♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Friday, August 11, 2017

Masterchef Australia 2017 | Masakan Diana julang nama Malaysia

Wah! Rupa-rupanya semalam 2 artikel enche Neezam disiarkan kat akhbar utama Malaysia.

Satu yang aku post semalam tentang plagiarisme dan satu lagi yang kat bawah ni.

Artikel enche Neezam kali ni menyentuh tentang kemenangan Diana, orang Malaysia di Masterchef Australia baru-baru ni. Rasa teruja jugak bila orang Malaysia menang lagi... ini dah kali ketiga. Masa Poh (Naib juara 2009) dan Adam (Juara 2010) bertanding dalam MC dulu, memang aku ikut sebab masa tu pun kitorang masih kat Melbourne. Cuma dah balik Malaysia ni, aku lebih suka tengok MC US & Canada.

Ok lah!

Untuk artikel penuh tulisan enche Neezam ni, boleh klik pada link bawah ni:-

https://www.pressreader.com/malaysia/harian-metro/20170810/282093456834362

Salam Jumaat!

Thursday, August 10, 2017

Banteras gejala plagiarisme

Artikel enche Neezam hari ni di Utusan Malaysia.

Banteras Gelaja Plagiarisme

PARA pelajar perlu diterangkan tentang pentingnya kaedah penulisan rujukan dalam tugasan akademik mereka iaitu sebagai pengiktirafan terhadap karya atau idea penulis lain selain dapat mengelakkan daripada berlakunya plagiarisme. GAMBAR HIASAN

GEJALA plagiarisme adalah satu perbuatan yang tidak beretika dan saling tak tumpah konsepnya seumpama merompak. Begitu juga dengan apa yang berlaku dalam dunia penulisan akademik, plagiarisme atau menciplak adalah unsur pemusnah kemurnian dan martabat ilmu pengetahuan.

Plagiarisme berlaku apabila seseorang menghasilkan semula atau menciplak hasil ilmiah milik orang lain sama ada dalam bentuk perkataan, idea atau penemuan tertentu. Kemudiannya, hasil yang diplagiat itu dipersembahkan sebagai hasil ilmiah dirinya tanpa memberi pengiktirafan atau rujukan yang sepatutnya kepada pemilik asal hasil ilmiah berkenaan.

Terdapat tiga bentuk plagiarisme yang biasa diamalkan. Pertama, peniruan secara langsung perkataan-perkataan, perenggan-perenggan, atau sebarang bahan yang diambil daripada bahan terbitan orang lain tanpa usaha yang sewajarnya dalam mengiktiraf sumber asal bahan ilmiah tersebut.

Kedua, pengubahsuaian perkataan-perkataan orang lain tanpa memberikan pengiktirafan yang sewajarnya. Ketiga, menggunakan idea-idea yang secara langsung diambil daripada orang lain tanpa memberikan pengiktirafan kepadanya.

Hakikatnya, mengambil bulat-bulat atau sebahagian daripada karya milik orang lain dan memperakukan bahawa karya itu adalah hasil karya sendiri adalah satu perbuatan yang membuktikan kemalasan seseorang yang melampau dan sungguh keji.

Di mana letaknya kualiti penulisan akademik dan etika seseorang pelajar sekiranya mereka menciplak karya hak milik orang lain sewenang-wenangnya? Justeru, pensyarah dan universiti jangan sesekali berkompromi dengan pelajar yang melakukan kesalahan sebegini.

Berdasarkan artikel bertajuk Staying Out of Trouble: Apparent Plagiarism and Academic Survival yang ditulis oleh Pat Currie dalam Journal of Second Language Writing, terdapat beberapa pihak yang bertanggungjawab mencegah usaha plagiarisme dalam penulisan akademik iaitu universiti dan fakulti, pensyarah dan para pelajar sendiri.

Antaranya, kuatkuasakan sebaik-baiknya undang-undang berkaitan plagiarisme dan maklumkan tentang kesalahan dan kesan negatifnya kepada semua pensyarah dan pelajar.

Maklumkan kepada mereka bahawa kesalahan plagiarisme boleh diambil tindakan di bawah Kaedah 6, Kaedah-kaedah Universiti (Tatatertib Pelajar Tahun 1999) di bawah Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU).

Pastikan dalam buku panduan akademik di setiap universiti mengandungi maklumat dan kaedah penulisan sumber rujukan atau bibliografi yang tepat sebagai cara mencegah dan menangani sebarang jenayah plagiarisme.

Hanya dengan cara memberi pengiktirafan terhadap pemilik karya asal, barulah mengambil idea dan frasa-frasa tertentu dari karya asal tersebut dianggap ‘halal’ dalam konteks penulisan akademik.

Pihak pengurusan fakulti boleh mengaplikasikan perisian komputer atas talian yang dapat mengesan sebarang aktiviti plagiarisme dalam penulisan tesis atau tugasan pelajar seperti Turnitin, Scan My Essay dan Word Check System. Kesemua perisian ini mampu mengesan sebarang unsur plagiarisme dalam tesis dan penulisan akademik secara dalam talian.

Bagi saya sebaik-baiknya setiap pelajar perlu dilatih tentang kaedah penulisan akademik yang baik iaitu dengan menggabungkan idea-idea sendiri serta idea-idea sarjana yang didapati dalam bahan-bahan rujukan mereka.

Para pelajar juga perlu diterangkan tentang pentingnya kaedah penulisan rujukan dalam tugasan akademik mereka iaitu sebagai pengiktirafan terhadap karya atau idea penulis lain selain dapat mengelakkan daripada berlakunya plagiarisme.

Apalah ertinya kepuasan dalam penulisan akademik jika karya yang dihasilkan sama ada tesis mahupun kerja kursus adalah hasil plagiat walaupun pelajar berkenaan mendapat ‘A’ sekali pun.

Mahu tidak mahu semua perlu lebih berperanan terutama pensyarah dalam usaha membendung gejala plagiarisme. Bahkan, jika diperhalusi daripada aspek Islam dan moral, plagiat adalah satu kesalahan yang serius dan boleh menyebabkan dosa. Untuk itu, janganlah kita sewenang-wenangnya memplagiat hak milik orang lain.

Cuba tanya diri sendiri, andai suatu hari kita terjumpa hasil penulisan akademik kita diplagiat dan dirompak oleh orang lain dan kemudian dijadikan satu bahan yang dikomersialkan serta mendapat untung, apa agaknya perasaan kita pada masa itu?

DR. KHAIRUNNEEZAM 
MOHD. NOOR
Universiti Sains Islam Malaysia

Sumber : Utusan Malaysia

Wednesday, August 9, 2017

Spicy Korean Burger

Semalam try burger baru McD.

Spicy Korean Burger.

Well, not my cup of tea.

Rasanya macam pelik, bau pun ada pelik sikit... mungkin sebab aku bukan tekak korea kot. Huhuhu... Kimchi ke, samyang mee ke sumer tak pernah makan pun. Tetiba makan burger korea plak.

Mungkin kalau korang-korang yang biasa makan makanan korea suka lah kot.

Sorry... not for me...

Cerita korea aku layan... hehehehe...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lagi cerita lain...

Thank you for stopping by!

back to top