♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Saturday, November 9, 2013

Dua-dua nombor dua

Pagi semalam enche Neezam sempat ke sekolah Niesreena untuk ambil keputusan peperiksaan. Aku kat office yang berdebar-debar. Kalau ikutkan memang nak pergi sama. Tapi... hmmmm... nak kena save cuti untuk akan datang...

Alhamdulillah... Keputusan Niesreena secara keseluruhannya sangat baik - 95.32%. Dapat nombor 2 dalam kelas. Ada subjek yang Niesreena agak lemah. Tak per... akan datang kena perbaiki dan usaha lagi!

Keputusan peperiksaan Naufal kali ni pun ada peningkatan. Kali ni Naufal dapat nombor 2. Alhamdulillah...

Petang semalam enche Neezam sempat jugak menghadiri Masjlis Anugerah Kecemerlang Kelas Agama Niesreena pada belah petang.

Niesreena dapat anugerah cemerlang dalam subjek Ulum Syariah dan Bahasa Arab.

Hahaha... Confius sekejap. Kat sekolah kebangsaan keputusan subjek Bahasa Arab dapat teruk. Kat sekolah agama, subjek Bahasa Arab dapat cemerlang pulak. Huhu... Apa-apalah Reena....

Ya Allah... Alhamdulillah... Bersyukur dan seronok rasanya bila anak-anak dapat keputusan cemerlang kat sekolah. Kitorang tahu, Niesreena dan Naufal dah buat yang terbaik. Harap-harap Niesreena dan Naufal dapat buat yang lebih baik lagi akan datang. Amin...

Hmmmm... Kitorang dah janji dengan Niesreena dan Naufal untuk bagi hadiah yang diorang nak kalau dapat keputusan baik. Nampaknya kena kotakan ni enche Neezam! Nanti kiter carilah itu barang yer...

So, lepas ni kiter enjoy cuti sekolah! Bulan 12 kiter gi Tambun!!! Yey!

posted from Bloggeroid

No comments :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lagi cerita lain...

Thank you for stopping by!

back to top