♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Friday, March 1, 2013

Peria goreng garing

Dah lama sangat tak tampal resepi kat sini. Tapi... ellleeeehhhh... aku bukan jenis pandai masak pun walaupun hari-hari masak. Huhuhu... Tapi biasanya aku suka kongsikan resepi kat sini sebab samada resepi tu istimewa atau untuk jadi rujukan aku sendiri pada masa akan datang.

Kali ni aku nak kongsikan resepi... Peria goreng garing! Gerenti sedap punyer!

Hmmmm... saper suka makan peria? Ramai sebenarnya yang tak suka makan peria ni sebab peria ni pahit. Terutamanya peria katak macam kat gambar atas tu. Pahit sangat!

Tapi orang tua-tua kata, yang pahit tu ubat. Antara khasiat peria ni, boleh mengubati penyakit kencing manis. Wallahu alam...

Aku sendiri dulu pun tak suka makan peria. Tapi bila dah lama-lama try, rasa sedap plak expecially kalau emak yang masak. Sebab air tangan mak sedap. Hehehhe...

Dan peria katak ni, aku cuma makan kalau digoreng garing sahaja. Selalunya menu ni boleh didapati di kedai-kedai mamak.

Ari tu, lepas try makan sekali, memang tersuka terus! Lepas tu try nak buat sendiri sebab macam senang. Cuba cari resepi kat internet dan buat beberapa kali tapi tak menjadi. Bukan tak jadi sebab apa. Tapi sebab peria tu tak jadi garing. Lemau jer... Sadih betul... Huhuhu...

Sehinggalah pada suatu hari... aiseh... ada kawan bagi tau tips buat bawang goreng supaya garing. Dan aku praktikkan untuk buat peria goreng ni. Dan alhamdulillah... menjadi dengan jayanya!

So korang nak resepi dan tips? Senang jer pun...

Bahan-bahannya cuma peria katak dalam 3 biji, cili merah 2 ulas, bawang putih 2 ulas dan bawang merah kecil 4-5 biji. Ikut koranglah... kot yang suka bawang lebih tu, letaklah lebih. Kalau nak pedas tambahlah cili padi ke kan. Oh ya... dan minyak untuk menggoreng.

Mula-mula bersihkan semua bahan-bahan tadi. Peria tu hendaklah dibelah dua dan dibuang biji, kemudian dipotong nipis-nipis. Bahan-bahan yang lain tu pun perlu dipotong nipis-nipis dan dimayang.

Gaulkan semua bahan-bahan tadi dengan garam.

Cara mengoreng peria ni ialah dengan dip fry yer kengkawan. So minyak kenalah banyak.

Bila minyak dah panas, masukkan peria yang telah dipotong tadi. Kena rajin kacau-kacau supaya gorengnya sekata dan tak hangit. Bila agak-agak dah nak kering sikit, masukkan semua bahan-bahan yang lain tadi; cili, bawang semua tulah. Goreng sehingga semuanya kekuning-kuningan.

Angkat dan tuskan minyak. Dah siap!

Tips kat sini ialah semua bahan-bahan tu perlu digaul dengan garam terlebih dahulu baru digoreng. So barulah peria dan bawang-bawang tu semua garing. Kalau buat bawang goreng pun gunakan tips macam ni. Insya Allah... memang garing!

Senangkan?!

Peria goreng ni sedap kalau makan dengan gulai ke... kari kepala ikan ke kan... amboi! Memang ngam!

Ada jugak kawan-kawan yang goreng peria ni dengan serbuk kari dan lada sulah. Dan ada jugak yang goreng dengan tepung. Nanti bolehlah try buat.

Dan yang penting... resepi ni telah berjaya memikat hati abah aku dan jugak mak mertua ku... boleh kata semua sukalah! Huhuhu...

So, selamat mencuba!

1 comment :

syuhadah said...

Saya suka! Saya dah try. Memang sedap! terima kasih

shud

back to top