♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Monday, January 27, 2014

Meja mamam marblecious

Alooo alooo... salam hari Isnin semua!

Minggu ni kerja 3 hari jer! Ho yeee ho yeee! Pastu cuti panjang! Cuti raya!

Hahaha...

Rayalah sangatkan... Sempena CNY ni, boss bagi 2 hari cuti bonus. So, memang cuti panjanglah kan... Khamis dah start cuti then hari Selasa depan baru masuk kerja semula! Esok plak nak collect ang pau! Yey!

Best! Best!

\(^^)/

Ha korang... ingat tak post aku yang lepas pasal meja marble atau L shaped sofa yang lepas? Ingat tak? Baca tak?
Elleh... macam ada orang baca jer kan... Hahaha... Tak per... aku tahu korang baca... Huhuhu...

Ok, dalam post tu, aku ada tanyer... saper nak belanja, angkat tangan!!!

Serius... ada orang angkat tangan!!!

Ngeeeeeee...

Terima kasih sangatlah pada orang yang nak belanja tu... sekarang meja tu ada kat rumah!

Taraaaa...

Haaa... cun tak?

Kerusi ni warna dark brown tapi nampak macam black plak ek.

Serius! Aku memang jatuh cinta sangat dengan meja makan ni. Sebab masa gi kedai ari tu, aku order lepas tengok kat katalog jer. Tapi bila dah depan mata... adoiaiii... Cun nyer!

Sebenarnya aku dan enche Neezam dan beberapa kali buat survey cari meja makan marble ni. Tapi kebanyakkannyer tak menarik minat kitorang. Lebih-lebih lagi pada harga. 6 kerusi pun dah cecah 3k. Ada jugak yang mencecah hingga 4k 5k! Gilos mahal!

Hinggalah pada suatu hari... kawan enche Neezam suggest kitorang satu kedai ni sebab dia pun beli meja makan dia kat situ. So, kitorang pun sajerlah singgah. Ingat nak survey dan cuci-cuci mata jer....

Hmmm... meja yang aku nak tu tak der. Yang sedang display ialah meja makan 8 kerusi tapi saiz empat segi tepat, jenis marble yang sama. Kerusi yang sama tapi warna putih. Cantik jugak! Tapi aku prefer lagi meja panjang, kerusi gelap. So, dia tunjuk dalam katalog. Yup, as I wished for!

Tanya harga.... cer teka berapa?

Teka!

Kitorang seriously tak percaya dengan harga yang dia bagi. Banyak kali aku cakap kat dia,

"Saya nak meja makan 8 kerusi tau... betul ker harga ni?"

Bangla tu kata "Betul kakaaaaaak"

Hmmmm... korang agak-agak berapa? Memang harganya jauh beza dengan harga-harga yang kitorang pernah survey sebelum ni.

Dia bagi harga

RM2,680

Ini harga sebab aku tukar kerusi crystal ni. Kalau kerusi yang original dengan pakej meja tu harganya boleh dapat RM2,400 untuk 8 kerusi!

Murah tak?!

Murahlah kalau untuk harga meja marble yang berkaki marble jugak. Aku tak rasa boleh cari yang lebih murah dari ni. Sebab tu lah... 'orang yang angkat tangan tu' tak agak-agak, terus booking. Lepas lima hari, barang sampai kat rumah!

Meja makan marble ni sangat-sangat-sangat berat! Sebab meja dia marble dan kaki pun marble. Nak angkat kaki dia pun dah berat giler! Bila dah letak meja kat situ, memang dah tak boleh nak alih-alih dah...

Hmmmm... kalau korang nak beli meja makan marble, bolehlah ke kedai yang aku beli ni. Nama kedai ni kedai perabot Bahagia. Ada beberapa cawangan seluruh Malaysia. Kat Nilai pun ada, tapi kitorang gi yang kat Bangi.

Terima kasihlah pada orang yang angkat tangan tu yer. Lepas ni saya masak hari-hari sedap-sedap untuk awak. Huhuhuu...

12 comments :

Dillaila Wahid said...

cantiknye kak julieeeee..terus terbekenan jugak. tapi rumah xde lagi cemane ni ;p

Juliet Le Sweetheart said...

Insya Allah... akan datang nanti boleh dapat satu, lebih cantik lagi! :)

Km Noor said...

ooooo eden la yang angkat tangan tu ya. tapi bila masa eden angkat tangan????
dilla: uishhh arin kata dia nak beli 8 bila balik malaysia sok. hahaha

Faridah Najuhah said...

Julie..mmg mantap n harga pun sgt berkenan..terus nak google cwgn lain kedai perabot bahagia ni...sesuai namanya, mmg buat org bahagia

Juliet Le Sweetheart said...

kalau tak angkat tangan, mungkin terrrrrangkat tangan... sayang nampak! huhuhu

Juliet Le Sweetheart said...

kak Rashidah Abdul Shukor & kak Faridah Najuna Misman jom angkat 1!

Faridah Najuhah said...

julie..agk2 kedai ni nak hantar tak ker tangkak

Juliet Le Sweetheart said...

eerrrkkkk... tak tau lah kak... cuba call kedai dia atau customer service. ari tu saya gi bangi, salesman dia bagus, kat nilai salesman dia 'macam bagus' huhuhu... website dia ni http://www.bahagia-furniture.com/Scripts/default.asp

Unknown said...

Ok la kak harga tue..cantik n sweetnya meja makan marble tue..saya berkenan gak kat meja tue cuma nk cari kaler putih..hehe.

Juliet Le Sweetheart said...

Thanks, Janatul. Hopefully jumpa apa awak berkenan nanti... :)

JOHOR MASTERBLOGGER said...

Betul ke original marble kak? Serius? Cuba cek bawah meja tu.. ada gak yang dibuat daripada konkrit dan campuran.. jatuh boleh patah kak julie oi.. hu hu

Juliet Le Sweetheart said...

Masa beli meja ni memang ada tanya pada penjual samada meja ni ori atau fake marble sebab harga murah kan... then salesman tu kata memang ori. Maybe awk boleh refer pd perabot bahagia kalau x yakin adik oiii....

back to top