♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Wednesday, October 5, 2016

Settle sudah... kabinet dapurku... yey!

Haaaaa... nampak tak kegembiraan kat tajuk tu... huhuuhu...

Hujung minggu lepas, settle dah kerja-kerja pemasangan kabinet dapur. Yey!

Ambik masa jugak nak membersihkan habuk-habuk. Kena lap kabinet luar dan dalam.

Alhamdulillah... hasilnya... sangat puas hati!

Ini dapur kering...

Dan ini pulak dapur basah...

Hujung minggu hari tu, sebelum bertolak balik ke KL, kitorang sibuk bukak kotak-kotak barangan dapur yang berkurun terperuk kat dalam stor. Seronok giler! Macam dapat hadiah... Sampai tak ingat ada beli barang-barang tu. Huhuhu...

Ada barang baru.... mostly, kitorang dok beli masa kat Melbourne dulu kat DFO...

Tapi ada jugak barang secondhand... Aku dan enche Neezam suka gi garage sales. Banyak dapat beli barang murah-murah.

Pastu hujung minggu lepas jugak sempat ke IKEA.... Enche Neezam blanja.... Hahhahahaha... Buat tambah-tambah aksesori sikit kat dapur bagi naik seri.

Alhamdulillah... seriously... aku sangat berpuas hati dengan hasil kerja kedai kabinet ni. Mula dari hari pertama kat kedai diorang lagi dah nampak keprofesionalan diorang tu. Hasil kerja tangan pun halus. Memang tak der yang tak puas hati.

Alhamdulillah... syukur sangat...

Insya Allah... dalam post lain aku akan cerita lebih lanjut lagi tentang kedai kabinet yang kitorang hired ni yer. Branch dia ada kat Nilai dan Bangi. Len kali aku citer eh... Nak siap gi kerja!

1 comment :

Anonymous said...

salam sis, berapa harga keseluruhan kabinet? maerial apa ye tabletop dan kabinet tu?
thanks.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lagi cerita lain...

Thank you for stopping by!

back to top