♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Saturday, May 4, 2019

Berkelah di pantai yang indah... lalala...

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم

Pagi tadi awal-awal subuh lagi enche Neezam dah kejut bangun, suruh masak. Kejam tak? Hahhahaa...

Tak der lah... Kitorang plan nak gi piknik hari ni. Di hari-hari terakhir sebelum Ramadhan esok. So, nak gi piknik mestilah bawak bekal makan sikit. Tak kang... lapar pulak...

Malam tadi enche Neezam dah siap masak nasi, so aku just masak ayam masak kicap jer buat tambah-tambah. Makanan lain pun ada lagi - yong tau fu, putu piring, biskut-biskut. Mangga harum manis pun ada. Memang manis...

Macam biasa, kitorang kalau nak piknik kat Port Dickson, awal-awal lepas solat subuh dah keluar. Kalau boleh, gelap-gelap lagi nak keluar. Tapi memang tak sempatlah. Dengan bebudak ni baru masing-masing subuk dan packing barang semua kan. Pukul 7 pagi baru kitorang gerak ke Port Dickson.

Sesampai kat PD, tengok banyaknyalah kenderaan. Rupa-rupanya ada event kat pantai. Biasanya kitorang lepak kat Pulau Burung tu, tapi tak boleh masuk plak. Gi depan sikit dekat dengan Hotel Sri Malaysia pun ada event gak.

Alaaaa... dah cuak dah. Ada yang piknik kat tepi rumah ni jer kang. Huhuhu...

Tapi alhamdulillah... gi depan lagi, ada satu kawasan tepi pantai yang bersih dan redup. Pantai yang bersih dan air laut kat sini pun jernih.

Syukur ya Allah. Ada hikmah jugak ada event kat tempat biasa kitorang gi tu, sebab tempat yang kitorang baru jumpa ni lagi best!

Banyak pokok kat sini. Sesuai sangat nak dirikan khemah.

Sebelum mandi, kiter breakfast dulu.

Alhamdulillah... cuaca hari ni memang cantik sangat. Redup jer. Angin sepoi-sepoi bahasa.

Habis aiskrim mama kena conquer dengan budak sorang ni.

Lepas penat mandi, aku dan Neeyaz sempat tidurlah jugak. Dapatlah dalam sejam. Huhuhuhu...

Budak ni baru bangun tidur, terus terjah ke pantai semula. Memang hantu air sangat ni. Sama dengan kakak dan abang dia.

Happy kids and happy mama and ayah.

Alhamdulillah... semuanya berjalan lancar walaupun tak seperti yang dirancang tapi perancangan Allah adalah lebih baik lagi.

Kitorang bertolak balik pukul 2.30 petang.

Lusa dah puasa. Esok ni sibuk nak sediakan juadah untuk bersahur pulak.

Selamat berpuasa kepada semua pembaca blog ni. Semoga kita semua diberikan kesihatan yang baik untuk berpuasa dan menjalankan ibadah sepanjang bulan Ramadhan ini. Insya Allah...

No comments :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lagi cerita lain...

Thank you for stopping by!

back to top