♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Sunday, September 16, 2018

Neeyaz makan jajan!

Aiyok! Budak sorang ni dah makan jajan!

Kakak lah ni... Pandai pulak dia mintak sebab tengok Niesreena makan. Pastu mintak lagi dan lagi... pastu terus ambik satu!

Nampak menikmati sangat kan!

Habislah... ayah dah marah mama bagi Neeyaz makan jajan. Alaaa... biskut jagung dengan coklat jer... huhuhu... okay okay... tak bagi lagi!

Nak bagi mama jugak...

Nampak dah besar dah baby Khairunneeyaz. Jangan membesar cepat sangat boleh tak, sayang?

Saturday, September 15, 2018

'Pagar' Pertama Alam Sekolah

Apa cerita 'pagar' ni?

Artikel enche Neezam dalam akhbar hari ni berkaitan dengan Niesreena jugak. Macam biasa artikel enche Neezam ni dalam akhbar Harian Metro sisipan minda.

Untuk artikel penuh, boleh baca kat sini: -

http://www.pressreader.com/malaysia/harian-metro/20180915/281668255878185

Semoga bermanfaat!

Friday, September 14, 2018

Solat hajat @ SKDC

Alhamdulillah... hari ni berkesempatan ke sekolah Niesreena untuk majlis bacaan yasin dan solat hajat. Ramai jugak ibu bapa yang hadir.

Selesai bacaan yasin, setiap murid diberikan sebotol air yasin.

Insya Allah... Niesreena akan menduduki peperiksaan #upsr 24hb akan datang. Aku yang bedebar-debar. Tapi enche Neezam kata jangan stress sangat. It just UPSR, not the end of the world. Huhuhu...

Dear Niesreena,

Good luck for the coming exam.
Mama dan ayah tak pernah tinggal mendoakan kejayaan Niesreena dan adik-adik setiap kali selepas solat. Semoga diberikan petunjuk, kekuatan dan ketenangan buat Niesreena. Mama dan ayah tahu Niesreena dah belajar bersungguh-sungguh. Just do your best!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lagi cerita lain...

Thank you for stopping by!

back to top