♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Saturday, November 10, 2018

Masa Bekerja Pun Boleh Berdakwah

Artikel enche Neezam hari ni. Macam biasa di akhbar Harian Metro sisipan Minda.

Artikel penuh di bawah ni. Selamat membaca dan semoga bermanfaat.

Masa Bekerja Pun Boleh Berdakwah

Dakwah boleh difahami sebagai usaha mengajak orang lain mendekati Allah SWT, menyeru mereka ke arah kebenaran dan seterusnya dapat mengikut apa yang digariskan dalam ajaran Islam. Ia adalah satu kewajipan di atas bahu setiap Muslim yang mempunyai kemampuan, tidak mengira kaedah (uslub), kumpulan sasaran (al-mad’u), lokasi dan masa. Dakwah adalah tugas Rasul dan perintah yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW yang merupakan da’i atau pendakwah pertama semenjak Islam diturunkan.

Banyak perintah Allah SWT ditujukan kepada Rasulullah SAW supaya melaksanakan tugas dakwah secara berkesinambungan seperti Firman Allah yang bermaksud: “…dan serulah (wahai Muhammad) umat manusia kepada agama Tuhanmu kerana sesungguhnya engkau berada di atas jalan yang lurus.” (Surah Al-Hajj, ayat 67)

Walaupun banyak gesaan dalam al-Quran supaya Rasulullah SAW berdakwah tetapi perintah Allah SWT itu juga ditujukan untuk seluruh umat Islam.

Dakwah adalah suatu usaha mengajak manusia melaksanakan amar ma’ruf dan nahi munkar.

Dr Sayyid Muhammad Nuh menjelaskan dengan spesifik dalam bukunya Taujihat Nabawiyyah ‘Ala al-Thariq akan konsep amar makruf dan nahi munkar ini. Al-Ma’ruf adalah suatu konsep yang mencakupi semua perkara atau amalan yang diterima dan diredai Allah SWT. Contohnya ibadah khusus seperti solat, berpuasa, berzakat dan sebagainya dan juga ibadat umum seperti adil, mematuhi undang-undang, amanah, mengotakan janji dan ‘iffah yang bermaksud mencela diri daripada perkara yang haram. Maka amar ma’ruf itu bermaksud mengajak atau mendorong orang lain untuk melaksanakan amalan mulia yang khusus dan umum demi kesejahteraan diri, masyarakat dan mendapatkan keredaan-Nya.

Al-Munkar pula adalah suatu konsep yang mencakupi semua amalan yang tidak diredai dan dibenci Allah SWT. Ia merangkumi segala perbuatan zahir dan batin seperti riyak, hasad dengki, bermusuh-musuhan, meninggalkan ibadah khusus, mencuri, berzina, khianat, berbohong dan sebagainya. Maka nahi munkar difahami sebagai memperingatkan dan mengajak orang lain untuk mengelakkan dan membersihkan diri daripada melaksanakan kemungkaran dan amalan keji yang mengundang kemurkaan-Nya.

Di dalam dunia pekerjaan, seorang Muslim bertanggungjawab berdakwah. Tidak kira apa kategori pekerjaan, sama ada bekerja di pejabat berhawa dingin, di tapak pembinaan hatta di ladang dan sawah sekalipun, tanggungjawab sebagai da’i terletak di bahu kita. Ia selaras dengan firman Allah SWT dalam Surah Ali Imran ayat 110 yang bermaksud: “Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang ma’ruf dan mencegah daripada yang munkar, dan beriman kepada Allah.”

Usaha berdakwah di tempat kerja ini jangan disalahertikan dengan pengertian sempit. Dakwah bukan bermaksud mengajak manusia melupakan tanggungjawab bekerja dan melaksanakan amal ibadah yang spesifik semata-mata. Bekerja itu sendiri satu ibadah apa lagi jika ia diniatkan kerana Allah SWT dan dilaksanakan penuh amanah, fokus dan ikhlas. Usaha dakwah juga jangan ditafsirkan sebagai ‘hendak tunjuk alim’ atau ‘hendak tunjuk pandai’. Jika begitu, semua orang akan takut berdakwah kerana seorang da’i yang memberi dakwah tidak mahu dipandang sebagai penyibuk manakala yang menerima dakwah pula berasa tidak selesa dan menganggap dakwah itu tidak bermanfaat.

Sesungguhnya Allah SWT menjanjikan seseorang yang berdakwah ke jalan Allah SWT akan mendapat balasan setimpal dengan usahanya seperti mana firman-Nya yang bermaksud: “Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang ma’ruf dan mencegah dari yang munkar; merekalah orang-orang yang beruntung.” (Ali-Imran, ayat 104)

Sebagai da’i dalam konteks dunia pekerjaan, seseorang itu perlu terlebih dulu memperlengkapkan dirinya supaya usaha dakwahnya menjadi sempurna. Tidaklah nanti orang lain mengatakan ‘nak betulkan orang lain, diri sendiri tunggang-langgang.’ Akhlak dan keperibadian diri yang baik perlu dibentuk dengan menjadikan Rasulullah SAW sebagai yang terbaik. Kejayaan Rasulullah SAW dalam usaha dakwahnya sehingga berjaya menarik minat kaum keluarga, sahabat dan umat manusia di zaman Jahiliyyah dulu turut bertitik tolak daripada keperibadian baginda yang teguh keimanannya, cukup berlemah-lembut, molek budi pekerti dan tutur bicaranya.

Seseorang da’i juga perlu memiliki kekuatan intelektual dan spiritual supaya dirinya sendiri arif akan apa yang hendak didakwahkan dan orang yang menerima dakwah turut faham dan mudah mengikut dakwahnya. Jika da’i tidak mampu memahami dan menguasai ilmu pengetahuan mengenai ajaran Islam, ditakuti usaha dakwahnya akan menjadi sia-sia dan diperlekehkan orang yang cuba didekatinya itu. Bahkan, yang lebih ditakuti lagi apabila apa yang cuba didakwahkan itu sebenarnya tidak selaras dengan perspektif Islam dan boleh memesongkan fahaman orang lain mengenai kesyumulan ajaran agama Islam.

Berdakwah di tempat kerja bukan sesuatu yang sukar sebenarnya. Untuk berdakwah pelbagai manhaj atau kaedah dakwah boleh diaplikasikan seperti penulisan, perbualan, mahupun perbuatan untuk menarik minat dan kesedaran orang lain untuk terus berpegang teguh kepada syariat Islam. Misalnya ringankan mulut menegur rakan yang suka ‘mencuri tulang’ untuk minum pagi dengan cara mengingatkan mereka akan pentingnya bersikap amanah kepada majikan bahkan kepada diri sendiri. Ataupun memberi teguran terhadap amalan bergosip, mengumpat dan mengata orang lain yang memang menjadi ‘hobi’ ketika bekerja di kalangan sesetengah daripada kita. Begitu juga apabila kita dapati ada rakan yang mengambil ringan kewajipan menunaikan solat. Mereka perlu diingatkan, walau sesibuk mana sekalipun bekerja, kita tetap perlu mendirikan solat yang merupakan tiang agama. Namun, harus diingat segala peringatan dan teguran perlu dibuat dengan tegas tetapi lembut, merendah suara dan berhikmah. Bukan secara kasar, mengherdik atau menghina.

Dakwah melalui perbuatan juga sangat memberi kesan dalam usaha mengajak orang lain beramal ibadah dengan sempurna. Menjaga amal ibadah khusus, tidak lokek memberi senyuman, membaca al-Quran ketika ada kelapangan, ringan tulang membantu orang lain, sopan santun, menjaga kebersihan diri dan sebagainya adalah contoh perbuatan yang boleh menggetarkan kesedaran orang lain untuk mengikut amalan baik yang kita contohkan.

Dakwah turut boleh disampaikan melalui kaedah penulisan. Trend menghantar e-mel, mesej dalam perisian WhatsApp atau Telegram, atau salinan nota yang mengandungi maklumat yang berkaitan dengan ajaran Islam yang spesifik seperti tauhid, ibadah, adab, muamalat dan sebagainya juga efektif dalam mengetuk hati pembacanya untuk terus tawaduk dan patuh dengan perintah Allah SWT. Sebagi ketua jabatan atau pengurus organisasi misalnya, seseorang juga turut boleh memekarkan usaha dakwah degan pelbagai cara. Antaranya, mewujudkan amalan di mana dalam seminggu diperuntukkan sejumlah masa untuk semua pekerja bersama-sama membaca al-Quran dan memahami akan tafsirnya. Begitu juga sebelum memulakan sesuatu mesyuarat atau perbincangan kumpulan, tazkirah ringkas boleh disampaikan meliputi apa saja konteks ilmu yang berkaitan Islam mahupun isu semasa yang mendasari kehidupan seharian.

Janganlah kita segan-segan alang dan berputus asa untuk terus menyampaikan apa yang baik kepada rakan di tempat kerja kerana ia memberikan manfaat yang tiada tolok bandingnya kepada semua pihak termasuk diri kita sendiri.

Penulis Pensyarah Kanan di Program Dakwah dan Pengurusan Islam, Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan, Universiti Sains Islam Malaysia

Wednesday, November 7, 2018

Pandai merajuk dah...

First time baby Neeyaz buat perangai macam ni.

Pandai merajuk dah... ayah baru gertak sikit... mata dah berkaca... hati dah sayu... huhuhu...

Baby Neeyaz ni... suka berdiri atas kerusi makan dia masa makan. Siap berjoget-joget atas tu. Kitorang takutlah kalau dia jatuh. Mama dengan ayah nak makan pun tercekik-cekik rasa tengok dia dok berjoget atas kerusi. Huhuhuhu...

Alaaaaaa sayang... ayah bukan marah betul-betul pun. Marah manja-manja jer. Mana sampai hati nak marah dak comel ni kan...

Aloloooooo... mama, ayah, kakak, abang panggil-panggil dia... dia buat donnoooo jer... merajuk sangat nih... huhuhu...

See... ayah loves you sooo much!

Thursday, November 1, 2018

Resepi | Redang Ayam Cili Api @ Negeri Sembilan

Halluuu... hallu.....

Rasa macam dah lama tak update blog... Macam nak update tapi tak der mender nak post. Life macam biasa... gi kerja... balik kerja... enche Neezam outstation... kerja tak habis-habis... macam biasa... huhuhu...

So, aku pikir... kiter tepek resepilah... Dah lama tak tepek resepi kat blog ni...

Ok! Siapa suka rendang cili api? Angkat tangan!

Rendang cili api ni merupakan rendang kegemaran aku. Rendang cili api ni jugak dikenali sebagai rendang Negeri Sembilan. Berbanding dengan rendang biasa, rendang cili api ni lebih pedas. Dah namanya rendang Negeri Sembilan kan... mestilah pedas.

Selalu makan rendang warna coklat kan. Kali ni buat rendang warna kuning plak. Sedap jugak kalau makan dengan nasi impit. Makan dengan nasi panas-panas pun sedap! Nak buat pun senang jer...

Rendang Ayam Cili Api @ Rendang Ayam Negeri Sembilan

Bahan-bahannya:-

Ayam 1 ekor
Cili api (merah/hijau) 5-10 biji, ikut tahap pedas korang
Bawang merah 8/10 biji
Bawang putih 3 biji
Halia 1 inci
Serai 3 batang
Kunyit hidup 1 inci
Daun kunyit 2 helai
Santan pekat 1 cawan
Asam keping 3  keping
Gula 1 sudu besar
Garam secukup rasa

Cara-caranya:-

Cili api, bawang merah, bawang putih, halia, kunyi hidup dan serai dikisar sehingga halus.
Ayam dibersihkan dan dimasukkan ke dalam kuali.
Masukkan sekali bahan-bahan yang telah dikisar tadi dan garam serta asam keping.

Gaulkan semua bahan.

Masak dengan api sederhana kecil.
Aku masak rendang memang tak tumis dengan minyak. Nanti minyak ayam akan keluar sendiri yang membuatkan rendang ni berminyak.
Masak sehingga kuah menjadi pekat. Sesekali kacau supaya tidak hangit.

Minyak ayam dah keluar.

Masukkan santan dan gula.
Gaul sebati dan biarkan masak lebih kurang 10 minit lagi.
Kemudian masukkan daun kunyit yang telah dihiris halus.

Gaulkan sebati.
Biarkan seketika dan boleh matikan api.

Sedia untuk dihidangkan.

Selamat mencuba!

Kalau nak tengok lebih banyak lagi resepi, bolehlah ke blog masakan aku yang dah lama gak aku tak update #guilty! Huhuhu...

https://juliescookingwithluv.blogspot.com/

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lagi cerita lain...

Thank you for stopping by!

back to top