♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Sunday, November 27, 2016

Breakfast dengan boypren ngegada

Hujung minggu ni aku berdua jer dengan boypren kat rumah. Niesreena dan Naufal dah balik bercuti ke kampung pada hari Rabu yang lepas. Biasalah... bila cuti sekolah memang diorang kena export balik ke kampung sebab diorang tak nak duduk kat taska.

Kata Niesreena, duduk kat kampung best. Ada ayah tok dan mak tok, boleh berehat tengok tv, boleh bangun lambat dan yang paling diorang suka sebab kat rumah ayah tok ada wifi.

Hmmm... bebudak zaman sekarang.

So minggu ni aku dan enche Neezam hanya habiskan masa berdua jer lah.

Pagi ni hujan lebat... kalau ikutkan sedap jer kalau nak tarik selimut semula selepas subuh. Tapi perut dah rasa lapar. Malas nak keluar cari breakfast. So, aku melempeng jer lah pagi ni. Dah lama tak makan lempeng. Haaa... buat kuah sardin. Simple-simple jer.

Siap breakfast yang simple tapi menyelerakan!

Lawan pulak dengan teh tarik special. Memang layannnnn...

Eeerrrr... teh tarik memang extra buih... tapi perlukan begini???

↓ ↓ ↓ ↓ ↓ ↓

Genggada!

😂 😂 😂

No comments :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lagi cerita lain...

Thank you for stopping by!

back to top