Haaaiiiisshhh... Tidur bersepah!
Macam ni lah diorang kalau tidur. Niesreena bagus. Kalau dekat situ Niesreena tidur, kat situ jugaklah bila bangun nanti. Walau setepi atau sesipi mana kat tepi katil sekalipun Niesreena tidur, dia tak kan jatuh katil.
Berbanding dengan Naufal... Haishhh... Punyalah lasak! Satu katil dia jelajah! Siap boleh jatuh katil lagi. ;p Kesian kat Niesreena yang jadi mangsa kelasakkan Naufal.
Naufal ni manja sikit. Sebelum tidur, selalunya dia nak mama atau ayah dia ada baring atas katil sama-sama dengan dia. Padahal kakak dia ada jer tidur sekali.
Satu tabiat tidur Naufal yang paling aku dan enche Neezam paling menyampah @ jengkel @ meluat @ sakit hati dan sewaktu dengannya ialah si Naufal ni sukaaaaaaaaa sangat selit jari-jari kaki dia berkali-kali kat bawah badan kitorang. Berkali-kali! Naufal akan buat ni bila keadaan dia separa sedar dan waktu tidur. Adoiiiai! Memang sakit badan bila Naufal buat macam ni. Hati pun sakit! Tapi nasib baik Naufal tak buat pada kakak dia macam ni. Kalau tak... mesti Niesreena tak nak tidur dengan dia.
Buat masa ni Niesreena dan Naufal masih tidur sebilik lagi, sekatil dan kadang tu sebantal. Diorang pun kecik lagi kan... Masing-masing memang tak nak tidur sorang-sorang. Kalau nak tidur mesti serentak! Insya Allah bila pindah rumah baru nanti masing-masing akan tidur kat bilik masing-masing yer...
Masa kat Melbourne dulu, semua orang tidur sebilik walaupun bilik tidur ada 3. 4 beranak sekatil. Hehe... Nasib baik katil besar & kitorang ni kecik-kecik belaka... Huhu... Ioyoooolah tu, kan... Balik jer ke Malaysia, diorang tidur dengan atok-atok. Bila pindah masuk rumah ni, diorang tidur bilik berasingan dengan kitorang. Alhamdulillah... Senang nak suruh diorang tidur bilik sendiri. Tak der drama langsung...
Sebenarnya proses nak mengasingkan anak-anak tidur dengan ibubapa ni mengambil masa jugak dan sesetengah tu agak payah. Anak-anak yang dah terbiasa tidur dengan ibubapa memang susah nak lepaskan ketiak ibubapa diorang. Tapi mesti cuba jugak! Takkan satu katil nak tidur 4 orang kot... Huhu...
posted from Bloggeroid
No comments :
Post a Comment