Niesreena sekarang ni dah pandai kemas buku sekolah sendiri, ikut jadual waktu. Senanglah sikit kerja aku. Tak perlulah lagi nak pening-pening kepala susun buku, pastu membebel-bebel bila buku dalam keadaan 'tak tentu arah'.
Untuk Naufal, aku akan kemaskan jugak buku dia. Tapi biasanya buku Naufal tak banyak. Setakat 2, 3 buah buku tulis jer. Tapi sejak akhir-akhir ni, Naufal nak kemas buku sendiri. Nak masukkan buku-buku dia sendiri sebab tengok kakak dia buat sendiri. Ok... fine....
Pagi tadi, seperti biasa, aku akan bawa dan susun beg-beg sekolah Niesreena dan Naufal ke ruang tamu. Bila angkat beg Naufal, beratnya... Lepas tu ternampak semua buku-buku Naufal masih bersepah kat atas meja study dia. Haaaaa... aku mulalah curious... buku-buku tak masuk beg lagi... tapi apa pulak yang berat dalam beg Naufal ni???
Bila bukak beg dia!!!! Haaaaa... segala macam mak nenek ada dalam tu! Ada pistol, ada 4 biji kereta, ada penanda pintu dan ada favourite Ultraman dia! Kalau Naufal berjayalah bawak pistol tu ke sekolah hari ni... gamatlah tadika tu..."Fire... Fire... Fire!!!"
Aku pun apa lagi, membebel-bebellah sambil keluarkan segala harga karun tu dari beg sekolah Naufal. Naufal pulak dah merengek-rengek nak bawak mainan gi sekolah. Enche Neezam dan Niesreena, dok gelak guling-guling tengok harta karun yang aku jumpa. Hahaha... tak lah guling-guling... tipu jew kan ;p
Bila aku kata, "Nanti cikgu marah", Naufal tak takut pun. Tetap nak bawak mainan ke sekolah, tapi bila aku kata, "Nanti kawan-kawan ambil Ultraman Naufal, pastu bawak balik rumah diorang. Naufal tak der Ultraman nanti...." Huhuhu... barulah Naufal pasrah dan menyerah... Hehehehe...
Pastu Niesreena kata hari-hari lain pun Naufal ada bawak kereta dia, ada jugak Naufal bawak pengasah pensel kesayangan aku ke sekolah dia! Eeeee... geram betul! Nasib baik tak hilang! That sharpener is my savior! Kalau tak ketumbit tangan nak asah pencil budak-budak ni manually. Haiiisshhhh...
Gamaknya sekarang memang hari-hari kena buat sport check beg budak-budak ni. Kalau tak segala khazanah dia nak bawak gi sekolah...
Naufal dan Niesreena buah hati mama. Love you both soooo much! :)
Ini lagu "Bodek mama" namanya... Huhu...
1 comment :
Comelnya Naufal
Post a Comment