♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Friday, November 11, 2016

Minggu 13 | Baby Khairun's heartbeat... Aktif bergerak...

Alhamdulillah... Minggu ni baby Khairun dah 13 minggu membesar dalam perut mama. Dah masuk second trimester.

Mama dan ayah rindu sangat kat baby Khairun, so beberapa hari lepas, kitorang gi scan. Nak tengok, apa khabarlah baby Khairun kat dalam ni.

Lagipun enche Neezam, Niesreena dan Naufal tak pernah tengok live kat scanner. Diorang tengok gambar yang scan je.

Kitorang buat scan baby kat Klinik Masya. Aku call dulu, untuk buat appointment dan make sure doktor perempuan. Pukul 8 malam, kitorang tiba kat klinik.

Niesreena dan Naufal excited tengok imej baby Khairun kat scanner. Aku dan enche Neezam pun sama. Lebih-lebih lagi bila nampak baby Khairun aktif bergerak. Seronoknya!

Dan doktor bagi dengar bunyi heartbeat dia. Alhamdulillah... heartbeat normal, kata doktor.

Alhamdulillah... baby nampak aktif dan sihat.

Naufal banyak kali cakap "Comelnya....".

Hahahhaa... Bukannya nampak rupa baby pun. Tapi... Insya Allah comel...

Naufal tanya kat doktor "baby ni lelaki ke perempuan?". Doktor kata tak nampak lagi... Insya Allah dalam masa beberapa minggu lagi. Hmmmm... Naufal dah tak sabar nak dapat adik lelaki. Huhuhu...

Dah 13 minggu, panjang baby 6.76cm. Waktu scan tu nampak dia tengah gerak-gerak. Kaki dan tangan bergerak. Siap pusing-pusing badan. Aktif betul. Cuma aku tak terasa pun pergerakan dia kat dalam... sebab kecik lagi kan...

Baby... stay healthy k.

Insya Allah... mama akan jaga baby elok-elok. Love you!

1 comment :

ibu naylee said...

Excited nk dpt ank buah baru..hihi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lagi cerita lain...

Thank you for stopping by!

back to top