♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Friday, February 24, 2006

Papai…

Hai kengkawan dan pembaca blog aku yang setia. Muahahahahhahaha…

Kalau korang ada baca blog aku yang lepas-lepas, ada aku ceritakan yang beberapa kali hati aku ‘terkehel’ disebabkan asyik terpostponenyer plan honeymoon aku ngan Neezam disebabkan masalah-masalah yang tak dapat dielakkan. Dua kali postponed; first, sebab Kedah dilanda banjir teruksss; second, sebab Neezam ada urusan kerja kat Medan, Indonesia. Huhuhuuhuhuhu…. Insya Allah, kalau tak der aral lagi yang dok melintang, aku dan Neezam akan gi honeymoon minggu depan, kat Langkawi jersss lersss. Dah lebih dua bulan kitorang kahwin, baru nak gi honeymoon ek. Hhehehehehehe… No problem… Hmmmm… harap-harap hati aku tak ‘terkehel’ lagi…

So kengkawan, seminggu depan aku takkan online, mesti korang sumer rindukan aku tahap gaban nangis kan? Hehehehhehehehe….

Papai kengkawan sumer… Aku pergi dulu eh… Doakan aku dan Neezam selamat pergi dan selamat balik eh…

Chow chin chow…

Tuesday, February 21, 2006

Iris

Hello and gud day!

Hmmmm… Sebenarnyer tak tau nak post aper dalam blog dalam minggu ni. Sejak akhir-akhir ni aku rasa bosan dan malas nak buat aper-aper. Nak buat any posting dalam blog pun malas.

So, aku just nak post lirik lagu kegemaran aku (buat masa ni). Suka sangat lagu Iris nyanyian Awie. Well, i’m dedicated this lovely song for my dearest hubby. I love u so much!!!

Iris :: Awie

Kau masih ku cintai ….sungguh
Dari awal dulu hingga hari ini
Aku pasti seyakinnya pasti
Kau lah satu untuk ku

Kau masih Dewi hatiku….sungguh
Biar sejuta tahun hilang di hari
Usah gusar sayang usah ragu
Aku milikmu

Chorus *

Cintaku jika kau tanya pada bintang
Gemilauan sinar tak kan hilang
Akan aku sinari duniamu
Moga terpadam sangsi mu oh….

Cintaku jika kau lihat tingginya awan
Tak kan tercakar tinggi cintaku
Hanya hati ku tahu apa mahuku

Kan dunia ku pastinya milikmu
Hingga ke akhir hayatku

Kau masih ku cintai….sungguh
Dari hari pertama kau ku nikahi
Aku pasti seyakinnya pasti
Engkau milik ku..

Tuesday, February 14, 2006

Hari keluarga

Last Saturday, 11hb February, tepat 2 bulan aku menjadi isteri kepada hubby aku yang tercomey. Alhamdulillah… kebetulan jugak, pada hari tu ada sambutan hari keluarga KUIM (Kolej Universiti Islam Malaysia), tempat kerja hubby. Hari keluarga tu diadakan kat Taman Tema Desa Water Park. Best wooo tempat tu….

Ramai betul staff KUIM yang datang dengan keluarga memasing. Ramai sangat baby-baby comel yang dok gelak-gelak walaupun tak der gigi lagi. Comeyyyy… Geram tengok baby comey…

Macam-macam acara diadakan sempena hari keluarga ni, untuk semua peringkat umur. Aku dan Neezam tak lepaskan peluang untuk sertai memacam acara yang diadakan tu. Memula tu aku malu gak nak join tapi biler dah mula masuk satu acara, rasa seronok dan terus nak masuk acara lain-lain plak. Tu pun Neezam yang dok pujuk-pujuk dan desak-desak aku untuk join the games. Kalau tak aku duduk jer lah. Segan konon. Hehehhehe…

Salah satu pertandingan yang aku dan Neezam sertai ialah pertadingan ‘pasangan seiras’. Dalam pertandingan ni, juri-juri akan judge keseirasan setiap pasangan; aku dan Neezam. Nak tau? Aku dan Neezam menang dalam acara ni, dapat tempat kedua. Muahahahahaha… Macam tak cayer jer. Seiras ker? Hehehhehehe… Mungkin sebab kecomeylan kitorang yang seiras. J

Selain sukaneka, ada jugak cabutan bertuah. Biasalah tu… Selalunyer dalam acara-acara cenggini tak sah kalau tak der cabutan bertuah. Tapi mungkin tak der rezeki, nombor kitorang tak naik pun.

Sambutan hari keluarga KUIM ni tamat pada pukul 3.30 petang. Tapi kitorang tak terus balik. Aku dan Neezam terus lepak kat taman tema tu.

Sumer tempat kitorang main; naik tiub besar, gelungsur air, shock wave, etc… Rasa macam budak kecik tau. Seronok main air. Hehehhehe… Bagi aku tempat ni ok lah untuk keluarga nak lepak-lepak. Harga masuknyer pun jauh lebih murah kalau nak dibandingkan ngan Sunway Lagoon.

Hmm… banyak kenangan manis yang aku dapat hari tu. Lebih-lebih lagi sebab tarikhnyer yang bermakna bagi aku dan Neezam.

Sunday, February 12, 2006

My friends wedding

Huhuuhuhuhuhuuhu… terharu… tak sangka… kahwin jugak kawan aku ni ngan kawan aku ni. Alhamdulillah…

Fari dan Saril, kawan aku sejak sekolah menengah. Setelah hampir 9 tahun diorang bercinta akhirnya diorang sampai gak ke jinjang pelamin. Fari dan Saril telah selamat diijabkabulkan dan melangsungkan perkahwinan pada 12hb Februari, hari Ahad yang lepas.

*Obviously, gambar dicilok dari onizuka... hehehhee...

Aku pernah jumpa Fari sebelum ni, kata Fari, memang susah nak jaga dan mengekalkan percintaan tanpa ikatan aper-aper, walaupun dah bertunang. Banyak betul halangan dan cubaan. Tapi diorang berjaya jugak. Sembilan tahun… lama tu… Mesti kasih sayang dan komitmen sesame diorang sangat tinggi. Alhamdulillah… baguih lah tu.

Pada hari kahwin diorang tu jugak aku sempat jumpa dengan bekas kengkawan sekolah aku dulu; Juhana, Haniza, Liza, Amy, Mastura, Salina, Marlina, Zeha, Zu, Fasilah, Asroma, Hasnah, Megat, Raja Amrol, Awie, etc… Kengkawan Sekolah Menengah Wangsa Maju Zon R1 yang pernah menjadi medan perkenalan dan perjuangan kitorang dulu. Hehehehehe… semangat patriotic lah pulak ek. Hmmm… selalunyer kat majlis perkahwinan macam ni lah kitorang selalu berjumpa. Kalau nak harapkan nak buat reunion, selalunyer terpostpone jer.

Apapun aku harap persahabatan kitorang tetap kukuh walaupun memasing dah bawak haluan memasing. Dan kepada Faridatul dan Saril, aku harap ikatan perkahwinan ni akan membawa lebih makna dalam perhubungan korang yang dah terjalin sekian lamanyer.

Tuesday, February 7, 2006

Surprise!

Sambung citer semalam… Perkara penting untuk kite nak buat surprise kat orang ialah make sure diorang tak tau pun that it will be a surprise, not even a clue! Itulah yang aku cuba lakukan. Neezam tak terbaca pun blog aku semalam. Hehehhehe…

Sebelum ni, aku ada tanyer Neezam, apa hadiah yang dia nak sempena hari jadi dia. Tapi Neezam tak mengharapkan aper-aper selain aku saja di sisi dia. How sweet… J Dan aku pun dah beritahu Neezam sebelum ni yang aku tak dapat nak bagi aper-aper. Mungkin sekadar belanja makan malam. Neezam ok jer.

Semalam, sempena hari jadi Neezam, aku belikan Neezam sepotong cheese cake kegemaran Neezam dari Secret Recipe. Aku nampak Neezam seronok jugak walaupun hanya sepotong kek. Sambil Neezam menikmati kek, aku pun bagi kat Neezam sekotak hadiah. Neezam terkejut sangat sebab dia ingat aku tak bagi aper-aper hadiah. Hmmmm…. Tapi biler Neezam dah bukak hadiah tu, Neezam lagi terkejut. Hehehehhe… Aku hadiahkan Neezam handphone Nokia 6630. Neezam seronok dan terharu sangat. Dia tak sangka ada hadiah untuk dia. Muahahahhaha… Aku pun seronok sangat tengok Neezam seronok. Dan aku seronok sangat sebab Neezam menghargai pemberian aku.


That’s a surprise for my dearest hubby on his birthday. I looove surprise! The good one, of course!

Monday, February 6, 2006

Happy 26th birthday hubby!

Hari ni, Isnin, 6th February 2006, birthday Neezam yang ke 26 tahun.

Alhamdulillah, syukur aku panjatkan ke hadrat Allah s.w.t kerana melanjutkan lagi usia suamiku disertakan lagi dengan kesihatan yang baik. Aku berdoa ke hadrat Allah s.w.t semoga hubby aku yang tercinta akan dipanjangkan lagi usia, dimurahkan rezeki dan sentiasa mencintai aku. Aku juga harap Neezam dapat mencapai cita-cita dia untuk melanjutkan pelajaran peringkat phD tahun ni. So, sebelum usia Neezam menjangkau 30 tahun, Neezam dah dapat bergelar doctor. Insya Allah… Itulah impian Neezam sejak dulu lagi.

Hmmmm… Ada birthday surprise aku nak bagi kat Neezam malam ni. Hehehehehehe… Harap-harap Neezam suka. Korang nak tau aper surprisenyer? Hehehehhee… Baca blog aku besok yer… To be continued...

Friday, February 3, 2006

My cuti

Cuti memang best walaupun tak kemana-mana. Tapi cuti aku kali ni sarat dengan pengisian menjamu mata dan memanaskan punggung yang asyik dok melekat kat Honda CRV ayah. Waduh waduh… penat kok duduk lelama dalam keter…

28 Januari 2006 (Sabtu)

8.00 pagi - Pepagi lagi aku dah bertolak balik ke Nilai dari rumah mak kat Setapak. Malam sebelumnyer tu aku tidur kat rumah mak sebab rinduuuuuu sangat kat mak. Nasib baik ada 2 orang teruna menemani hubby kat rumah; Isa dan Nazreen. Kalau tak… cian kat Neezam tinggal kat rumah sesorang.

9.30 pagi – Aku tiba kat Nilai. Neezam dah setia menanti aku kat stesen komuter Nilai. Turut ada bersama hubby ialah Isa dan dua orang adik Neezam iaitu Nazlee yang baru sampat ½ jam sebelum aku dan Nazreen.

11.00 pagi – Lepas breakfast kat kedai mamak dan siap aku menyetelkan bebarang aku yang nak dibawa, kami pun bertolak ke Segamat. Ya Allah! Tolonglah… Kalau korang nak tau, empat-empat orang jejaka (my hubby, Isa, Nazlee & Nazreen) yang ada dalam kereta tu adalah pak lawak tahap gaban mabuk. Sakit perut aku dibuatnyer, penangan lawak-lawak selamba kodok diorang tu.

2.30 petang – Alhamdulillah… kitorang selamat tiba kat Segamat.

6.30 petang – Lepas ayah balik dari JB, kitorang pun bertolak dari Segamat menuju ke Kuala Terengganu, konvoi dua buah kereta. Satu ayah pandu, satu lagi Nazlee pandu. Neezam plak bertolak balik semula ke Nilai bersama Isa. Sedih sangat disaat nak berpisah ngan Neezam. Huhuhuhuhu…

29 Januari 2006 (Ahad)

On the way, biler dah masuk Terengganu, aku tak ingat kat kawasan mana, kitorang lalui satu kawasan pemprosesan petroleum. Aku pernah tengok sebelum ni tapi siang. So, tak Nampak menarik sangat. Kali ni aku lalu kawasan tu malam. Terpegun sangat aku tengok bangunan-bangunan besi dalam kawasan minyak tu yang penuh dengan lampu-lampu neon. Aku rasa macam kawasan alien jer kat situ. Hehehehehe… Cantik, menarik dan deboom!!!

2.30 pagi – Kitorang tiba kat Kuala Terengganu. Nak check-in kat Hotel Sri Malaysia tapi HSM penuh. Nasib baik ada lagi bilik kosong kat Permai Inn. So, kitorang pun check-in kat situ. Hotel dia ok, not bad!

8.30 pagi – Aku dan famili Neezam ke Pasar Payang, Kuala Terengganu. Best! Barang kat sana memang murah; tudung, kain, periuk belanga tapi songket mahal lah. Tapi tu sumer tak menarik perhatian aku. Apa yang menarik perhatian aku ialah… hehehehehe… makanannyer. Baaaaaaaaanyak sangat makanan yang aku tak pernah jumpa sebelum ni. So, setiap satu jenis makanan kat situ aku beli untuk aku cuba. Banyak gilos aku beli oooo… macam tak makan setahun… Hehehehhehe… Nasib baik ada orang-orang yang boleh tolong perabiskan sumer. Saper lagi kalau bukan Nazlee dan Nazreen. Hehehehehe… tq guys. Dapat gak elak pembaziran. Wakaka…

Antara bebanyak kuih yang ada terjual kat kedai-kedai kecik kat Pasar Payang ni ialah ‘kuih dorayaki’. Hehehehhee… Sebenarnyer aku tak ingat apekebenda nama kuih ni. Tapi adik-adik Neezam dok panggil kuih dorayaki sebab bentuk dia serupa dengan kuih kegemaran doreamon tu. Kuih ni rasa dia maca bahulu tapi lembut sangat.

Menariknyer, diorang jual kuih ni banyak sangat dan susun setiap satu kuih ni tinggi-tinggi tapi tak jatuh. Kuih ni diorang jual bukan siap berbungkus macam bahulu tapi macam kuih-muih biasa. Biler nak beli, baru bungkus. Satu benda jugak yang buat aku terkejut ialah harga kuih-kuih ni yang murah. Kalau kat KL, kuih paling murah pun 30 sen, tapi kat Pasar Payang ni masih ada lagi terjual kuih dengan harga 10 sen satu.

Satu lagi makanan yang aku first time jumpa dan cuba ialah kuih sarang burung. Rasa dia manis. Tapi yang menariknyer ialah struktur dia buatkan aku terfikir, ‘camner lah diorang buat kuih ni?’. Hehehehehe… Jakun ek?

12.30 tgh – Kitorang ke Muzium Negeri Terengganu. Punyerlah besar muzium ni. Tak rugi masuk ke muzium ni sebab banyak sangat cerita dan artifak menarik yang berkaitan dengan negeri Darul Iman ni.

3.00 petang – Check-out hotel dan bertolak ke Kota Baru. Honestly, sebelum ni aku pernah ke Kuala Terengganu, tapi sekarang ni Kuala Terengganu jauh lebih bersih dan cantik berbanding beberapa tahun dulu. Setuju tak? Dan yang aku perasan, kebanyakan pulau-pulau kat Terengganu ni guna nama binatang; Pulau Duyung, Pulau Kambing, Pulau Musang. Hehehehhe… mesti ada cerita disebalik sumer nama pulau tu kan? On the way ke Kota Baru, kitorang sempat singgah kat mana ntah tak ingat (bukan Losong) untuk beli keropok lekor dan beberapa jenis makanan laut kering. Kat situ gak aku dapat tengok sendiri cam ner diorang proses keropok lekor.

6.00 petang – First time dalam hidup aku tiba kat Kota Baru, Kelantan. Terus pepusing KB cari hotel. Malangnyer tak der satu pun hotel yang kosong. Begitu gak hotel-hotel atau chalet kat sepanjang Pantai Cahaya Bulan, tak der yang kosong. Fully booked! Full House! Tapi ayah tetap tak putus asa dan terus jugak mencari tempat untuk kitorang bermalam malam tu.

11.30 malam – Lepas dinner, ayah agak putus asa untuk cari hotel kat Kota Bharu dan Pantai Cahaya Bulan. So, ayah decided untuk cari chalet kat Pantai Irama, Bachok. Alhamdulillah, ada gak kosong dan kitorang bermalam kat sana. Hotel ‘A’. Wakakakakaka… Paham tak? Tak paham, tak per… Kalau paham, sonyap yo lah ekau yer. Malam tu aku tidur lena sangat walaupun kat hotel ‘A’. Sebab penat sangat duduk dalam keter.

30 Januari 2006 (Isnin)

7.00 pagi – Aku, mak, Nazreen, Ireen dan Ira dah dok melepak kat pesisir Pantai Irama, bebetul depan chalet kitorang. Malam tu aku tak perasan pun depan chalet kitorang tu ada pantai sebab gelap. Cuma dengar deruan ombak jer. Tapi biler pagi, pantai terbentang indah. Tempat ni memang best. Pantainya bersih, angin dan ombaknya kuat. Aku sempat jugak tengok sun rise pagi tu. Best! Memang best! Cuma tak sempat nak mandi jer kat pantai tu sebab sejukkkkk. Hehehhehe…

10.00 pagi – Check-out dari hotel dan menuju ke Rantau Panjang. Sepanjang perjalanan dari Kota Baru ke Rantau Panjang, aku dapat tengok kelainan rumah-rumah kat Kelantan ni berbanding dengan rumah-rumah negeri lain. Bukan rumah tradisional tapi rumah moden, rumah banglo. Setiap rumah banglo yang dibina mesti ada satu menara tinggi. First time aku tengok rumah yang ada menara tu, aku ingatkan surau atau masjid. Tapi banyak sangat lah plak suraunyer. Ruper-rupernyer rumah, dan menara tinggi tu adalah tempat diorang letak tangki air. Aku pelik dan hairan sangat, kenapalah diorang buat pesen rumah cenggitu? Kenaper diorang tak letak tangki air atas bumbung rumah jer? Kan ke lebih menjimatkan kos berbanding nak buat menara tinggi-tinggi semata-mata untuk letak tangki air? Hmmmm… kenapa ek?

11.00 pagi – Tiba kat Rantau Panjang. Jem giler jalan nak masuk ke kawasan Rantau Panjang. So kitorang decided untuk parking jauh skit dari kawasan kastam dan terpaksa berjalan lebih kurang 1 kilometer. Walaupun jauh tapi tak terasa sangat penatnyer sebab aku sebuk tengok ragam-ragam orang dan kenderaan kat sana. Yang aku perasan, motosikal Thailand bakulnya kat depan. Nampak kelakar. Hehehehhe… Kat Rantau Panjang barang memang murah-murah. Cuma aku tak tau nak beli aper sebab dah rambang mata sangat. Akhirnya aku banyak beli makanan jer dan t-shirt sebagai kenangan. Handset pun murah sangat kat sana. Tapi takut nak beli sebab takut tiruan. Cuaca masa tu panas sangat.

4.00 petang – Kitorang ke Pasar Besar Siti Khatijah. Tak banyak beza dengar Pasar Payang kat Kuala Terengganu. Cumanya kitorang sampai petang kat pasar tu, so, tak berkesempatan untuk beli makanan pelik-pelik orang Kelantan sebab makanan kat situ diorang jual pagi jer.

7.00 malam – Bertolak balik ke Kuala Terengganu. Sebelum tu sempat jugak aku beli sotong bakar yang diorang buat fresh. Best! Walaupun liat sangat. Apa yang menarik perhatian aku sepanjang aku berada kat Kuala Tengganu dan Kota Baru ni ialah billboard diorang. Lain daripada billboard yang ada kat luar daripada Terengganu dan Kelantan. Kalau model perempuan kat billboard ni mesti pakai tudung. Satu pendekatan yang baik dan menarik bagi menggalakkan orang menjaga mata dan aurat. Cuma yang aku tak minatnyer ialah kat Kota Baru tu banyak sangat papan tanda yang bertulis 'Kelantan come sokmo’. Come benor ker? Orang Kelantan jangan marah eh. Tapi aper yang aku tengok, bandaraya Kota Baru Kelantan dan kawasan-kawasan yang aku lalui kat Kelantan keadaannyer daif dan kotor berbanding dengan negeri-negeri aku pernah pergi sebelum ni. Kuala Terengganu jauh lebih baik.

Satu lagi pengalaman aku kat Kelantan ialah papan tanda jalan. Ya Allah… macam maze, tak kasi orang keluar dari Kelantan. Biler dah masuk negeri Kelantan, tak der pun papan tanda arah yang menunjukkan jalan ke kawasan luar daripada kawasan Kelantan; misalnyer Kuala Terengganu ker, Kuantan ker atau Kuala Lumpur. Tapi yang banyak sepanjang jalan ialah papan tanda jalan menuju ke daerah-daerah Kelantan yang lain. Banyak sangat! Dan berulang-ulang kali! Berapa kali papan tanda ‘Tok Bali’ aku jumpa sepangjang satu jalan yang sama. Kat satu jalan lurus tu, setiap 1 km ada 1 papan tanda ke ‘Tok Bali, tempat yang aku tak pernah tahu kewujudannyer sebelum ni’. Kitorang yang kurang mahir nak keluar Kelantan ni terpaksalah berhenti beberapa kali untuk tanyer jalan ke Kuala Terengganu. Hmmm… may be pihak bertanggungjawab tertentu kener ambil perhatian sikit pasal benda ni.

11.00 malam – Check-in kat Hotel Suria, Kuala Terenganu. Hotel cantik, mengadap pantai.

31 Januari 2006

11.30 pagi – Lepas breakfast kat hotel yang sediakan memacam makanan best-best, kitorang terus bergegas balik ke Segamat sebab Nazlee nak balik ke KL dengan keretapi malam tu. Kitorang sempat singgah kat Dungun untuk berehat sambil nikmati sata dan air kelapa. Uhhh nikmatnyer. Sepanjang melaui jalan-jalan kat Terengganu memang best. Lebih-lebih lagi biler melalui jalan tepi pantai. Pantai-pantai kat Terengganu memang bersih dan cantik. Air lautnyer hijau dari persisir pantai lagi. Cantik sangat!

7.00 malam – Tiba dengan selamatnya kat Segamat. Alhamdulillah…

Pengalaman ke Terengganu dan Kelantan memang best, walaupun banyak duit habis. Huuhuhuhuhuhu… Aku suka dengar budak-budak kecik yang bercakap bahasa diorang. Comey sangat. Alhamdulillah… aku paham lah jugak bahasa Terengganu dan Kelantan ni sikit-sikit sebab ramai jugak aku berkawan dengan orang pantai Timur masa belajar dulu.

Insya Allah… Kalau ada rezeki aku nak gi lagi ke sana bersama hubby tercinta…

back to top