♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Wednesday, December 14, 2005

The Wedding Part i - Once in a life time

Alhamdulillah… aku bersyukur sangat ke hadrat Allah s.w.t kerana atas hikmah dan rahmatNya majlis perkahwinan aku hari Ahad yang lepas dapat berjalan dengan lancar; sederhana tapi meriah, kengkawan pun ramai datang, cuaca pun ok, makanan pun sedap, mak, abah & family pun gembira. Mungkin ada cacat cela kat mana-mana, tapi aku tetap rasa bersyukur.

Majlis aku bermula dengan majlis akad nikah. Pukul 10.30 pagi, kadi dah tunggu kitorang kat masjid. Terpegun jugak aku tengok Neezam berpakaian baju melayu satin putih, bersamping songket putih dan bersongkok. Nampak segak sangat. Heeheheheehe…

Pada saat tu hanya Allah ajer lah yang tahu macam mana perasaan aku masa tu; butterflies in my stomach, berdebar-debar, takut, cuak, tapi yang pasti aku gembira. Aku tahu… Neezam mesti lagi cuak masa tu sebab tanggungjawab Neezam lebih besar; ijab dan kabul.

Alhamdulillah, pukul 10.55 pagi tu aku selamat diijabkabulkan dengan suami aku yang tercinta dengan sekali lafaz. Rasa terharu dan bersyukur sangat. Genap 4 tahun aku bercinta dengan Neezam, akhirnya aku sah menjadi isteri Neezam. Di saat itu, aku tengok emak mengalirkan air mata. Mungkin terharu sebab puteri sulung emak dah jadi isteri orang, mungkin terharu sebab tanggungjawab emak telah bertukar pada Neezam sebagai suami aku.

Apa-apa pun pada aku, emak tetap emak, tiada tolok banding, tiada ganti, tempat aku bermanja dan mengadu masalah dan aku tetap anak emak, tempat emak bermanja dan mengadu masalah juga berleter. Baru aku sedar betapa bermaknanya dan berharganya setiap leteran mak.

Majlis bersanding bermula pukul 1.30 tengahari. Pakaian bersanding pilihan aku di hari bahagia aku ialah baju kebaya songket bunga tabur warna oren. Kedatangan rombongan Neezam diiringi dengan alunan kompang. Berdebar-debar aku menanti kedatangan Neezam. Tangan, kaki aku sumer sejuk, kepala lutut mengeletar macam nak jatuh. Hehehehehehe…. Nasib baik ada juga sedikit kekuatan untuk aku terus berdiri.

Bila Neezam sampai, genggam tangan aku dan jalan beriringan dengan aku, barulah aku rasa lega cikit. Perarakan masuk ke dewan, kitorang diiringi dengan alunan bagpipes dan melalui red carpet menuju ke pelamin. Neezam tak tau pun ada bagpipes, so dia terkejutlah jugak. Hehehehhe…. Surprise!

Biler dah duduk atas pelamin aku yang indah tu, baru lah aku rasa legaaaa sangat. Aku cuba menghayati saat-saat tu. Memang rasa macam permasuri raja, heheheheh…. raja sehari! Dari atas pelamin aku dapat lihat para tetamu yang hadir, saudara mara, sahabat handai dan mak abah dan adik-adik yang sedang sibuk, orang-orang yang tengah penat lelah bekerja bagi memastikan majlis aku ni sempurna. Alhamdulillah aku bersyukur sangat sebab ramai sangat tetamu yang hadir dan ramai jugak yang membantu.

Upacara menepung tawar dimulakan oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Bakri Omar dan isteri beliau. Kemudian disusuli dengan mak ayah Neezam dan mak abah aku. Sedih sangat biler mak abah menepung tawar aku. Rasa terharu. Entah… aku tak tahu kenapa.

Upacara makan beradab; aku dan Neezam diapit oleh KPN dan pasangan beliau. Hehheehhehee… rasa special lah jugak. Sepanjang majlis makan beradab tu, kombo A PDRM rancak mendendangkan lagu-lagu terbaru. Ruper-rupernyer ada jugak penyanyi PDRM yang bersuara macam Mawi. Aku ingatkan Mawi yang datang menyanyi kat majlis aku. Hehehhehehe… Kawan aku, Yang @ Ezlynn pun sempat menyanyikan sebuah lagu.

Selesai upacara makan beradab, majlis diteruskan pulak dengan upacara memotong pulut kuning. Sebilah pedang panjang digunakan untuk potong pulut kuning tu. Hehehehehhehe… Best! Best!

Alhamdulillah…. Akhirnya semua berjalan lancar; berprotokol dan mengikut masa seperti yang dikehendaki. Sumer orang rasa lega. Bak kata abah, berakhirnya majlis ni bagaikan menunggu bisul yang nak pecah, dan pecah jugak akhirnya, lega rasanya. Hehehehhe… Mungkin ada cacat cela kat memana yang aku tak terpandang. Tapi bagi aku, tu sumer adat. Tak der aper yang betul-betul sempurna, pasti ada retak sumbing kat memana. Setuju?

Banyak lagi gambar di majlis persandingan ni kat fotopages aku. Singgahlah k!

Bila majlis persandingan di dewan pengaman ni berakhir, kak Tini, mak andam aku, terus bawak kitorang untuk sessi fotografi outdoor. Kitorang gi Taman Tasik Titiwangsa jer memandangkan memang dah dekat sangat. Lagi pun kat sana pun cantik.

Segan gak masa bergambar kat sana. Ramai orang kat sana dok tengok jer kat kitorang. Terasa macam artis plak. Hehehehe... Mak andam tu plak bukan main lagi suruh kitorang posing. Ala ala macam hindustan pun ada. Segan... segan... tapi buat gaks! ;p

Lagi gambar-gambar outdoor kat fotopages aku k! :)

Di kesempatan ini aku ingin mengucapkan…

Terima kasih kepada kengkawan dan hadirin yang hadir dari jauh dan dekat semata-mata memeriahkan lagi majlis perkahwinan aku ni. Aku hargai sangat kehadiran korang. Tapi yang tak dapat hadir tu tak per. No hard feelings. Mungkin tak der rezeki. Nanti aku akan updatekan fotopages aku untuk tatapan korang sumer ok!

Terima kasih kepada saudara mara yang datang dari pagi sampai ke petang dan menjadi saksi percintaan dan perkahwinan aku dan Neezam.

Terima kasih kepada kengkawan abah & emak yang bertungkus lumus bekerja dan memastikan majlis aku sempurna.

Tak luper jugak thanx to Yang @ Ezlynn sebab sudi meluangkan masa datang dan menyampaikan lagu buat aku, walaupun dia sibuk ngan Sure Heboh.

Terima kasih kepada adik dan Joy kerana sanggup bersusah payah, berpenat lelah, bersengkang mata demi majlis aku.

Aku amat berterima kasih kepada mak dan abah. Tanpa diorang aku tak pasti majlis aku ni akan semeriah ni. Mak dan abah banyak sangat membantu dan berkorban untuk memastikan yang terbaik untuk majlis aku. Mak dah buat persiapan daripada awal tahun lagi, bersengkang mata dan berpenat lelah buat sendiri bunga telur, bunga pahar, cenderahati, roset, semata-mata untuk dapatkan yang terbaik! Abah tak cukup rehat sejak sebulan dua ni demi kelancaran majlis. Terima kasih, emak dan abah! Julie amat berterima kasih dan terharu sangat dengan pengorbanan mak abah…

5 comments :

Ginnie said...

Julie, congratulations! Maaf bebanyak tak dapat datang. Last minute kena balik kg ada family matter. Anyway, aku happy dengar ko happy. MOga jadi isteri yg baik dan bahagia selamanya eh..

Shukri sfawani said...

wah.. cantiknya orange..

Anonymous said...

nk tny.. u pkai mak andam kak tini kan.. ade no hp dia x...

lelabi chantek said...

ade no hp kak tini x?

Juliet Le Sweetheart said...

Sorry... tak der simpanlah nombor dia... dah lama...

back to top