♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Saturday, November 22, 2014

Surprise trip!!!

Petang semalam... sampai rumah, terus packing. Niesreena dan Naufal pelik jer... Sibuk tanyer... "Kiter nak gi mana, ayah? Kiter nak gi mana, mama?"

Hahahhaa... surprise!!!

Tapi lama-lama kitorang yang pening sebab diorang asyik dok tanyer jer... Akhirnya cakap jer kat diorang, balik rumah ayah tok! Baru diorang senyap. Hehehhe...

Pukul 8.30 malam kitorang tiba kat

Bayou Lagoon Park Resort

Apalagi... maka terkejutlah Niesreena dan Naufal!

Huhuhu...

Ya... untuk ke sekian kalinya kitorang ke sini lagi. Post terakhir aku tentang tempat ni ialah

Bayou Lagoon Park Resort... thumbs down!

Post aku ni merupakan post paling popular means paling ramai orang baca antaranya banyak-banyak post aku yang lain. Aku jugak terima banyak komen dari anon. Selain daripada tu, ramai jugak yang berkongsi post aku tu kat fb.

Terima kasih kepada semua pembaca dan mereka yang responds. Aku sekadar berkongsi pengalaman. Aku tak rasa Bayou Lagoon akan terjejas pun. Saperlah aku.... huhu...

So, hari ni nak berkongsi pengalaman ke sana lagi baru-baru ni.

So, dari segi harga, memang dah naik. Last sekali aku gi hari tu, adult dan children RM15. Tapi kali ni...

Tapi kali ni korang boleh keluar masuk waterpark dengan sekali bayar dari korang check-in hinggalah korang check-out. Oklah kan... Barulah pengunjung happy sikit!

Kat waterpark pun ada water slides baru. Sesuai untuk kanak-kanak. Dan memang best. Niesreena dan Naufal suka tunggu bucket air yang jatuh selambak tu. Excited diorang bila air tu jatuh... Huhuhu...

Aku pun tak lepaskan peluang try slides kat sini. Huhuhu... bila lagi kan?

~~(^-^)~~

Yang lain-lain masih sama dan semuanya berfungsi dengan baik.

Naufal kat slide oren tu - ala-ala superman!

Favorite slides Naufal dan Niesreena ialah yang warna biru ni!

Niesreena dan Naufal pun enjoy main jambatan tak stabil ni. Agak susah jugak. Tapi Niesreena dan Naufal beberapa kali berjaya merentasi jambatan ni. Good job Khairuns!

Bouncing balloon yang besar tu dah tak der. Dulu ada. Quite fun jugak. Budak-budak main loncat-loncat kat situ. Mungkin dah bocor kot. Huhuhu...

Towel, masih lagi perlu sewa RM5 dan deposit RM5. So, korang kalau nak ke sini, make sure bawak towel sendiri yer.

Alhamdulillah... cuaca hari ni sangat cantik. Tak panas dan tak hujan. Mendung jer... Memang best untuk main air!

Salah satu yang baru kat sini jugak ialah Bayou 9D Theater. Sorang RM15. Ada beberapa movie yang boleh tengok. Durasi lebih kurang 5-8 minit sahaja. Rasa macam tak berbaloi sangatlah. Sebab boleh tahan mahal tapi kalau nak rasa atau pengalaman... silakanlah...

Dah puas main air, balik bilik, Niesreena dan Naufal layan jacuzzi pulak. Wah! Kemain!

So, all-in-all, kat waterpark memang enjoy, persekitaran pun bersih. Bilik tidur pun selesa, lengkap dengan iron.

Cuma masalah yang dari dulu sampai sekarang masih sama ialah masalah lift. Kemain lembab! Mungkin masalahnya, penduduk apartment ramai. Tapi lift ada 3 jer dan kecik-kecik belaka! Setiap kali nak turun, mesti lift full. Nak naik kena tunggu 2-3 kali trip baru boleh masuk.

Nasib baik kali ni kitorang duduk tingkat 3 jer. So, kitorang turun guna tangga jer. Kalau duduk tingkat 6 ke atas, tak ke pengsan?! Huhuhu...

12 comments :

sha said...

nak pegi esok ni. hopefully ok. huhu

Julie Mangsor said...

Ok.. Insya Allah... Have fun, Sha! :)

nurafzan7779 said...

nak tanya....rate room tu tak include skali wristband water park ke?

Julie Mangsor said...

Ya.. termasuk... sat bilik 2 wristband.

nur rin said...

assalam..nk tny, it is compulsory pkai swimsuit nk masuk water park tu?

Julie Mangsor said...

SAlam Nur Rin,

X compulsory. Pakai t-shirt pun boleh.

nur rin said...

Orait. Tq..nxtweek nk g...huuu

Julie Mangsor said...

Ok Nurin!

Have fun! y(^^)y

Anonymous said...

Salam nak tny, akak tempah bilik online atau pun walk in je ? Hehee

Julie Mangsor said...

w'salam...

Biasanya saya akan tempah dulu kat agoda.com sebab takut penuh dan suka kumpul point kat agoda. :)

Anonymous said...

Salam akak! Nak tanya ni. Kalau kita dah tempah kat booking.com, nanti time nak check in nak kena bawak apa je ye? Sebab saya baru 1st time nak book kat booking.com tu :)

Julie Mangsor said...

Salam dik...

Lepas booking, dia akan bagi satu confirmation letter (kat website dan email). Biasanya saya akan bawa satu salinan, in case dia cari kita punya data kat hotel tak jumpa ke kan. Atau takut booking salah ke - kita book bilik lain, dia bagi bilik lain ke kan. Tapi biasanya dia tanya nama jer... settle...

Saya biasanya guna agoda.com daripada booking.com... lagi best.. nak tahu kenapa? Baca http://julieluvneezam.blogspot.my/2013/10/agodacom-vs-bookingcom.html

(^^)y

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lagi cerita lain...

Thank you for stopping by!

back to top