♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Tuesday, August 16, 2016

My cooking blog

Assalamualaikum kengkawan semua!

Seminggu tak update blog... Tak der benda nak cerita... hahahaha...

Actually, aku sibuk sikit sejak kebelakangan ni. Ye lah... baru habis mengosongkan 'rumah pinjam' tu. Banyak barang-barang yang dibawa balik nak dikemas kat rumah aku sekarang ni plak.

Alhamdulillah... selesailah sikit demi sedikit.

Seronok tinggal balik kat rumah sendiri. Rasa tenang dan happy sangat. Baru semangat nak deko-deko rumah. Dan seronok sangat memasak kat dapur baru. Dengan periuk-periuk belanga baru, periuk Noxxa baru dan air fryer baru. Huhuhu...

Oh ya... post hari ni... aku nak perkenalkan blog baru aku. Nama blog ni

#juliescookingwithluv

Blog ni aku baru bina awal bulan Jun hari tu. Blog ni khas untuk entry masakan jer. Masakan yang aku dan enche Neezam masak. Sebab aku tak nak campur dengan blog personal aku ni.

Blog baru ni kira buku resepi akulah. Aku kongsikan resepi-resepi yang aku belajar dari emak dan resepi-resepi yang aku cuba dari buku-buku atau blog. My emak is the best home cook!

Blog masakan aku ni, aku kongsikan step-by-step cara penyediaan hidangan. So, sesuai sangat untuk orang yang baru belajar nak masak.

Emak pernah kata
"memasak ni tak payah nak tunggu pandai masak, tapi kena rajin, lama-lama pandailah..."

So, semua orang boleh memasak tau! Just believe in yourself! Hahhahha...

Insya Allah... kalau rajin dan ada masa, aku akan sentiasa updatekan blog masakan tu dengan resepi yang aku masak. Aku pun sebenarnya bukan pandai masak pun. Tapi terpaksalah masak kan... Dah nama pun isteri, ada anak-anak lagi... Mestilah bagi diorang makan air tangan aku.

Kitorang bukan hebat memasak pun. Masak biasa-biasa jer, yang senang-senang jer. Kitorang pun dalam proses belajar dan memperbaiki apa yang perlu. So, bolehlah bagi idea kat korang-korang nak masak apa setiap hari. memang hidangan untuk keluarga setiap hari. Boleh jadikan panduan atau idea sikit kan... Insya Allah...

So, korang... sudi-sudilah lawat blog masakan aku ni yer. Kalau ada idea-idea untuk tambahbaik hidangan, memang sangat-sangat dialu-alukan.

y(^-^)y

Jom klik #juliescookingwithluv untuk ke blog masakan aku.

No comments :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lagi cerita lain...

Thank you for stopping by!

back to top