♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Friday, September 4, 2009

Iftar @ Lalor

Iftar lagi... hmmmm minggu ni memang jadual kitorang full dengan iftar di rumah orang dan di rumah kitorang. Aku suka berbuka beramai-ramai ni sebab meriah! Dan yang best bila berbuka beramai-ramai ni sebab makanan pun bermacam-macam jenis. Bleh rasa air tangan orang lain. Nyum nyum...

Malam tadi kitorang berbuka kat rumah abang Ashraf dan kak Jumie kat Lalor. Ramai jugak yang datang tadi. Dan juadah berbuka sangatlah banyak. Best! Macam makan bufet kat hotel. Ngeh ngeh ngeh! Enche Neezam masak makaroni goreng untuk dibawa berbuka bersama. Sedap makaroni goreng enche Neezam ni... :)

Lepas berbuka puasa dan solat maghrib. Lebih ramai orang yang datang, sebab malam tadi giliran rumah kak Jumie untuk solat tarawih. Aku... kompom tak buleh nak join solat. Jadinyer... aku dilantik bersama-sama kak Azni dan kak Suzana untuk menjadi babysitter. Hehehhe... Kemain bising lagi bebudak ni. Susah gak nak handle. Silap-silap tak kusyuk orang-orang yang solat. ;p Sorry sangat!

So ni antara gambar semasa majlis. Saper yang kata nak copy tu, bleh lah copy yer. Aud$10 sekeping. Tq! ^_^


~Makaroni goreng enche Neezam. Amacam? Nampak menyelerakan tak?~


~Kak Jumie the tuan rumah yang ceria sokmo!~


~Antara tetamu yang hadir~


~Kakak Mira dan baby Naufal yang encem :)~


~Niesreena dan kengkawannyer~


Gambar-gambar kat bawah ni disnap oleh kak Azni. Punyerlah susah nak suruh budak -budak bertiga ni *Amni, Amani dan Niesreena* posing dan duduk elok-elok untuk bergambar. Ada jer yang tak kena; yang baringlah, yang berebut bantallah, yang tutup muka dengan bearlah, yang jelir lidah lah *Niesreenalah tu!* Akhirnyer... nilah hasil tangkapan kak Azni. Hehehhe...~



*juliet le sweetheart : suka jugak bertukar-tukar juadah sesama jiran. Orang bawah pandai masak... :)

7 comments :

Onizuka said...

Mesti best....melawat2 umah member...kat mesia nie..kener nanti open house...kenduri baru dapat macam tu....

Juliet Le Sweetheart said...

kat malaysia, kalau nak berbuka puasa sama-sama, jarang wat kat rumah... selalunya mesti gi restaurant... tol tak?

Salwa said...

makaroni en neezam memang menawan air liur hehehe

MaLyN said...

ulie, bila nk iftar kt sek 7 shah alam lak?

Juliet Le Sweetheart said...

insya allah... kalau dijemput... pasti kitorang datang! :)

Juliet Le Sweetheart said...

Malin, tengok baju yang reena pakai tu. tu baju yang awak n zam bagi hadiah masa reena baru lahir. baru sekarang boleh pakai. masa gambar tu second time pakai. heheheheh...

MaLyN said...

tu la.tadi browse dr atas,mcm teringat² je baju ni.tp dh lama sgt,logik la klau lupa pun kn.hehehe..akhirnye reena dah cukup besar nk pakai bj tu.suke..suke..sempat gak dia pakai b4 korang officialy blk sini.haha.kalau tak,takde maknenye :p

back to top