♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Tuesday, July 22, 2014

Resepi | Spaghetti Aglio Olio

Niesreena dan Naufal suka sangat makan spaghetti. Begitu jugak dengan mama dan ayah diorang. Selain daripada spaghetti bolognese, satu lagi spaghetti kegemaran kitorang sekeluarga ialah

Spaghetti Aglio Olio

Resepi ni sangat ringkas dan mudah tetapi sedap!

Hujung minggu hari tu sempatlah buat untuk sajian berbuka. Sedapnya... Buat sikit jer... Tak cukup! Huhu...

So, malam tadi buat lagi. Puas makan! Tapi kalau makan hari-hari pun best!

So, hari ni nak kongsi dengan korang resepi Spaghetti Aglio Olio yang ringkas, mudah dan sedap ni.

Bahan-bahannya ialah:-

1/2 bungkus spaghetti
Udang dan sotong sebanyak mana korang suka
3 ulas bawang putih dicincang halus
5 sudu olive oil - aku suka extra virgin
1 sudu serbuk lada hitam
3 sudu basil flakes
3 sudu parsley flakes
1 sudu chili flakes
Cendawan shitake kering
Garam secukup rasa

Cara-caranya:-

Rebus spaghetti sehingga lembut. Jangan overcook - tak sedap.

Dalam kuali lain, gunakan olive oil dan tumis bawang putih yang telah dicincang.

Kemudian masukkan sotong yang telah dibersihkan dan dipotong-potong dan juga cendawan shitake.

Kalau korang suka, boleh masukkan lada benggala dan juga cendawan butang. Begitu jugak kalau korang seafood lain - scallop atau kupang pun sedap!

Bila agak-agak sotong dah masak, baru masukkan udang. Udang masak sekejap jer. Jangan overcook! Kalau overcooked, nanti udang jadi lembut sangat dan lembik. I don't loike...

Bila udang dah masak (kemerah-merahan), masukkan spaghetti yang telah direbus dan ditus tadi. Kalau nampak macam kering sangat, tambahkan lagi olive oil dan ratakan ke seluruh spaghetti tu.

Masukkan serbuk lada hitam, basil flakes, parsley flakes, chili flakes dan garam. Ratakan ke seluruh spaghetti. Herba-herba ni korang boleh dapatkan kat pasaraya jer. Aku selalu beli jenama McCormic. Kalau nak lebih pedas boleh tambahkan chili flakes lebih banyak lagi. Atau nanti bila dah masuk pinggan masing-masing, pandai-pandailah tambah chili flakes tu masing-masing kalau nak pedas lagi.

Gaulkan semua sehingga rata dengan menggunakan api yang kecil.

Dan siap!

So, petang ni bolehlah cuba buat yer...

y(^^)y

Selamat mencuba! Dan selamat berbuka puasa!

No comments :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lagi cerita lain...

Thank you for stopping by!

back to top