♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Friday, April 8, 2016

Day 1 | Gambang, Teluk Cempedak, Tanjung Lumpur

Hari ni kitorang menuju ke Pahang Darul Makmur!

Ikut ayah gi 'kerja' ke Gambang dengan felo dan jaksa KK1, USIM!

Kitorang bertolak dari USIM jam 10 pagi dan sampai ke Bukit Gambang Resort City lebih kurang jam 3.30 petang. Sebelum tu kitorang sempat berhenti lunch kat R&R Temerloh dan pekena gulai ikan patin. Sedapnya!

Lepas rehat-rehat jap kat bilik, kitorang bertolak ke Teluk Cempedak pulak.

Lepak-lepak sambil makan sata, keropok lekor dan manggo cheese cake dari Kula Cakes!

Nyum nyum...

Cantik pantai Teluk Cempedak. Bersih jer... Air pun jernih dan menghijau.

Kali ni kitorang berkesempatan berjalan naik jambatan sampai ke hujung pantai. Last time sampai ke Teluk Cempedak tanpa enche Neezam, bertiga jer dengan little Khairuns, tak berani nak ke hujung pantai. Lagipun cuaca masa tu pun tak mengizinkan.

Malam tu, kitorang dinner kat Ana Ikan Bakar Petai, kat Tanjung Lumpur.

Macam-macam seafood ada malam ni. Alhamdulillah... semuanya sedap!

Inilah ikan bakar petai yang famous tu. Sedap giler!

Alhamdulillah... syukur atas rezeki yang Allah berikan. Memang sedap dan sangat kenyang malam ni.

Sampai bilik terus tidur... kekenyangan...

Insya Allah... esok banyak tenaga lagi nak guna. Nak berkubang! Hehehhehe...

No comments :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lagi cerita lain...

Thank you for stopping by!

back to top