♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Friday, April 29, 2016

Alahai... Pengalaman tengok wayang di Premium-X Cinema, One City

Ini kali kedua company buat Movie Night. Cool kan?

Last time aku tak gi. So, kali ni join laaaa... Bila lagi nak tengok wayang dengan kengkawan... tanpa suami dan anak-anak... kan?

So, aku dan kengkawan tiba kat One City semalam lebih kurang pukul 7.15 malam. Wayang start pukul 8 malam. Ingat nak pusing-pusing dululah kat One City, tapi.... boleh kata tak der kedai untuk cuci-cuci mata... lengang dan kosong... Banyak kedai kosong.

Cuma ada sebuah kedai perabot jer kat level 3 kot. So cuci-cuci matalah dulu sementara nak tunggu pukul 8. Tetiba terberkenan plak dekat kerusi-kerusi ni.

Cun kan... Harga dia pun 'cun'!

Huhuhu.

Tapi kalau sesiapa yang minat deco Scandinavian, memang boleh datang kedai ni.

Ok... berbalik kepada cerita wayang.

Pukul 8 malam kitorang pun masuk... nak ke Hall 2. Kitorang sumer dah dapat tiket, so scan kat mesin dia jer dan masuk. Tiba kat Hall 2, aku tengok sumer kengkawan opis tak masuk dalam panggung lagi. Rupanya sebab movie sebelum tak habis lagi.

Pelik!

Tak pernah kena gini.

Kitorang ingatkan akan habis dalam masa beberapa minit lagi.

Rupanya...

Ada satu setengah jam lagi!

Biar betul! Habis tu kitorang punyer movie nak start pukul berapa?

Rupanya... Premium-X Cinema dah buat salah booking. Kat sistem diorang booked 29hb sedangkan kitorang booked 28hb. Staff  dia beria-ria kata kitorang booked 29hb.

Habis tu, apasal kitorang dapat tiket 28hb?

Haiiiiyaaaa... dah salah tak nak ngaku plak diorang ni. Lagi nak salahkan kitorang.

Sian committee yang uruskan. Susah hati diorang.

Tapi alhamdulillah... lepas berbincang... Diorang bukak satu hall untuk kitorang. Cuma start lambat sikit, 9.45pm baru start. Dalam hati aku... pukul berapalah nak sampai rumah ni? Esok kerja. Huuhuhuhu... Tak per lah... Sekali sekala...

Yang 'bestnya', pihak Premium-X kata akan bagi gantirugi tapi bagi popcorn free hari Isnin nak hantar kat office. Haah.... yelah! Popcorn overnight ke? Pastu hari Isnin nak buat apa? Sumer lepak kat rumah, cuti!

Patutnya... bagi kitorang popcorn free waktu tu jugak. Tapi non hado!

Tak per lah... Akhirnya semua dapat tengok wayang walaupun ada hiccups sikit. Satu hall kitorang conquered!

Actually, panggung wayang kat Premium-X ni memang selesa; kerusi selesa, siap ada meja setiap satu, aircond sejuk. Cuma bila ada kesilapan teknikal macam ni, nanti orang serik nak datang lagi. Dah lah One City tu macam hidup segan, mati tak mahu.

Apapun, good job pada committee! Keep up a good work!

Waiting for the next movie night...

No comments :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lagi cerita lain...

Thank you for stopping by!

back to top