♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Thursday, November 24, 2016

Minggu 15 | Air gula! Yucksss!

Hari yang ditunggu-tunggu dan agak menyeramkan tiba jugak.

Hari minum air gula!

Tidaaaaak!

Sebelum ni, dua kali mengandung, aku tak pernah kena minum air gula. Tetiba kali ni doktor kata kena minum air gula. Terkejut jugak. Sebab ingatkan kena minum air gula kalau ada masalah diabetes atau keturunan memang ada diabetes atau ibu mengandung obes. Aku tidak dalam ketiga-tiga kategori tu... Alhamdulillah...

Aku tanya doktor, kenapa aku kena minum air gula? Sebab mengandung sebelum-sebelum ni tak pernah minum air gula. Doktor kata kalau dulu, ibu mengandung 25 tahun ke atas wajib minum air gula. Tapi aku mengandungkan Niesreena dulu pun masa umur 26 tahun, tak kena minum air gula pun. Masa mengandungkan Naufal umur aku 29 tahun, tapi masa tu kat Melbourne. Mungkin diorang memang tak der prosedur minum air gula kot. So, tak minumlah.

Dan disebabkan itu jugak, aku tak tahulah minum air gula ni sangat 'menyeramkan'... huhuhu.. sehinggalah ada kengkawan bercerita tentang pengalaman 'seram' diorang minum air gula. Ada yang loya. Ada yang muntah... kena minum balik... Katanya air gula tu sangat manis dan pekat! Lekat kat tekak! Seraaaaaammm!

Sebelum gi minum air gula, doktor suruh puasa bermula dari jam 10 malam, malam sebelumnya. Setakat minum air kosong ok laaa... Tak boleh makan sehinggalah ambil darah kedua nanti. Aku risau gak, sebab sejak mengandung ni, makan lambat sikit jer terus gastrik. So, tawakal jer lah.

Pukul 9.45 malam semalam, aku minum secawan air susu kambing. Dengan harapan, bertahanlah kenyang sampai pagi ni yer... Huhuhu...

Pagi tadi, jam 7.15 pagi aku dah sampai kat klinik kesihatan. Korang kalau nak kena minum air gula, aku nasihatkan datang awal. Sebab... selagi tak ambil darah kali kedua tu, selagi tu tak boleh makan. So, sampai awal, settle awal, cepatlah boleh 'berbuka puasa'!

Sampai 7.15 pagi, aku orang first letak buku dalam bakul minum air gula tu. Dapatlah nombor pertama. Pukul 7.50 pagi, nurse dah panggil untuk ambil darah kali pertama. Lepas tu, dia bagi secawan air gula suam.

Erk! Banyaknya!!! Besarnya cawan!!!

Tak nak fikir panjang... Tak nak fikir banyak... Terus mulakan dengan bismillah dan teguk terus sampai habis!

Alhamdulillah... berjaya!

Tapi manis diaaaaa... pergghhhh... lekat kat tekak!

Seriously lepas habis minum rasa nak muntak balik! Then aku duduk diam-diam, tarik nafas dalam-dalam di kala air mata dah mula bertakung, tekak dah rasa kembang, mula rasa loya. Dalam otak asyik fikir, "jangan muntah! Jangan muntah Julie! Kalau muntah kena minum balik!!!"

Cepat-cepat minum air masak yang aku bawak bekal tadi. Hanya minum seteguk dua jer.... Bila rasa dah ok. Baru jumpa nurse semula. Tunjuk cawan dah kosong. Nurse senyum jer... tengok jam... dan suruh jumpa dia balik jam 10.15 pagi. Dua jam kena tunggu kat klinik. Tak boleh gi mana-mana. Tak boleh makan apa-apa!

Waaaa... bosan giler. Nasib baik ada Niesreena dan Naufal teman hari ni. Tak lah bosan sangat.

Lepas 2 jam, jumpa nurse untuk ambik darah kali kedua. Pastu nurse kata boleh balik... Siap cakap, "boleh pergi makan yer..."

Huhuhu... baik nurse. Kalau tak cakap pun, aku akan gi makan jugak. Dah lapar giler!

Nurse kata kalau result tak ok, dia akan call hari ni. Tapi dah malam ni, tak der call pun. Insya Allah ok lah kan? Huuuuuuuuuu... lega... alhamdulillah...

Lepas sudah cabaran minum air gula. Tak sure kalau kena minum lagi pas ni... harap-harap tak lah!

No comments :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lagi cerita lain...

Thank you for stopping by!

back to top