♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Tuesday, November 18, 2014

Niesreena did it again!

Hari ni, Hari Anugerah Cemerlang 2014 di sekolah Niesreena. Alhamdulillah... Niesreena dapat tempat kedua lagi dalam peperiksaan kali ni. Dah 4 kali peperiksaan, empat-empat kali dapat nombor 2!

Walau bagaimanapun, peratusan keseluruhan Niesreena sangat menurun kali ni. Tahun lepas, 95.3% tapi kali ni hanya 91%! Tahun lepas, Niesreena dapat nombor 7 daripada keseluruhan pelajar tahun 1. Tapi tahun ni Niesreena hanya dapat nombor 12 daripada keseluruhan pelajar tahun 2 di sekolah dia.

Well, agak kecewa... tapi aku tahu, Niesreena dah cuba buat yang terbaik. Hmmmm... mungkin banyak main kot tahun ni. Pastu suka sangat baca Lawak Kampus!

So, Niesreena! Tahun depan, kita kena buat latihan intensif lebih lagi dan lagi!!!

Lebih-lebih lagi, mulai tahun hadapan kelas-kelas kat sekolah Niesreena akan dibahagi mengikut tahap peratusan pelajar. Maksudnya, pelajar dengan peratusan terbaik akan menduduki kelas A, seterusnya B, C hinggalah yang lemah akan ditempatkan di kelas E. Ni apa yang cikgu dia bagitau masa enche Neezam gi ambil kad laporan kat sekolah ari tu. Tahun ni dan tahun lepas, para pelajar semua campur jer.

Apa-apapun... tahniah buat Niesreena! Mama dan ayah bangga dengan Reena. Tahun depan buat lebih baik lagi k sayang!

No comments :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lagi cerita lain...

Thank you for stopping by!

back to top