Tiap-tiap pagi aku dan Neezam rajin mengajar Niesreena; macam-macam benda yang perlu Niesreena pelajari but of course step by step. Beberapa hari kebelakangan ni kitorang ajar Niesreena meniarap. Sebelum tu kitorang ajar Niesreena mengiring. Dan usaha kitorang memang tak sia-sia. Selepas beberapa hari Niesreena pandai mengiring, semalam Niesreena dah pandai meniarap dengan sendiri! She’s very fast learner! Dan hari ni, biler Niesreena dah bosan-bosan baring, dia akan meniarap pulak. Kepala Niesreena terpusing-pusing tengok keadaan sekeliling. Sesekali biler terpandang aku atau Neezam, dia akan tersenyum. Comey sangat!
Tapi yang kelakarnyer biler Niesreena bergerak, dia tak bergerak ke depan, tapi berpusing, biasanya berpusing mengikut arah jam. Hehhehehe… Aku selalu letakkan fish teether dia kat depan dia supaya dia akan bergerak ke arah teether tu but still dia berpusing. Hhehehehe… Kelakar plak! Well.. she’s still learning and she’s a good learner. Aku dan Neezam pun tak memaksa Niesreena untuk belajar cepat-cepat. Asalkan Niesreena rajin berlatih, it’s good enough.
p>Nak tahu tabiat baru Niesreena? Geram sangat! Hehehehhe… Niesreena suka menyembur. Biler Niesreena start menyembur, it will takes few minutes untuk dia berhenti! Habis air liur dia merata-rata kat muka. Kitorang pun selalu jadi mangsa semburan Niesreena. Bukan geram aper, cuma geram tengok muka Niesreena biler tengah menyembur tu. Sampai merah-merah muka dia. Dan biler aku tegur Niesreena supaya jangan menyembur, dia akan menyembur lebih lagi dan kengkadang tu dia akan senyum. Ya Allah! Comel sangat! Seronok betul melayan kerenah Niesreena…
Banyak lagi gambar Niesreena kat fotopages aku. Jom tengok!