikirkan peragai bebudak. Kesian enche Neezam. Bila memikirkan kesenangan untuk semua students, ada pulak students yang menyalak untuk kesenangan dan kepentingan diri sendiri semata-mata. Itu tak kena, ini tak kena... Peraturan universiti semua salah! Diorang jer lah yang betul! Haaaiiiisssshhhh...

Bila aku fikir balik, buat apalah enche Neezam nak susah-susah dok pikir masalah anak-anak orang sehingga menyusahkan diri sendiri. Baiklah dia tulis buku atau fokus pada fakulti. Lagi bagus! Lagi banyak peluang nak luaskan kerjaya.

Alhamdulillah... kini semuanya telah berakhir... enche Neezam telah tamat terms pengetua. Cukuplah pengalaman selama 4 tahun ni.

Rumah ini... insya Allah tidak akan dirindu. Selamat berkhidmat dengan pengetua yang baharu.

back to top