♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Sunday, August 12, 2018

Projek cermin kedai eco

Alhamdulillah... akhirnya siap jugak!

Projek cermin kedai eco. Sekeping RM2 sahaja. Pakai 20 cermin.

Total kos RM40.

Huhuhu... Puas hati!

Layan gambar dulu. Tips and tricks untuk tampal cermin ni dalam next post ya.

Nak cari tempoh bertenang jap.

Fuh!

Huhuhu...

Wednesday, August 8, 2018

"Mamak, bagi saya kopi O 'kosong' satu!"

Artikel enche Neezam ada disiarkan hari ni. Kali ni kat akhbar Utusan Malaysia pulak. Alhamdulillah...

Untuk artikel penuh, boleh klik di link bawah ni

"Mamak, bagi saya kopi O 'kosong' satu!"

Tuesday, August 7, 2018

Check-up 1 tahun 3 bulan

Si kecik ni dah masuk 1 tahun suku. Hari ni bawak gi klinik untuk check-up.

Alhamdulillah... berat dan ketinggian bertambah dengan normal. Berat dah 9.9kg. Patutlah makin penat nak dokong si kecik ni.

Sekarang baby Neeyaz dah ada vocab yang dah boleh difahami. Antaranya of courselah 'Nak' dan 'No'.

'Nak' bila dia nak mintak apa-apa. Comel jer meminta sambil tangan dia kembang kuncup kembang kuncup. Huhuhu... Berkali cakap 'nak' bila nak sesuatu.

Dan 'No' biasanya baby Neeyaz sebut bila kita minta barang kat dia dan diia tak nak kasi. Huhuhu... Siap berpusing-pusing badan nak sorokkan barang yang kita mintak tu.

Makin besar dan makin comel keletah baby Neeyaz. Still baby kan? Huhuhu... Always my baby for me!

Dari segi makan.... hmmmm... Khairunneeyaz memang pemakan orangnya. Apa jer dia akan makan. Kalau dah siang sikit tu dia ngamuk-ngamuk maksudnya nak makan lah tu. Biskut mesti selalu nak kena ada. Neeyaz suka biskut Tiger.

Sayang sangat kat Khairunneeyaz. Bersyukur sangat Allah hadiahkan si kecik ni. Selalu buat famili ceria dan happy dengan keletah dia. Mama ayah happy... kakak dan abang pun happy.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lagi cerita lain...

Thank you for stopping by!

back to top