♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Wednesday, April 30, 2008

Rasuah jejas usaha martabat sukan negara

Minggu ni banyak pulak artikel Neezam keluar. Hari ni keluar lagi kat Berita Harian.

Rasuah jejas usaha martabat sukan negara

SEPERTI kata bidalan ’sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya akan jatuh ke tanah juga.’ Begitulah juga ibaratnya bagi sebilangan ahli sukan yang dilaporkan sedang disiasat persatuan sukan dan Badan Pencegah Rasuah (BPR).

Mereka seronok menikmati hasil ‘durian runtuh’ secara rasuah. Apabila diri teruja dengan kelazatan mendapatkan untung sebegitu rupa, maka soal perundangan dan dosa pahala diletakkan jauh daripada kotak pemikiran.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, pernah melahirkan rasa kecewa dengan tindakan segelintir pemain bola sepak tempatan dan ‘bookie’ yang mengamalkan rasuah dalam sukan dan menganggap mereka sebagai individu tidak berintegriti, tidak patriotik dan menggagalkan usaha kerajaan untuk memajukan sektor sukan negara.
Sepatutnya sukan menjadi platform untuk menyihatkan dan menyeimbangkan potensi dan kekuatan jasmani, rohani, emosi dan intelek seseorang.

Begitu juga apabila seseorang ahli sukan masuk ke gelanggang atau padang, pelbagai unsur positif dibawa bersama dalam dirinya seperti semangat perjuangan, semangat berpasukan, bermain mengikut peraturan, berdisiplin, tidak mudah patah semangat serta bermotivasi.

Semua unsur positif itu luntur apabila rasuah menjadi objektif utama. Rasional diri hilang begitu mudah apabila dijanjikan habuan lumayan oleh ‘bookie’.

Akibatnya, usaha terancang dilaksanakan untuk memenuhi kehendak perasuah seperti kualiti permainan sengaja direndahkan, sambil lewa dan membelakangkan aspirasi semangat berpasukan.

Sia-sia pelaburan wang, pembangunan kemudahan fizikal, tenaga dan pemikiran yang dilaksanakan oleh persatuan sukan dan kerajaan.

Bagi penonton dan penyokong pasukan pula, ini adalah sandiwara yang tidak mereka sedari. Semangat penyokong untuk datang ke gelanggang perlawanan bagi memberikan sokongan moral seperti ’susu dibalas dengan tuba.’ Mereka tertipu dengan gelagat pemain yang ‘dibeli’ dan tidak menunjukkan prestasi sebenar di padang.

Penat penonton memekik dan bersorak untuk menaikkan semangat pemain disayangi, namun ia hanya membuang masa dan tenaga. Pemain tidak ubah seperti boneka dan ‘pak lawak’ menyajikan lakonan permainan hambar. Apabila kebanyakan persatuan sukan mahu menjalankan siasatan atau menubuhkan jawatankuasa tertentu untuk membanteras rasuah dalam organisasi masing-masing, ia langkah dialu-alukan. Siasatan perlu dijalankan sehingga ke akar umbi. Luaskan skop siasatan kepada setinggi-tinggi jawatan penaung sehingga kepada serendah-rendah jawatan ahli dalam persatuan.

Ahli sukan dan pentadbiran persatuan sukan yang bersih daripada gejala penipuan rasuah saja yang akan terus mewarnai dunia sukan, bukan dibayangi dalang yang hanya mencemar martabat kesukanan.

Jika terbukti ada ahli sukan terbabit rasuah, tindakan tegas perlu diambil dengan segera termasuk mengheret mereka ini ke muka pengadilan. Mereka perlu diberi pengajaran setimpal dengan kerakusan membaham hasil rasuah demi menjaga kesucian dunia kesukanan.

Biar kesilapan mereka menjadi pengajaran kepada pihak lain yang mungkin sedang menimbang tawaran lumayan daripada ‘bookie’ agar melupakan terus niat jahat mereka. Jangan nanti sudah terhantuk baru terngadah. Tindakan proaktif perlu dilaksanakan semua pihak. Pendidikan mengenai kesan negatif amalan rasuah perlu diberikan secara serius kepada semua ahli sukan dan pentadbiran persatuan sukan. Matlamat dan aspirasi sebenar yang harus dimiliki apabila menyertai dunia sukan harus disuburkan di kalangan ahli sukan secara berterusan. Buka platform yang luas untuk ahli sukan untuk mengadu sebarang usaha pihak luar yang cuba memancing mereka terjebak dengan gejala rasuah.

Kepada ahli sukan, fikirkanlah mudarat dan bahaya rasuah dalam konteks moral dan agama. Tidak ada agama dalam dunia ini yang menghalalkan rasuah.

KHAIRUNNEEZAM MOHD NOOR,
La Trobe University Melbourne,
Australia.


*juliet le sweetheart : bila pulak aku nak tulis artikel ke suratkhabar yer?



Monday, April 28, 2008

MIL and her crystals collection

Aku rasalah kan… hari ni… first time dalam sejarah keluarga mertua aku… membeli…









jeng jeng jeng

V

suratkhabar Nanyang Siang Pau…

hehehhee… betul ke aku eja ek?


Why? Because a few days ago my mom-in-law was being interviewed by Nanyang Siang Pau’s journalist regarding her crystals collection. She had more than 500 types of crystals accessories which are sort of rantai, gelang tangan, gelang kaki, ring and brooch, in many types of shapes and colours. And believe me… there are all beautiful! I got one set for myself too!

Well, these are the stories and of course I don’t understand a word of it. Hehehhehe… But that’s my mom-in-law in gorgeous red baju kurung with her collections.



*juliet le sweetheart : I wished I was there on that interviewing time. Bleh interframe… Hehehehe… ;p



Sunday, April 27, 2008

Today at Melbourne Uni

Badminton’s tournament day! Yup… Seperti yang aku bagitau dalam post aku yang sebelum-sebelum ni, aku mewakili La Trobe MSA untuk pertandingan badminton MASCA kali ni. Hehehhehe… Setelah beberapa hari berlatih dalam masa hanya 2 minggu, akhirnya tiba juga hari yang dinanti-nantikan digentar-gentarkan. Hehehhee… Macam biasa, sejak beberapa hari ni, aku minta Mr. Hubby doakan agar kitorang bleh menang. Nway, aku tak lah harap sangat boleh menang pun, tapi kalau kalah tu tak nak lah kalah teruk kan. Biarlah main 3 set, pastu kalah sipi-sipi ker kan. Tak nak lah kalah maluuuuuuuuuuuuuuu. Hehehhee…

Hari ni, pagi-pagi lagi aku dah bangun… mandi… bersiap… breakfast… siapkan Niesreena cikit-cikit… Then Neezam hantar aku dan Dayang ke Barnesway. Naik bas dari sana dengan geng-geng yang lain.

I didn’t bring both of my lucky charms today; my 2 Ns; Neezam and Niesreena. Sedih lah gak sebab Neezam dan Niesreena tak dapat ikut. Hari ni kitorang bertugas sebagai RA kat Mews. So, Neezam tak bolehlah nak tinggalkan apartment. Neezam support aku dari rumah ajerlah gamaknya. And yesterday, maybe sebagai tanda sokongan, my beloved hubby got me another new racket. Two new rackets in a week! Hehehehehe… *Thank you dear!* Walaupun aku tak teror pun main, tapi si dia sudi gak belikan aku reket mahal-mahal. Huhuhuhu… terharu…

~Kak Fizoh, Dayang, aku, Umie & Tipah; team dari La Trobe Uni~

~Lepak-lepak dulu...~

~Match time!~

Aku masuk acara beregu. Team dengan Dayang. Kitorang start main lebih kurang pukul 2.15 petang. Team lawan kitorang, hmmmm… tak tau team U mana, yang pastinya budak undergrade dan nampak hebat. Seriously, kitorang memang kecutlah jugak tengok diorang. Awal-awal lagi aku dah cakap dengan Dayang, "kalau boleh… memang nak menang. Tapi kalau ditakdirkan kalah… janganlah kalah teruk sangat." Hehehhehehe… Bleh tak macam tu?

Tapi alhamdulillah… Team beregu kitorang menang. Tak sangka sungguh! Main 2 set; 15:11, 15:8. Hebat tak? Hehehhe… perasan plak ek? Mungkin nasib kitorang baik sebab team lawan kitorang tu tak lah sehebat yang kitorang sangkakan. Jahat tak kenyataan aku tu? Huhuhuhu… Tapi yang pastinya, team yang lain memang hebat, expecially Chinese lah. Muka innosent jer sorang lengloi ni, tapi main kemain hebat lagi. Insya Allah team beregu Kak Fiza dan Umi akan berentap dengan diorang 2 minggu akan datang. And if either of them win, they will be our next opponent lah.

Yup! Next game kitorang 2 minggu akan datang. So, ada masa lagi 2 minggu untuk practise lagi bersungguh-sungguh! Kalau boleh nak menang! Korang doakanler kami yer!

Dayang, ingat tau… awak dah niat apa tadi kat court Melbourne Uni tu. Hehehehhe...



*juliet le sweetheart : Baru ada rasa excited nak ke Bright!

Saturday, April 26, 2008

Solat, Zikir, Al-Quran Terapi Tekanan Perasaan

Dalam Berita Harian hari ini bahagian Agama

Solat, Zikir, Al-Quran Terapi Tekanan Perasaan

Oleh Khairunneezam Mohd Noor

DUNIA pekerjaan memang memberi pengaruh yang cukup terkesan dalam kehidupan. Apa tidaknya, satu pertiga daripada kehidupan seharian diluangkan di tempat kerja. Tekanan kerja jika bijak dikawal akan meningkatkan produktiviti kerja dan motivasi, tetapi jika sebaliknya akan memberi impak negatif kepada diri sendiri.

Tekanan disebabkan pekerjaan adalah interaksi kompleks antara persekitaran tempat kerja, personaliti dan reaksi tubuh badan serta mental seseorang. Persekitaran pekerjaan memberikan desakan serta tekanan tertentu yang merangsang tindak balas individu secara mental dan fizikal.

Tugas terlalu banyak, hubungan dengan rakan sekerja yang tidak baik, ketua suka marah dan suasana kerja tidak selesa adalah contoh persekitaran kerja yang memberi tekanan negatif. Tekanan itu seterusnya memberi impak terhadap kesihatan psikologi dan fisiologi seseorang individu jika tidak ditadbir atau tidak dikawal dengan metodologi tepat.

Banyak implikasi negatif berlaku apabila seseorang tidak dapat mengawal tekanan kerjanya. Panas baran, murung, gelisah, kelesuan, sentiasa rasa bersalah, ketakutan dan hilang tumpuan adalah antara kesannya.

Kadang kala ada di kalangan kita yang mencari jalan singkat dan salah dalam mengatasi tekanan seperti ponteng kerja, melakukan masalah disiplin di tempat kerja, merokok atau perkara dilarang. Berlaku juga kes di mana individu yang tertekan di tempat kerja melepaskan tekanan di rumah dengan mendera anak atau ke tahap melampau sehingga mahu membunuh diri.

Sebagai seorang Muslim, kita perlu sedar bahawa kaedah terbaik menangani tekanan kerja sebegini adalah dengan berpegang erat kepada ajaran dan syariat Islam. Islam menganjurkan mereka yang menghadapi tekanan dan kesusahan perlulah bersabar, tenang, sentiasa rasional dan yakin dengan ketentuan Allah.

Allah memberikan panduan terbaik dalam menangani tekanan melalui firman-Nya yang bermaksud: “Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan daripada harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang yang sabar (iaitu) orang yang apabila mereka ditimpa sesuatu kesusahan, mereka berkata: Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jugalah kami kembali.” (Surah al-Baqarah, ayat 155-156)

Seperti ketentuan Allah, setiap apa yang ada di dunia ini berpasangan, seperti mana siang dan malam atau lelaki dan perempuan, begitu jugalah kesenangan dan kesukaran atau rahmat dan dugaan.

Kita harus menerima hakikat kehidupan manusia akan selalu diuji oleh Allah. Kita perlu meletakkan keyakinan bahawa ujian seperti tekanan kerja sebegini adalah bertujuan untuk memantapkan keimanan, ketakwaan, kesyukuran dan rasa cinta kita kepada-Nya.

Banyak kaedah menghadapi tekanan kerja berlandaskan ajaran Islam yang cukup berkesan untuk diamalkan. Pertamanya, menjaga solat fardu lima waktu dan memperbanyakkan solat sunat. Banyak kajian pakar psikologi Barat sendiri yang memperakukan fadilat solat dalam memberi ketenangan jiwa dan pemikiran seseorang.

Menurut kesimpulan beberapa kajian sarjana barat, secara saintifiknya solat adalah suatu tempoh masa ‘aman dan damai’ di mana seluruh tubuh dan minda seseorang tertumpu kepada sesuatu (kepada Allah).

Gerakan dan keadaan minda dalam solat berupaya menghalang pengaliran keluar hormon seperti Cortisol, Epinephrine dan Norepinephrine daripada kelenjar adrenalin yang bertindak balas terhadap sebarang tekanan. Solat turut membantu memberi kesan positif terhadap sistem pernafasan, aliran oksigen dalam badan, degupan jantung dan gelombang otak.

Daripada konteks Islam, mendirikan solat fardu lima waktu, dilengkapkan dengan amalan solat sunat yang pelbagai, seseorang itu akan diberikan pertolongan oleh Allah dalam sebarang kesukaran.

Allah berfirman yang bermaksud: “Wahai sekalian orang yang beriman! Mintalah pertolongan dengan bersabar dan dengan (mengerjakan) sembahyang; kerana sesungguhnya Allah menyertai (menolong) orang yang sabar.” (Surah al-Baqarah, ayat 153)

Keduanya, dengan amalan berzikir seperti bertakbir, bertahmid dan bertasbih adalah amalan yang mampu menenangkan jiwa seperti jaminan Allah dalam firman-Nya yang bermaksud: “(Iaitu) orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah.” (Surah ar-Ra’d, ayat 28)

Ketiga, mengamalkan mendengar, membaca dan menghayati tafsir al-Quran. Diriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Al-Quran adalah penawar kepada kesakitan minda.” (Hadis riwayat Bukhari)

Membaca al-Quran sendiri memberikan ketenangan kepada pembaca malah kepada sesiapa yang mendengar bacaannya apatah lagi jika ayat Allah itu difahami, dihayati dan dijadikan panduan dalam kehidupan kerana al-Quran dan hadis adalah sumber teragung merungkaikan segala permasalahan.

Keempatnya, meletakkan keyakinan bahawa kehidupan dunia ini adalah sementara dan akhirat jugalah tempat yang kekal selamanya. Dengan cara ini, jiwa akan terasuh untuk menyedari bahawa apa saja yang berlaku di dunia ini baik yang positif ataupun negatif sekadar warna kehidupan dunia yang tidak kekal lama dan akan mendapat balasan setimpal di akhirat kelak.

Tekanan yang dihadapi di tempat kerja akan menjadi sesuatu yang terlalu kerdil jika dibandingkan dengan apa yang akan dihadapi di Padang Mahsyar kelak. Diri kita akan sentiasa takutkan azab api neraka dan berusaha mencari keredaan-Nya dan dimasukkan ke dalam syurga.

Kelima, dengan amalan berdoa, memohon keampunan dan menyerahkan segala apa yang sudah diusahakan bagi mengatasi tekanan diri untuk ketentuan-Nya. Allah berfirman yang bermaksud: “Berdoalah kamu kepada-Ku nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepada-Ku, akan masuk neraka Jahanam dalam keadaan hina.” (Surah al-Ghaafir, ayat 60)
Kesimpulannya, walau sebesar manapun masalah atau kesukaran yang menyumbang kepada tekanan di tempat kerja, kita perlu sedar ia boleh dihadapi dengan jayanya jika tindak-tanduk kita menepati syariat Islam.


*juliet le sweetheart : getting ready for tomorrow badminton’s tournament. Pray for us friends!


Friday, April 25, 2008

Enggan Ubah Sikap Punca Kemalangan

Dalam Utusan Malaysia bahagian Rencana.

Enggan Ubah Sikap Punca Kemalangan

Bukannya asing bagi kita menatap kempen-kempen keselamatan jalan raya yang hebat dilaksanakan oleh kerajaan bukan sahaja dalam media massa bahkan terpampang jelas di papan-papan iklan di tepi jalan raya. kumpulan sasaran kempen ini sudah pastilah para pengguna jalan raya yang merangkumi pemandu-pemandu kenderaan dan tidak ketinggalan pejalan kaki.

Antara intipati kempen tersebut adalah seperti jangan memandu ketika mabuk, mematuhi papan tanda dan lampu isyarat, memakai tali pinggang keledar, kaedah tepat untuk menyeberang jalan raya dan sebagainya. Namun sejauh mana agaknya penghayatan masyarakat terhadap kempen keselamatan jalan raya yang bermoto ‘anda mampu mengubahnya’ ini?

Semasa mengikuti kelas dan ujian memandu, semua pelatih telah dijelaskan berkenaan undang-undang dan peraturan lalu lintas. Bahkan konsep dalam silibus pengajaran dan ujian yang dilaksanakan bersifat komprehensif yang menggabungkan unsur teori dan praktikal. Ironinya, selepas berjaya mendapatkan lesen memandu kebanyakan daripada kita seakan-akan melupakan terus nilai pemanduan berhemah yang telah dipelajari dalam kelas memandu.

Semacam wujud satu budaya yang menggerunkan apabila kebanyakan daripada masyarakat kita yang tinggi nilai sopan santun dan tatasusilanya akan berubah sifatnya menjadi tidak waras ‘apabila tangan sudah memegang stereng kenderaan’.

Tidak memakai tali pinggang keledar, tidak memakai topi keledar, memotong di garisan berkembar, memandu lebih had laju dan berlumba-lumba, memandu dalam keadaan mabuk, membawa penumpang lebih had muatan dan sebagainya adalah antara kesalahan biasa dilakukan dan boleh mengundang musibah.

Yang nyatanya, kesedaran tentang menjaga keselamatan ketika di jalan raya perlu dipupuk saban hari dan setiap waktu. Ada pihak yang mengungkit bahawa kempen keselamatan yang dibuat tidak berkesan dan bersifat bermusim.

Perundangan ada juga yang menyalahkan pihak yang berwajib seperti Kementerian Pengangkutan, Jabatan Pengangkutan Jalan, Polis Trafik dan Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan yang tidak menguatkuasakan sepenuhnya sistem perundangan jalan raya yang sedia ada.

Namun, walau sempurna manapun undang-undang yang digubal mahu pun penguatkuasaan yang dilaksanakan, kesemua itu akan tetap tidak bermakna jika pengguna jalan raya sendiri tidak menghiraukan soal keselamatan mereka.

Percayalah, di sebalik ungkitan dan tudingan jari terhadap kelemahan penguatkuasaan dan perundangan, sikap buruk pengguna jalan raya yang sebenarnya menjadi penyumbang besar kepada berlakunya kemalangan.

Sikap tak ambil endah terhadap peraturan menyebabkan adanya pemandu yang seakan berbangga mengumpul berpuluh-puluh saman dan waran tangkap. Sikap penyayang membabi-buta menyebabkan ada ibu bapa yang memberikan anak mereka ‘lesen besar’ membawa motor merempit ke hulu ke hilir tanpa mempunyai lesen memandu yang sah.

Sikap suka berlumba-lumba menyebabkan ada pemandu yang memecut kenderaan menggila-gila dan melebihi had laju.

Sikap pejalan kaki yang suka mengambil risiko melintas jalan yang sibuk tanpa menggunakan jejantas yang disediakan. Sikap suka menunjuk-nunjuk menyebabkan ramai yang mengubahsuai spesifikasi enjin dan aksesori kereta yang tidak diluluskan pihak berkuasa.

Sikap kebanyakan pengusaha kenderaan awam yang terlalu mengejar keuntungan, sehingga tidak mengendahkan kewajipan memasang kotak hitam pada kenderaan mereka dan masih menggunakan khidmat pemandu yang bermasalah dari segi undang-undang.

Pendek kata, golongan pengguna jalan raya yang bersikap negatif seperti ini tidak menyedari musibah yang mungkin akan melanda ke atas diri mereka dan orang lain dek kerana ‘belum terkena di batang hidung sendiri’.

Mutakhir, apabila seorang ‘mat rempit’ dipenjara dua tahun dan denda maksimum RM6,000 oleh Mahkamah Majistret Kuantan kerana berlumba haram dan menunjukkan aksi ’superman’ di atas motosikalnya, telah membuka lembaran baru dalam keseriusan pihak-pihak berwajib untuk memperbaiki sistem penguatkuasaan dan perundangan yang sedia ada.

Begitu juga dengan usaha mewajibkan semua penumpang kereta memakai tali pinggang keledar yang bukan bertujuan untuk menyusahkan, tetapi demi menyelamatkan nyawa semua pihak yang sangat-sangat berharga.

Namun, muhasabah diri yang sangat mendalam juga perlu dibuat oleh semua pengguna jalan raya. Telitilah apa agaknya sikap buruk yang selama ini diamalkan di atas jalan raya, dan perbetulkan selagi belum terlambat.

Jangan asyik salahkan pihak lain seperti pihak berkuasa apabila berlaku sesuatu kemalangan, tanpa memperbetulkan dahulu kesilapan diri.

Penggunaan jalan raya secara berhemah dan mengikuti peraturan yang ditetapkan sepanjang masa adalah demi kebaikan diri sendiri, orang yang tersayang dan juga pengguna jalan raya yang lain. Jangan bila sudah terhantuk, baru hendak tengadah. Pada masa itu seribu sesalan pun tidak akan dapat mengubah kecelakaan yang telah berlaku akibat sifat bermaharajalela dan cuai ketika di jalan raya.

Khairunneezam Mohd Noor,
La Trobe Universiti, Melbourne.


*juliet le sweetheart : ramai orang nak tunjuk terror kat atas jalan raya



Badminton lah pulak

Letihnya… Hari ni aku menghabiskan masa lebih 2 jam kat sport centre La Trobe untuk latihan badminton. Hahhahaha…. mesti korang tak percayakan. Aku sendirik pun tak percaya. Ntah macam mana tetiba tertanam plak semangat kesukanan dalam diri aku ni. Hari tu futsal, hari ni badminton plak. Muaahhahahahha…

Actually aku main badminton ni untuk enjoy jer. Sajer buang-buang masa. Dulu masa kat sekolah, sempat jugaklah aku jadi wakil sekolah untuk badminton. So, masih adalah jugak skil-skil yang terdahulu. Skil giler ah ek? Bukan teror pun. Hehhehehe…

Lenguhnya tangan kanan aku ni. Mana tak nyer, masuk jer court, terus main. Tak warming up langsung. Dah habis main malas tak sempat plak nak warming down. Walau macam mana pun, badan ni terasa sedap jugak bila sekali sekala berpeluh. Terbakar jugaklah lemak-lemak di badan aku ni. Tapi yang pastinya berat badan aku mesti tak boleh nak turun gak walaupun bersukan bagai nak rak. Sebaaaaabbbbbb… sampai jer rumah, terus bukak peti ais, makan cekelat atau eskrem. Yum yum… Hehehehe…

Nway, hari Ahad ni aku dan kengkawan yang lain akan beradu tenaga kat gelanggang badminton Melbourne Uni. Hahahhaha… jangan tak percaya. Aku mewakili La Trobe MSA untuk pertandingan badminton MASCA. Hahahhaa… Aku sendirik pun tak percaya… Bila orang ajak, aku ni main belasah jer setuju. Padahal aku tak yakin sangat pun bleh main ke tak. Kata diorang, main just for fun and enjoy. Hmmm… tol gak tu. Tapi enjoy, enjoy ler jugak, nanti kalau dah kalah teruk, kena belasah 21-0 tak ke malu tahap gaban namanya. Muahahhaha… Tapi try jer lah ek. Kalau kalah pun bukannya bawak ke mati pun. Kalau menang… dapat hadiah, silap-silap bleh gi Brisbane. Hehehehe… berangan ek? Kalaulah boleh menang. Hehehhehe…

Nway kengkawan, doa-doakanlah team kitorang bleh menang nanti eh… :p. Gud luck untuk diri sendiri dan kengkawan yang lain jugak. Chaiyok!!!


*juliet le sweetheart : Stok coklat berlambak kat rumah, borong masa Easter. Muahahhaa…


Thursday, April 24, 2008

Penubuhan sekretariat cegah rasuah di IPT disokong

Artikel Neezam di Berita Harian hari ini. Check it out!

Penubuhan sekretariat cegah rasuah di IPT disokong

KEMENTERIAN Pengajian Tinggi (KPT) dengan kerjasama Badan Pencegah Rasuah (BPR) baru-baru ini melahirkan idea untuk menubuhkan Sekretariat Pencegahan Rasuah di institusi pengajian tinggi (IPT).

Sekretariat membabitkan 20 IPT di seluruh negara itu diharapkan menyediakan garis panduan, mengeluarkan risalah serta mengadakan pelbagai program berkaitan pencegahan rasuah.

Penubuhan sekretariat itu dialu-alukan dan perlu direalisasikan. Berdasarkan pengalaman menjadi pelajar dan pengajar di universiti, kes menyogok dan menerima rasuah di universiti memang berlaku.

Kes berlaku secara tersurat atau tersirat menggambarkan amalan rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang dikhuatiri terus berleluasa di universiti. Ia dikaburi dengan tanggapan bahawa ia murni dan tiada niat buruk. Kononnya, inilah konsep ‘menang-menang’ yakni ‘kau dapat apa kau mahu dan aku dapat apa yang aku mahu.’

Sehingga pada satu tahap, kerana kelazatan mendapat faedah melalui saluran ‘haram’ ini, ada sesetengah pihak di universiti menjadi ketagih dan tidak segan silu meminta rasuah. Kes sogokan rasuah yang kelihatannya semakin menjadi-jadi mutakhir ini membuktikan penyakit sosial itu masih kental menghantui masyarakat merentasi pelbagai usia, pangkat, sektor pekerjaan, bangsa dan jantina, termasuk warga universiti.

Gejala rasuah merobohkan kesucian dan martabat universiti sebagai gedung ilmu dan melunturkan kredibiliti dan keperibadian seseorang pensyarah atau pentadbir jika benar mereka mengamalkannya. Ironinya, elemen keikhlasan, keadilan dan berusaha bersungguh-sungguh untuk mendapatkan kejayaan turut luntur dalam jiwa penerima dan pemberi rasuah yang mencari jalan pintas mencapai matlamat masing-masing.

Dari perspektif Islam, kita ditegah terbabit dengan rasuah dan ia dianggap melakukan dosa. Firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah, ayat 188 bermaksud “Dan janganlah kamu makan (atau mengambil) harta (orang lain) di antara kamu dengan jalan salah, dan jangan pula kamu menghulurkan harta kamu (memberi rasuah) kepada hakim kerana hendak memakan (atau mengambil) sebahagian daripada harta manusia dengan (berbuat) dosa, padahal kamu mengetahui(salahnya).”

Islam menuntut ummah tidak mencari jalan singkat dan haram mendapatkan rezeki tetapi berusaha bersungguh-sungguh mencari rezeki halal dan diberkati Allah SWT.

Rasuah mempunyai implikasi negatif sama ada kepada pemberi atau penerima. Pemberi rasuah dangkal dan akan mencari jalan singkat dengan memberi suapan untuk mendapatkan sesuatu. Penerima rasuah pula menjadi ketagih dan mahukan lagi suapan demi suapan kerana seronok menikmati rezeki haram.

Bagaimanapun, penerima rasuah sentiasa rasa tidak selamat kerana selalu mencurigai orang lain, menjadi tidak adil dan tidak amanah. Pemberi rasuah pula akan bertambah kuat perasaan tamak dan halobanya dengan mengamalkan ‘quid pro quo’ atau berkorban sedikit untuk mendapatkan habuan lumayan.

Rasuah membuatkan seseorang menjadi tidak rasional hilang keikhlasan bekerja kerana selalu memikirkan jalan untuk mendapatkan ganjaran dengan cara mudah dan cepat. Bahkan, akan wujud perasaan ‘hendak raih keuntungan sendiri’ dengan menerima rasuah.

Kemewahan dan kesenangan yang diterima atas tiket rasuah langsung tidak diberkati Allah, bahkan mendorong ke arah pembaziran dan penyalahgunaan kuasa serta pangkat. Rezeki dan harta benda bersumberkan sesuatu yang haram seperti rasuah, akan menjadi bahan menjerumuskan seseorang ke dalam api neraka di akhirat kelak.

Usaha pembentukan sekretariat pencegahan rasuah ini perlu direalisasikan dan juga disokong semua warga IPT.

Inilah landasan terbaik membimbing semua pihak mengenai bahaya rasuah yang menghancurkan kewarasan fikiran dan merobohkan status universiti sebagai wadah penyebar keilmuwan paling terulung.

KHAIRUNNEEZAM MOHD NOOR,
La Trobe University,
Melbourne Australia.


*juliet le sweetheart : menghitung hari ke Bright but badminton’s tournament come first. Seramnya…


Saturday, April 19, 2008

Aku yang berani ;p

Malam tadi, di keheningan malam yang indah dan dingin serta bulan terpancar terang, ketenangan aku telah tercabar dek bunyi radio yang kuat berdemtum-dentam dari rumah keling depan rumah aku. Terus aku tengok jam. Pukul 11.00! Apa kejadahnyerlah diorang nak memekak malam-malam buta ni!

Masa tu tengah sebuk surfing internet. Aku tengok Neezam dan Niesreena lena jer tidur. Tak dengar ke? Tapi kejap tu Neezam terbangun dan tanyer kat aku "bunyi apa tu?". Sah! Memang bunyi lagu dari rumah sebelah tu kuat gilos. Aku tengok Niesreena dah mula gelisah. Takut jer dia terbangun.

Memula aku fikir, "sabar… mungkin kejap jer tu…". Tapi bunyi radio semakin kuat siap dengan bunyi hilai tawa lagi. Kesabaran aku apa lagi, makin terhakis ler. Nak jer aku tampar diorang ni. Cepat-cepat aku capai hp dan sms ke resident assistant yang bertugas malam tu, minta dia sound skit kat ‘paktam-paktam’ sebelah tu supaya kecilkan bunyi radio dia. Tak sampai 2 minit aku dengar Aileen, ra yang bertugas tu, ketuk pintu rumah diorang dan minta diorang kecilkan bunyi radio. Diorang kata ok. Tapi tak der beza pun! Kejap tu, aku dengar Aileen ketuk lagi pintu rumah diorang. Kali kedua Aileen sound agak kasar jugak. Barulah dia lowkan bunyi radio dia.

Walaupun aku masih dengar jugak rentak lagu ntah hapa-hapa tu tapi bunyinyer tak lah sekuat tadi dan bolehlah diterima akal gak. Hmmmm… tapi tak lama. Bila aku naik jer katil dan bersiap sedia nak tidur, aku dengar radio diorang dikuatkan lagi. Dah tu dengan bunyi diorang berborak-borak dan gelak-gelak. Eeeeee… geram tol lah. Korang tak cukup siang ke mangkok!!! Aku try gak tidur tapi asyik terjaga je sebab bunyi yang kuat tu. Neezam yang terbangun dari tidur tadi terus tak boleh tidur dan mengadap komputer. Tapi mungkin Neezam tak dengar dah bunyi bising tu sebab dia pakai headphone. So, dia ignore jer lah. Aku plak berbara-bara jer…

Tak boleh jadi ni! Then dengan nekadnyer… aku selak selimut dan bangun dari katil. Neezam tanyer "nak gi mana?", "nak sound diorang" jawab aku. Mesti masa tu Neezam tak cayer jer aku nak sound diorang ek. Macam berani jer. Hehehehhe…

Aku ketuk pintu rumah dia kuat giler. Mamat yang bukak pintu tu buat muka hairan plak. Mau jer aku tampar keling ni tau! Dengan muka terpisat-pisatnya aku suruh diorang kecikkan bunyi radio yang berdentum-dentam tu sebab bedroom kitorang memang betul-betul sebelah jer dengan living room diorang. So of courselah kitorang boleh dengar diorang clearly. Macam biasalah, jawapan diorang mestilah ok kan.

Aku balik, masuk bilik, Neezam tepuk tangan. Hahahaha… Beraninyer aku. Actually aku takut sebenarnyer nak sound diorang. Dah lah diorang ramai. Lelaki plak tu. Aku ni selamba badak jer nak sound-sound. Hehehhehhe… Lantaklah! Yang penting aku nak tidur. Aku dengar bunyi radio dah perlahan sikit dari tadi. Reti bahasa pun. Kang aku cakap bahasa keling kang, aku takut diorang yang tak paham plak. Hahahha…


*juliet le sweetheart : ngantuk...


Thursday, April 17, 2008

My click click!

Guess what I’ve got for myself yesterday!

A new Sony Cyber-shot DSC-T70 camera in silver colour! Aaaaaa… sukanya! Aku memang dah lama jatuh hati dengan kamera Sony Cyber-shot DSC-T70. Dah lama survey tapi tak beli-beli. Ingat nak beli bila balik Malaysia nanti. Tapi lama lagi nak balik dan takut akhirnya tak terbeli plak. Hehehehe…

Actually baru-baru ni Sony Cyber-shot ada keluar model yang terbaru DSC-T300. Lagi advanced dan body dia surelah lagi cantik. Tapi spec dia tak banyak beza pun antara satu sama lain; T70 : 8.1 megapix, 3x optical zoom; T300 : 10.1 megapix, 5x optical zoom, and wider lcd screen. Lain-lain features dia lebih kurang sama jer. Tapi yang pastinya harganya memang jauh bezalah. Model terbaru surelah lebih mahalkan.

So, aku pikir-pikir amek jer lah T70 ni. Kalau pixel tinggi nanti susah plak nak upload kat fp. 8.1 megapix pun ok apa…

Semalam, setelah diberi semangat dan money back guarantee dari ayah Niesreena, (*beli pakai duit aku dulu, then claim balik kat ayah Niesreena. Wajib claim!) aku dengan terketar-ketarnya menghulurkan AUD$400++ kepada JB HI-FI. Huhuuhuhuhuhu…

Akhirnya dapat gak kamera idaman. Seronoknyer!!!

Hmmmmmmm… nak tau satu rahsia? Selama 27 tahun aku hidup ni, ni lah first time aku ada camera sendiri. My own camera! Hehehhe… Cayer tak?


*juliet le sweetheart : tidur tersenyum :)


Tuesday, April 15, 2008

Lost

Aku tension betul tengok ‘Lost’ sejak akhir-akhir ni. Lebih-lebih lagi sejak masuk 4th session ni. Aku tak paham betul. Lost aku jadinyer.

Aku ikut citer ‘Lost’ ni sejak session 1 lagi. Tak pernah missed Hmmmmm… *thinking* May be aku hanya missed 2, 3 episod jer dari session 1 hinggalah habis session 3. Kengkadang tu bila tak paham sangat dengan episod tu, aku akan bukak wikipedia untuk baca balik slot cerita setiap episod. Kengkadang aku download episod yang confius skit kat sidereel.com. Tengok citer sambil baca slot kat wikipedia, baru paham.

Tapi bila dah masuk session 4 ni… alahai… tersangatlah mengkonfiuskan. Tension plak aku tengok citer ni! Aku plak yang lost. Tak sabar nak tengok ending citer ni. Apa kejadahnyer dengan penumpang Oceanic 815 yang terhempas ni? Diorang ni dah mati ke? Hidup lagi ke? Orang giler ke? Orang bunian? Eeeeee… nyampah!

Buat aku sakit hati lagi ialah bila channel 7 ni suka-suka hati dia jer meng’lost’kan citer ‘Lost’ ni berminggu-minggu lamanya. Ari tu elok-elok jer citer tu setiap hari Khamis, pukul 930 malam. Sampai 5 episod jer (if I’m not mistaken) then tetiba jer tak der. Serasa aku belum sampai session finale lagi. Berminggu-minggu tak der. Then tadi tetiba jer ada sneak peek untuk episod hari Khamis ni plak. Aku dah tak paham dah citer ni.

Eeeeee… Nyampah arrrrr! Menci! Tak nak kawan!


*juliet le sweetheart : Menci pun nak tengok gak… Huhuhuhu…


Monday, April 14, 2008

Tidur sekejap waktu siang segarkan minda

Artikel Mr. Hubby di Berita Harian lagi hari ini.

Tidur sekejap waktu siang segarkan minda

SESETENGAH kita menganggap bahawa tidur sebentar pada waktu siang adalah sifat orang malas atau menganggap rutin tidur sebegini mengganggu kesihatan. Namun, sedarkah kita bahawa tidur pada waktu siang adalah suatu amalan harian yang dipraktikkan masyarakat di negara Barat mahupun umat Islam sejak dulu.

Ia dianggap sebagai praktikal untuk menyegarkan semula badan dan minda yang juga dipanggil sebagai ‘power nap’. Peri pentingnya isu ini menyebabkan kerajaan Amerika Syarikat membangunkan ‘National Sleep Disorder Association’ sebagai agensi khas untuk mengkaji dan menghebahkan kesan positif tidur di waktu siang kepada semua pihak.

Sebagai golongan pekerja di dalam pelbagai sektor, perkara ini perlu diambil perhatian walaupun budaya tidur sekejap waktu siang ini belum begitu popular di negara kita.

Bayangkan daripada pagi hinggalah ke petang kita terlalu fokus kepada tugasan dan kerja sehingga kita lupa untuk memberikan tubuh badan dan minda kita waktu rehat yang optimum dengan kaedah yang tepat.

Banyak kajian yang dilaksanakan sarjana dalam mengkaji kesan tidur sebentar pada waktu siang. Mereka juga menghasilkan bahan ilmiah yang memberikan mengenai kebaikan tidur pada waktu siang ini.

Contoh buku popular yang boleh diperoleh di pasaran adalah seperti buku The Art of Napping at Work karya Anthony dan Anthony; Sleep and Alertness: Chronobiological, Behavioural and Medical Aspects of Napping oleh Dinges dan Broughton . Sarjana ini cuba menghimpunkan bukti secara saintifik mengenai kebaikan tidur sebentar pada waktu siang terutama bagi pekerja mengekalkan produktiviti kerja seharian yang mantap.

Dikatakan waktu tengah hari adalah masa paling sesuai untuk tidur seketika. Sistem pekerjaan yang kebiasaannya memperuntukkan waktu rehat pada waktu tengah hari perlu dimanfaatkan sebaiknya untuk tidur sejenak selain daripada makan tengah hari, berbual-bual dengan rakan, melayari internet dan sebagainya.

Pada masa inilah sistem badan manusia bersedia untuk memanfaatkan fasa berehat yang berjam-jam keletihan dipengaruhi oleh faktor suhu persekitaran serta pendedahan dan penggunaan tenaga fizikal dan mental ketika bekerja.

Keletihan bekerja memuncak pada waktu tengah hari yang boleh mendorong seseorang pekerja mempunyai perasaan tidak tenteram, tidak fokus, mengantuk dan mudah marah. Fasa tengah hari ini dipanggil oleh sarjana sebagai fasa kelesuan pada pertengahan hari. Tempoh untuk tidur pula dikatakan sesuai dalam lingkungan 30 hingga 40 minit.

Tidur berlebihan akan menyebabkan gangguan kepada tubuh badan yang akan menjadi lesu dan malas untuk bekerja semula.

Dari segi fizikal, tidur sekejap pada waktu siang secara berkala membantu dalam menyegarkan otak yang memerlukan oksigen yang cukup untuk berfungsi, memperbetulkan semula fungsi jantung dan kapilari darah dalam pengaliran darah dan oksigen, memperbaiki sel-sel badan dan mengendurkan otot yang digunakan secara aktif ketika bekerja. Daripada aspek kesihatan mental dan psikologi pula, minda dan perasaan akan menjadi lebih tenang daripada stres sebaik bangun daripada tidur dan bersedia untuk melaksanakan kerja dengan lebih produktif dan berkesan.

Dari perspektif Islam, tidur pada waktu siang turut diiktiraf sebagai salah satu amalan yang baik. Imam al-Ghazali pernah menyatakan bahawa ‘hendaklah seseorang tidak meninggalkan tidur sekejap pada siang hari kerana ia membantu ibadat pada malam hari seperti sahur membantu puasa pada siang hari’. Tidur sekejap pada waktu siang bertujuan menyegarkan semula bukan saja jasmani, malah rohani seseorang untuk beramal ibadat dan melaksanakan rutin hariannya.

Atas kesedaran mengenai implikasi positif daripada tidur sekejap waktu siang ini, banyak organisasi di Barat yang menggalakkan pekerja untuk mengamalkannya. Sehingga ke satu tahap, dikatakan terdapat majikan yang menyediakan ruang yang khas untuk tidur sementara (yang lengkap dengan kerusi malas, kusyen, tuala muka dan haruman) bagi pekerjanya selain daripada pantri atau kantin.

Majikan atau pengurusan organisasi diharapkan faham akan keperluan rehat pekerja. Cuba elakkan untuk mengadakan mesyuarat atau memberi sebarang tugas kepada pekerja sehingga mengganggu waktu rehat tengah hari mereka.

Begitu juga dalam kalangan pekerja yang perlu mengikis pandangan serong apabila terjumpa rakan yang tidur di pejabat dan tidak memberikan banyak masa untuk makan atau bersosial pada waktu rehat. Begitu juga dengan pelanggan di kaunter perkhidmatan yang perlu faham dan tidak bersungut apabila sesetengah kaunter ditutup untuk memberi ruang rehat seadilnya kepada semua pekerja.

KHAIRUNNEEZAM MOHD NOOR
Universiti La Trobe,
Melbourne, Australia.


*juliet le sweetheart : ZZZZZzzzzzzzzzzzzzz...



Sunday, April 13, 2008

Futsal for the first time

Hari ni sebenarnya aku dan Neezam merancang untuk ke city. Sajer jer jalan-jalan sebab dah lama sangat tak keluar berjalan ke city dan makan di Esteler Lazzat. (*Aku suka Esteler, tapi Neezam nak Lazzat gak. Terpaksa ler ikut kata suami. Kang tak bau plak pintu shorga… Huhuhu…).

Tapi macam mana ntah, setelah dipelawa oleh dik Tiqie untuk bermain futsal, aku telah mencancelkan perjalanan ke city dan menukar plan untuk bermain futsal. Bukan selalu pun berkesempatan nak main sebab sebelum ni diorang main hari Jumaat petang, at the same time Neezam gi main bola sepak plak. So, tak dapatlah nak gi. So, bila ada kesempatan macam ni mestilah nak gi kan. Hehehehe… Pagi-pagi lagi tadi aku dah cari kasut sukan aku yang memang dah lama terperuk dalam lemari. Maklumlah dah lama tak bersukan. Badan pun dah naik lemak. Hehehe…

First time aku main futsal. Rules dia pun aku tak tau. Yang aku tau, tendang jer bola tu. Berterabur gak lah kaki aku (dan jugak diorang) menendang bola. Dah tu nak tendang ke orang lain tapi gi kat orang lain. Bleh macam tu? Punyalah ‘expert’ ek.

Neezam yang sepatutnya duduk dan jaga Niesreena tak pasal-pasal jadi coach plak. Maklumlah, semuanya girls.

Enjoy sekali-sekala bersosial macam ni. Bleh kenal ramai lagi orang. Diorang sumer pun sporting dan cool. Tapi semua yang main tu anak-anak dara belaka. Aku sorang jer sesat mak orang. Siap si Niesreena pun ikut berlatih bersama, lari satu court lagi ikut kitorang warming up. :p Hehehhe…

Insya Allah kalau berkesempatan aku nak main lagi. Tu pun kalau Neezam sanggup hantar lah. Kalau tak nak, nak wat cam neeeeer…


*juliet le sweetheart : tak pernah terfikir nak main sport tendang-tendang bola ni...



Saturday, April 12, 2008

Dakwah di pejabat wajar kuat intelektual

Ostad Neezam menulis lagi. Kali ni kat berita harian kat bahagian agama plak tu. Huhuuhuhuhu… Hayatilah tulisan ostad Neezam kali ni yer kengkawan…

Dakwah di pejabat wajar kuat intelektual

Oleh Khairunneezam Mohd Noor

BERDAKWAH boleh difahami sebagai usaha mengajak orang lain mendekati Allah, menyeru mereka ke arah kebenaran dan seterusnya dapat mengikut apa yang digariskan dalam ajaran Islam. Dakwah adalah suatu usaha mengajak manusia melaksanakan ‘amal makruf dan nahi mungkar’.

Dr Sayyid Muhammad Nuh menjelaskan dengan terperinci dalam bukunya ‘Taujihat Nabawiyyah ‘Ala al-Thariq’ mengenai konsep amal makruf dan nahi mungkar. Al-makruf adalah konsep yang mencakupi semua perkara atau amalan yang diterima dan diredai Allah.

Contohnya, ibadat khusus seperti solat, berpuasa, berzakat dan ibadat umum seperti adil, mematuhi undang-undang, amanah, mengotakan janji, dan ‘iffah’ yang bermaksud mencela diri daripada perkara haram.

Maka amal makruf bermaksud mengajak atau mendorong orang lain untuk melaksanakan amalan mulia yang khusus dan umum demi kesejahteraan diri, masyarakat dan mendapatkan keredaan-Nya.

Al-Mungkar pula, suatu konsep yang mencakupi semua amalan tidak diredai dan dibenci Allah merangkumi segala perbuatan zahir dan batin seperti riak, hasad dengki, bermusuh-musuhan, meninggalkan ibadat khusus, mencuri, berzina, khianat dan berbohong.

Maka nahi mungkar difahami sebagai memperingatkan, mengajak orang lain untuk mengelak dan membersihkan diri daripada melaksanakan kemungkaran serta amalan keji yang mengundang kemurkaan-Nya.

Dalam dunia pekerjaan, seorang Muslim bertanggungjawab untuk berdakwah. Tidak kiralah apa kategori pekerjaan, sama ada di pejabat berhawa dingin, tapak pembinaan hatta di ladang dan sawah sekalipun, tanggungjawab sebagai pendakwah terletak di bahu kita.

Selaras firman Allah yang bermaksud: "Kamu adalah umat terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang makruf dan mencegah daripada yang mungkar, dan beriman kepada Allah." (Surah Ali-Imran, ayat 110

Usaha berdakwah di tempat kerja jangan disalahertikan dengan pengertian yang sempit. Dakwah bukan bermaksud mengajak manusia melupakan tanggungjawab bekerja dan melaksanakan amal ibadat khusus semata-mata.

Bekerja itu sendiri adalah satu amal ibadat apa lagi jika ia diniatkan kerana Allah dan dilaksanakan dengan penuh amanah, fokus serta ikhlas. Usaha dakwah jangan ditafsirkan sebagai ‘hendak tunjuk alim’ atau ‘hendak tunjuk pandai’.

Jika begitu, semua orang akan takut untuk berdakwah kerana seorang pendakwah tidak mahu dipandang sebagai penyibuk, manakala yang menerima dakwah pula berasa tidak selesa dan menganggap konteks dakwah sebagai sesuatu yang tidak bermanfaat.

Sesungguhnya Allah menjanjikan bahawa seseorang yang berdakwah ke jalan Allah akan mendapat balasan setimpal dengan usahanya seperti firman-Nya yang bermaksud: "Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang makruf dan mencegah daripada yang mungkar; merekalah orang-orang yang beruntung." (Surah Ali-Imran, ayat 104)

Sebagai pendakwah dalam konteks dunia pekerjaan, seseorang itu perlulah terlebih dulu memperlengkapkan dirinya supaya usaha dakwahnya menjadi sempurna. Tidaklah nanti orang lain mengatakan, nak betulkan orang lain, diri sendiri pun tunggang-langgang.

Akhlak dan keperibadian diri yang baik perlu dibentuk dengan menjadikan Rasulullah SAW sebagai contoh ikutan terbaik. Kejayaan Rasulullah SAW dalam usaha dakwah hingga berjaya menarik minat kaum keluarga, sahabat dan umat manusia zaman jahiliah bertitik tolak daripada keperibadian Baginda SAW yang teguh keimanan, cukup berlemah-lembut, molek budi pekerti dan tutur bicaranya.

Pendakwah juga perlu memiliki kekuatan intelektual dan spiritual supaya dirinya sendiri arif akan apa yang hendak disampaikan dan orang yang menerima dakwah turut faham dan mudah untuk mengikut dakwahnya.

Jika pendakwah tidak mampu memahami dan menguasai ilmu mengenai ajaran Islam, ditakuti usaha dakwahnya akan menjadi sia-sia dan diperlekehkan orang yang cuba didekati itu.

Bahkan, yang lebih ditakuti adalah apabila yang cuba disampaikan itu tidak selaras dengan perspektif Islam dan boleh memesongkan fahaman orang lain terhadap kesyumulan ajaran Islam.

Berdakwah di tempat kerja bukan sesuatu yang sukar kerana banyak kaedah dakwah boleh diguna pakai seperti penulisan, perbualan, mahupun perbuatan untuk menarik minat dan kesedaran orang lain terus berpegang teguh kepada syariat Islam.

Contohnya, ringankan mulut menegur rakan yang suka mencuri tulang untuk minum pagi dengan cara mengingatkan mereka akan pentingnya bersikap amanah kepada majikan bahkan kepada diri sendiri.

Atau memberi teguran terhadap amalan bergosip, mengumpat dan mengata orang lain yang memang menjadi hobi ketika bekerja di kalangan sesetengah daripada kita. Begitu juga apabila mendapati ada rakan mengambil ringan kewajipan menunaikan solat.

Mereka perlu diingatkan, walau sesibuk mana sekalipun bekerja, kita tetap perlu mendirikan solat yang menjadi tiang agama. Namun, harus diingat segala peringatan dan teguran perlulah dibuat dengan tegas tetapi lembut, merendah suara dan berhikmah. Bukan secara kasar, mengherdik atau menghina.

Dakwah melalui perbuatan juga sangat berkesan mengajak orang lain beramal ibadah dengan sempurna. Menjaga amal ibadat khusus, tidak lokek memberi senyuman, membaca al-Quran ketika ada kelapangan, ringan tulang membantu orang lain, sopan santun, menjaga kebersihan diri dan sebagainya adalah contoh perbuatan yang boleh menggetarkan kesedaran orang lain untuk mengikut amalan baik yang kita tunjukkan.

Dakwah juga boleh disampaikan melalui kaedah penulisan melalui penghantaran e-mel atau salinan nota yang mengandungi maklumat berkaitan ajaran Islam seperti tauhid, ibadah, adab, muamalat untuk terus tawaduk dan patuh dengan perintah Allah.

Sebagai ketua jabatan atau pengurus organisasi, juga boleh memekarkan usaha dakwah dengan mewujudkan amalan membaca al-Quran dan memahami tafsirnya bersama pekerja.

Begitu juga sebelum memulakan sesuatu mesyuarat atau perbincangan kumpulan, tazkirah ringkas boleh disampaikan mengenai ilmu berkaitan Islam mahupun isu-isu semasa mendasari kehidupan seharian.

Janganlah segan dan berputus asa untuk terus menyampaikan apa yang baik kepada rakan di tempat kerja kerana ia memberi manfaat yang tiada tolok bandingnya kepada semua pihak termasuklah diri kita sendiri.

Penulis adalah pensyarah Universiti Sains Islam Malaysia dan sedang melanjutkan pengajian peringkat doktor falsafah (PhD) La Trobe University Melbourne Australia.

Wednesday, April 9, 2008

Chantek

Aku bukanlah orang yang suka music berentak rap. Tapi tetiba macam mana ntah aku boleh tersuka plak dengan lagu ni. Maybe sebab utamanya ialah senikatanya yang memang best, suara pun best… Bestlah… Memang best! So, dengan rasminya aku letak lagu ni sebagai background music blog aku ni untuk dikongsi dengan kengkawanku sekalian ye. Enjoy!




.: Chantek :.

Hey wanita
Gembira dapat berjumpa
Teringat kembali kali pertama kita bersua
Ingat bila kita bersepatu serupa
Tak lama dahulu jangan kau kata kau dah lupa

Kau bersama kawan-kawan muda yang nyata
Kau paling menyerlah di antara mereka
Rambut hitam warna cokelat anak mata
Membuat aku kurang fasih bila bicara

Apakata kita ambil sedikit masa
Untuk mengenali sesama kita dengan lanjutnya
Dan jika kau rasa apa yang ku rasa
Ayuh kita ke bab kedua dan seterusnya

Chantek…
Dirimu buat ku tertarik
Menghilang segala prasangka
Di jiwa
Ohh chantek…
Sungguh aku cinta kamu

Dia...
Pandai menjaga hati ayah dan ibunya
Kelakuannya sama dengan orang tuaku juga

Dia...
Bisa cipta yg gula dari yang cuka
Pandai menukar yang duka kepada suka

Dia...
Bijak mengatur acara dan juga masa
Cekap memasak garam gula secukup rasa

Dia...
Pandai menjaga harta dan juga duitnya
Tetap anggun tanpa mendedahkan kulitnya

Dia...
Setia pada Yang Esa satu-satunya
Memenuhi tanggungjawab 5 waktunya

Dia...
Punya tempat dalam rancangan yg ku rangka
Tak usah lengah
Ayuh kita berumah tangga

Chantek...
Sechantek suria menyinar
Seindah bunga yang di taman... mekar...

Chantek...
Dirimu buat ku tertarik...
Menghilang segala prasangka
Di jiwa...
Oohhh chantekk...
Sungguh aku cinta kamu

Aku...
Melihat kita bersama di hari tua

Dia...
Masih satu tiada empat tiga atau dua
Dan walaupun kau sudah kepudaran rupa
Kau tetap cantik padaku aku tak lupa
Kita bersama di anjung luangkan masa
Kewangan kita merdeka mampu bersara
Hasil usaha kita dari masa dahulu
Cukup untuk mengisi perut anak dan cucu
Hidup santai tak perlu terburu-buru
Punya masa kerja ibadah dan juga ilmu
Anak kita dan ayahya semua sebulu
Aku bilang kau chantek dan mereka setuju

Chantek...
Sechantek suria menyinar
Seindah bunga yang di taman... mekar...

Chantek...

Dirimu buat ku tertarik...
Menghilang segala prasangka di jiwa...

Ohh chantek...
Sungguh aku cinta kamu...


Altimet Feat Adeep Fabulous Cats

Tuesday, April 8, 2008

Niesreena & Qistina

Dah lama sangat rasanya tak update blog. Bukannya aku sebuk sangat pun dan bukan jugak sebab tak der cerita nak dikongsi tapi sebab sejak beberapa hari ni suami tercinta bawa laptop ke office. So, aku tak berkesempatan untuk menulis dan update kisah hidup aku kat blog ni.

What’s new in my life? Hmmmmm…

I got a new baby!!! Hahahaha… Terkejut tak dengar? Hehehehe… Actually, bukan baby aku. Sejak minggu lepas aku diberi tanggungjawab untuk jaga sorang baby comey ni. Qistina Nabila namanya. Baru nak masuk 6 bulan. So aku jadi baby sitter lah sekarang ni. Hehehehhee… Percaya tak? Aku sendiri tak percaya aku bleh babysitting anak orang. Yang aku lebih tak percaya ialah beraninya mama baby tu bagi aku jaga. Hehehehhe… (**Takut tak dengar penyataan Julie tu, kak Niza?) Huhuhuhu… Mula-mula Qis tak nak sangat dengan aku. Bila aku amek jer Qis nangis. Tapi sekarang ni alhamdulillah, nampak gayanya dah ok. Tak susah pun nak jaga Qis sebab dia bleh main dan baring-baring sendiri. Tapi bila Qis start nangis… mulalah aku mengelabah… hehehehe…

Niesreena… sejak aku jaga Qis, Niesreena jadi semakin manja. Actually dari dulu memang manja dengan aku tapi sejak akhir-akhir ni dah jadi terlebih manja. Lebih-lebih lagi bila Qis ada kat rumah. Niesreena macam jelouslah jugak. Mana tak jelouskan kalau mama gebu kesayangan dia ni dok timang baby lain. Tapi kalau kat ayah dia, dia tak jelous lak. Perlahan-lahan aku ajar Niesreena untuk sayang Qis. Main sama-sama, main cium-cium, main sayang-sayang. Hehehhehe… Ajar Niesreena to be gentle dengan baby. Qis pun seronok bila tengok Niesreena main-main dan lari-lari depan mata dia. Kalau boleh Qis nak main dan lari sama jer gayanya. Tapi tak dapat kaki lagi. Kenalah tunggu 5, 6 bulan lagi ye Qis.

Niesreena, my honey bee, dah masuk 16 bulan dah sekarang. Rasa macam cepat jer Niesreena membesar. Semakin membesar dan semakin bijak sekarang. Semakin nakal pun ye jugak. Niesreena suka meniru apa jer yang Niesreena nampak, lebih-lebih lagi kalau tengok tv. Kalau nampak orang meloncat, Niesreena pun loncat; kalau nampak orang menari, Niesreena pun menari; kalau nampak orang korek hidung, Niesreena pun korek hidung, siap korek dua-dua belah hidung sekali gus!!! Huhuhuhu… Dan kalau dengar lagu mesti nak menari. Kadang-kadang kalau Niesreena nakal sangat Neezam mesti marah Niesreena. Yang kelakarnya, Niesreena dah pandai merajuk. Kalau Neezam marah, nanti Niesreena akan sorokkan muka dia samada kat sofa atau lantai, then terdiam, terpaku sekejap sambil jari-jemari Niesreena yang halus-halus tu terkuis-kuislah kat sofa atau lantai tu. Tapi sekejap jer, 6, 7 saat pastu mula tergedix-gedix balik. Hehehe… Tu kalau Neezam marah; kalau aku yang marah… hmmmm… tak lut… geram tol! Seronok tengok telatah Niesreena. Aku rasa bertuah sebab boleh membesarkan sendiri Niesreena. So, aku bleh tengok tahap-tahap pembesaran dia.

Niesreena dah besar. Dah tak boleh dipanggil baby lagi ek? Kadang-kadang aku rindu sangat kat Niesreena masa dia baby; masa Niesreena 3, 4 bulan; masa Niesreena tak pandai nak berjalan lagi; masa bunyi tangisan Niesreena ternguek-nguek lagi. Rindunya… Tapi bila tengok Niesreena dah besar macam ni buat aku seronok. Tak sangka aku dan Neezam boleh membesarkan Niesreena, sehat dan bijak. Tak sabar nak bawak Niesreena balik Malaysia. Bagi Niesreena main-main dan manja-manja dengan atuk nenek dan auntie uncle dia kat Malaysia nun. Sian Niesreena, tak der atuk nenek kat sini nak wat manja-manja. Huhuhu…

Well, Niesreena not a baby anymore… but she will always be my baby… forever!!!

Friday, April 4, 2008

Sifat sabar bentuk jiwa sentiasa tenang

Artikel yang satu ini telah diletakkan di bahagian agama suratkhabar berita harian. Terus hari tu Neezam rasa dirinya ostad. Hehehheehe…

Sifat sabar bentuk jiwa sentiasa tenang

SESUNGGUHNYA tiada sesiapapun di dunia ini yang suka berhadapan dengan musibah atau malapetaka. Sebagai manusia yang beriman, segala kecelakaan yang berlaku perlu dihadapi dengan sabar dan bertakwa. Ujian yang diberikan Allah ini datang dalam pelbagai cara. Kehilangan atau kematian ahli keluarga tersayang, gagal dalam pelajaran, kesukaran dalam bekerja, kemusnahan harta benda, menghidap pelbagai penyakit kronik, terbabit dalam kemalangan, kerugian dalam perniagaan dan sebagainya adalah sesuatu yang cukup pedih untuk dihadapi.

Jika hati seseorang itu goyah dan tidak rasional, musibah yang melanda tidak akan dianggap sebagai cubaan dan petunjuk yang berupaya meneguhkan keimanan dan kekuatan diri. Kehidupan dianggap sebagai tidak bermakna. Jiwa tidak tenteram dan perasaan menjadi kusut apabila kesenangan dan kebahagiaan dinikmati sebelum ini hilang sekelip mata. Ada di antara kita yang menganggap Allah tidak adil kerana menurunkan musibah demi musibah, umpama ’sudah jatuh ditimpa tangga’. Ditambah lagi hasutan syaitan akan menyemarakkan lagi rasa putus asa, sesal, sedih dan marah. Kesannya, mulalah seseorang itu mencari penyelesaian secara negatif dengan melakukan kemungkaran . Ia sebenarnya adalah tanda protes terhadap nasib buruk dialami mereka.

Sebenarnya jika sifat sabar dipupuk sebaiknya dalam diri, seseorang itu akan terus diberi petunjuk oleh Allah dalam menghadapi cabaran kehidupan di dunia yang fana ini. Firman Allah, maksudnya: Sesiapa yang diberi petunjuk oleh Allah maka dialah yang beroleh petunjuk, dan sesiapa yang disesatkan oleh Allah, maka merekalah orang yang rugi (Surah al-A`raf ayat 178).

Bagi orang yang bersabar, dia akan reda dan tabah menerima segala ketentuan Allah. Bahkan sifat berserah (tawakal) dan bersyukur akan tumbuh subur di dalam sanubari di samping percaya segala sesuatu yang berlaku ada hikmah di sebaliknya. Individu seperti ini sedar bahawa Allah menunjukkan contoh kesabaran rasul yang bergelar `Ululazmi’ yang menerima pelbagai cabaran lebih hebat dalam menyebarkan dakwah Islamiah pada zaman mereka. Sifat sabar dapat membentuk keperibadian seseorang supaya sentiasa tenang. Ketenangan ini yang akan memandu dirinya untuk memuhasabah diri. Daripada perspektif Islam, orang yang bersabar dan tabah menghadapi ketentuan Allah adalah orang yang terpelihara kehidupannya di dunia dan di akhirat dan mendapat ganjaran pahala yang berlipat kali ganda. Ini selaras dengan firman Allah: "Sesungguhnya orang yang sabar sajalah yang akan disempurnakan pahala mereka dengan tidak terkira? (Surah al-Zumar, ayat 10).

Sebagai masyarakat yang sentiasa prihatin terhadap satu sama lain, adalah wajar untuk kita membimbing dan membantu sebaiknya orang yang dilanda kesusahan. Bukannya mencemuh, menghina atau menjauhkan diri daripada mereka ini yang masih trauma dan tercari-cari pedoman menghadapi saat-saat sukar dalam hidup.

Bantuan boleh dihulurkan dalam pelbagai bentuk sama ada wang ringgit, kudrat tulang empat kerat, nasihat, kaunseling dan doa. Sokongan masyarakat dari segi fizikal, psikologi dan emosi sangat terkesan dalam membentuk sifat kesabaran dan ketakwaan dalam diri mereka yang dilanda musibah. Ia sekali gus menunjukkan betapa tingginya nilai tamadun masyarakat yang mengambil berat hal ehwal dan kebajikan setiap ahlinya.

back to top