♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...
Amin... ♥
Wednesday, November 26, 2014
Sunday, November 23, 2014
Betul! Betul! Betul!
Semalam balik dari Melaka, enche Neezam bergegas ke Banting pulak. Macam biasa, bila cuti sekolah bermula, enche Neezam akan terlibat dengan kem Permata Insan selama 2 minggu.
So, macam biasa jugak, bila enche Neezam outstation, aku kena tukar uniform >> SuperMama! Tambah sedikit kesabaran, kecekalan dan aura-aura positif bagi menguruskan 2 orang Khairuns kesayangan aku ni. Huhuhu..
Biasanya bila cuti panjang, Niesreena dan Naufal kena export balik rumah atok. Tapi kali ni, diorang akan dok dengan aku jer kat rumah. Sebab... aku takut dok kat banglo ni sorang-sorang. Huhuhu...
Kebetulan, Karnival Upin dan Ipin sedang berlangsung kat PICC, Putrajaya. Hari ni hari terakhir dan aku dengan positifnya nak bawak Niesreena dan Naufal ke sana, walaupun ada beberapa orang kengkawan yang update status kat fb semalam mengatakan lokasi tersebut jem hinggakan tak der tempat nak parking dan seterusnya terpaksa balik dengan hampa!
Pagi tadi pun enche Neezam call dan suruh aku fikir bebetul nak gi ke sana sebab takut bersesak dan tak der parking. Enche Neezam risau. Aku dengan yakinnya akan teruskan jugak hasrat aku. Aiseh! Hehehhe...
So, pagi tadi, lepas breakfast kat mamak, kitorang pun terus bertolak ke PICC, Putrajaya. Tepat pukul 10 kitorang tiba kat area PICC dan nampak kereta dah berderet parking kat bawah bukit. Aiseh! Ingatkan dah cukup awal dah.
So, aku terus masuk ke area PICC dan turut parking di bawah bukit betul-betul depan tangga nak naik ke PICC. Alhamdulillah... parking cantik! Walaupun terpaksa menapak naik ke atas bukit.
Sampai kat dewan dimana Karnival Upin & Ipin berlangsung... masya Allah... ramainya orang! Berkali-kali aku ingatkan Niesreena dan Naufal supaya sentiasa pegang tangan dan tak cuba jalan jauh dari aku. Takut hilang!
Niesreena berkesempatan mewarna t-shirt Upin dan Ipin.
Dan Naufal pulak enjoy tengok karektor-karektor kartun-kartun Les' Copaque membuat persembahan di atas pentas! Ada Upin dan Ipin dan kengkawan, Ara dan Aris dari kartun Pada Zaman Dahulu dan ramai lagi. Naufal menari ikut rentak dan angkat tangan setiap kali hos tu tanya soalan. Macam tahu jer... Huhuhu... Nampak Naufal dan Niesreena memang happy sangat!
Punyerlah ramai orang!
Pukul 1 lebih, Naufal dan Niesreena dah kepenatan dan kelaparan. Nak keluar dari dewan tu punyerlah sesak! Ingatkan kat dalam dewan jer sesak, kat luar dewan pun sesak jugak! Diorang siap pasang skrin besar untuk pengunjung yang tak dapat masuk ke dalam dewan.
Sebelum balik ke rumah, kitorang melencong ke Alamanda untuk lunch dulu. Alhamdulillah... dapat parking hot spot betul-betul depan pintu masuk P4.
Naufal dan Niesreena nak makan favorite diorang - yee mee sizzling. Kat food court punyalah ramai orang dan ramai orang yang berdiri-diri tunggu orang selesai makan.
Alhamdulillah... Allah permudahkan urusan kitorang. Tetiba ada satu meja kosong memang tak der orang dan bersih! Macam tak percaya jer, sedangkan ramai orang tengah mencari-cari tempat. Syukur sangat! Rezeki anak-anak....
Happy Niesreena dan Naufal hari ni. Aku pun sama. Walaupun rasa sangat penat, tapi rasa happy sangat sebab little Khairuns happy.
Petang tu, kerahan tenaga. Upah sebab mama bawak diorang jalan-jalan.
Huhuhu...
"Dear Ayah,
We have so much fun today. Don't worry about us. We know you are doing your job and a very hardworking father. Just take good care of yourself. We all miss you and for sure, we wish you are here with us. But don't worry, we understand. Love you so much!
XoXo Mama and little Khairuns"
Saturday, November 22, 2014
Surprise trip!!!
Petang semalam... sampai rumah, terus packing. Niesreena dan Naufal pelik jer... Sibuk tanyer... "Kiter nak gi mana, ayah? Kiter nak gi mana, mama?"
Hahahhaa... surprise!!!
Tapi lama-lama kitorang yang pening sebab diorang asyik dok tanyer jer... Akhirnya cakap jer kat diorang, balik rumah ayah tok! Baru diorang senyap. Hehehhe...
Pukul 8.30 malam kitorang tiba kat
Bayou Lagoon Park Resort
Apalagi... maka terkejutlah Niesreena dan Naufal!
Huhuhu...
Ya... untuk ke sekian kalinya kitorang ke sini lagi. Post terakhir aku tentang tempat ni ialah
Bayou Lagoon Park Resort... thumbs down!
Post aku ni merupakan post paling popular means paling ramai orang baca antaranya banyak-banyak post aku yang lain. Aku jugak terima banyak komen dari anon. Selain daripada tu, ramai jugak yang berkongsi post aku tu kat fb.
Terima kasih kepada semua pembaca dan mereka yang responds. Aku sekadar berkongsi pengalaman. Aku tak rasa Bayou Lagoon akan terjejas pun. Saperlah aku.... huhu...
So, hari ni nak berkongsi pengalaman ke sana lagi baru-baru ni.
So, dari segi harga, memang dah naik. Last sekali aku gi hari tu, adult dan children RM15. Tapi kali ni...
Tapi kali ni korang boleh keluar masuk waterpark dengan sekali bayar dari korang check-in hinggalah korang check-out. Oklah kan... Barulah pengunjung happy sikit!
Kat waterpark pun ada water slides baru. Sesuai untuk kanak-kanak. Dan memang best. Niesreena dan Naufal suka tunggu bucket air yang jatuh selambak tu. Excited diorang bila air tu jatuh... Huhuhu...
Aku pun tak lepaskan peluang try slides kat sini. Huhuhu... bila lagi kan?
~~(^-^)~~
Yang lain-lain masih sama dan semuanya berfungsi dengan baik.
Naufal kat slide oren tu - ala-ala superman!
Favorite slides Naufal dan Niesreena ialah yang warna biru ni!
Niesreena dan Naufal pun enjoy main jambatan tak stabil ni. Agak susah jugak. Tapi Niesreena dan Naufal beberapa kali berjaya merentasi jambatan ni. Good job Khairuns!
Bouncing balloon yang besar tu dah tak der. Dulu ada. Quite fun jugak. Budak-budak main loncat-loncat kat situ. Mungkin dah bocor kot. Huhuhu...
Towel, masih lagi perlu sewa RM5 dan deposit RM5. So, korang kalau nak ke sini, make sure bawak towel sendiri yer.
Alhamdulillah... cuaca hari ni sangat cantik. Tak panas dan tak hujan. Mendung jer... Memang best untuk main air!
Salah satu yang baru kat sini jugak ialah Bayou 9D Theater. Sorang RM15. Ada beberapa movie yang boleh tengok. Durasi lebih kurang 5-8 minit sahaja. Rasa macam tak berbaloi sangatlah. Sebab boleh tahan mahal tapi kalau nak rasa atau pengalaman... silakanlah...
Dah puas main air, balik bilik, Niesreena dan Naufal layan jacuzzi pulak. Wah! Kemain!
So, all-in-all, kat waterpark memang enjoy, persekitaran pun bersih. Bilik tidur pun selesa, lengkap dengan iron.
Cuma masalah yang dari dulu sampai sekarang masih sama ialah masalah lift. Kemain lembab! Mungkin masalahnya, penduduk apartment ramai. Tapi lift ada 3 jer dan kecik-kecik belaka! Setiap kali nak turun, mesti lift full. Nak naik kena tunggu 2-3 kali trip baru boleh masuk.
Nasib baik kali ni kitorang duduk tingkat 3 jer. So, kitorang turun guna tangga jer. Kalau duduk tingkat 6 ke atas, tak ke pengsan?! Huhuhu...
Friday, November 21, 2014
Kemana kiter cuti sekolah ni?
It is Friday.
And
it is the final day of school!
Biasalah... bila dah masuk cuti sekolah ni, aku memang selalu akan pening. Pening memikirkan... kemana nak bawa bebudak berjalan cuti sekolah kali ni!
Macam biasa... bila cuti sekolah panjang macam ni, enche Neezam akan terlibat dengan kem Permata Insan selama 2 minggu dan little Khairuns akan diexport balik ke rumah ayah tok dan mak tok. Tapi kali ni, Niesreena dan Naufal akan stay dengan aku jer kat rumah.
So, Isnin hingga Jumaat Niesreena dan Naufal akan ke taska, malam study macam biasa dan bila hujung minggu barulah gi berjimba-jimba!
Ha... ok tak?
Kesian plak kat Niesreena dan Naufal kalau hujung minggu dok kat rumah jer kan. Dah lah weekdays dok kat taska...
So, aku dah ada shortlisted beberapa tempat untuk berjimba-jimba masa hujung minggu yang mendatang ni. Antaranya:-
Port Dickson!
Hahaha... Port Dickson ni tak rancang pun, tetiba jer sampai kat sana. Huhuhu...
Pastu... balik rumah mak abah aku kat KL dan mak ayah enche Neezam kat Segamat.
Nak jalan jauh-jauh tak tau nak gi mana. Cuaca asyik hujan jer, membuatkan aku fikir banyak kali nak book hotel.
Hmmmm... plan macam nak gi Bukit Tinggi. Tak pernah gi sana. Korang pernah gi tak? Ok tak?
Apa-apa pun... malam ni, aku dan enche Neezam ada surprise plan buat Niesreena dan Naufal. Mesti diorang terkejut! Destinasi pertama untuk cuti sekolah kali ni. Nak gi mana???
Jeng... jeng... jeng...
Tungguuuuuuuuuuuuuuuu...
Thursday, November 20, 2014
Naufal dapat anugerah!
Hari ni merupakan Hari Konvokesyen Tadika Miftahum Ulum. Mc! Aku tak sihat hari ni, tidur sepanjang hari kat rumah. So tak dapat join Naufal dan enche Neezam ke sana untuk majlis ni.
Enche Neezam jer wakil. Kejap-kejap enche Neezam watsapp dan hantar gambar Naufal.
Alhamdulillah... kali ni Naufal dapat Anugerah Khas - Tempat kedua dalam kelas 6 tahun. Naufal 5 tahun dan tahun ni dia dok kelas bebudak 6 tahun. Alhamdulillah peperiksaan yang lepas, Naufal dapat nombor 2 dalam kelas dia.
Ooooo... mama dan ayah bangga sangat dengan Naufal!
Tahniah Naufal!
Good job!
Apa-apapun... tahun depan kena usaha lebih lagi!
Naufal jugak masuk persembahan Kalam Jamaei pagi tadi. Bersungguh-sungguh Naufal berlatih kat rumah. Comel jer dengan gaya dia dan bahasa Arab yang fasih tapi mama haram satu patah pun tak paham. Huhuhuhu.... Tapi mama tak dapat tengok persembahan Naufal kat sekolah. Regret jugak rasanya...
Tak per! Tahun depan setahun lagi Naufal akan ke tadika. So, tahun depan tak boleh miss hari konvo Naufal. Insya Allah...
Esok, hari terakhir ke sekolah. Insya Allah... Naufal dan Niesreena akan ke sekolah seperti biasa.
Lepas tu...
cuti sekolah!!!