♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Monday, June 20, 2016

Resepi | Seafood Ala Shell Out

Ini namanya resepi viral.

Sekarang orang tengah sibuk-sibuk ber'shell out'. So kitorang pun mestilah nak try jugak.

Kitorang tak pernah pun gi makan 'shell out' kat kedai so tak tau exactly rasa dia macam mana. Tapi, bila buat resepi ni minggu lepas, memang sedap sangat!

Mungkin terlebih sedap sebab masak sama-sama dengan husband. Cooking with lots of love... gitewwww... huhuhu...

So, hari ni nak kongsi resepi viral ni dengan korang. Terima kasih pada orang yang mencipta resepi ni. Nanti bolehlah korang try pulak sebagai juadah berbuka nanti. Sumpah sedap!

Seafood ala Shell Out

Bahan-bahannya:-

Apa-apa jer seafood yang korang suka.

Kali ni kitorang ada sotong, udang, kerang dan ketam. Dan jugak fishball kegemaran Naufal.

Kalau ada lala pun sedap!

Sayur-sayuran yang bersesuaian seperti lobak merah, brocoli, jagung kecil, cili bengala.

Cili merah dan cili padi kalau nak extra pedas.

Untuk menumis, kisar 1 biji bawang besar, 2 biji bawang putih, 1 inci halia dan 2 sudu besar cili giling.

Sos tiram dan sos seafood.

Rempah kari 1 sudu.

Butter untuk menumis.

Dan garam dan gula secukup rasa.

Sebiji limau nipis atau lemon.

Cara-caranya:-

Bersihkan segala seafood yang ada.

Kemudian rebus sekejap.

Air rebusan tu jangan dibuang. Simpan dulu.

Dalam kuali, panaskan butter dan tumis bahan-bahan yang telah dikisar tadi.

Sila ignore kuali buruk tu yer. Banyak berjasa kuali ni.

Bila dah pecah minyak, masukkan 1 sudu sos tiram, 1 sudu sos seafood dan 1 sudu besar rempah kari daging. Goreng sekejap.

Masukkan sayur-sayuran, cili dan sedikit air rebusan seafood tadi.

Kemudian masukkan semua seafood yang telah direbus tadi.

Tambahkan sedikit garam dan gula serta perahkan limau atau lemon.

Gaulkan rata sehingga kering.

Siap untuk dihidangkan!

Seafood ala Shell Out!

Selamat mencuba!

Credit: Pics by enche Neezam

No comments :

back to top