Assalamualaikum wbt wahai kengkawan semua!
Adoiiiii! Dah bersawang-sawang dah blog aku ni yer. Lama giler tak update blog! Ramai kengkawan yang tanya, bukan takat kat blog aku dan kat fb aku, malah kat fb dan blog enche Neezam pun ada orang tinggalkan mesej dan tanya "kenapa Julie dah lama tak update blog? Kemana menghilang?"
Hehehe... tak kemana-mana pun. Aku masih ada di dunia yang fana ini. Ngeh ngeh ngeh... Terima kasihlah pada yang bertanya yer... Ada gak peminat fanatik blog aku ni. Hehehhe...
Sebenarnya sejak pulang ke tanahair ada banyak sangat agenda hinggakan aku tak berapa sempat nak online, tak sempat nak mengadap fb apatah lagi untuk mengupdate blog.
Untuk pengetahuan kengkawan semua juga, aku kini dah bekerja, baru beberapa minggu. Tapi untuk sementara jer. Walau apa pun, aku tetap bersyukur. Rezeki Allah nak bagi. Kerja apa? Hehehe... Nantilah aku cerita kemudian yer.
Insya Allah lepas ni aku akan kerap mengupdatekan blog aku ni. Dan macam biasa, aku jugak akan buat back-dated entriessssss... yup! Banyak benda nak update!
Khairunniesreena dan Khairunnaufal, alhamdulillah... sihat-sihat belaka. Makin comel dan makin banyak keletah! Hmmmm.. nantikan gambar-gambar terbaru diorang kat entry akan datang yer. Insya Allah...
Enche Neezam pulak, semakin sibuk dengan final phase of his phd journey. Esok enche Neezam akan tinggalkan aku dan anak-anak untuk kembali ke Melbourne. Hmmmm... demam rindulah aku gamaknya lepas ni. Sedihnya nak berpisah dengan hubby tercinta. :(
Apa-apapun, aku doakan, semoga enche Neezam selamat pergi dan selamat balik. Dan semoga study enche Neezam yang dah ke fasa terakhir ni dipermudahkan. Amin...
Ok kengkawan... setakat ni dulu... Chow chin chow!!!
You might also like...
|
|
|