♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Monday, January 14, 2013

Niesreena's little reminder

Tengahari tadi sempat basuh kereta kecil warna pinkku. Tengah india tu dok vakum, tetiba dia datang kat aku dan bagi aku satu nota. Ingatkan apalah tadi kan... kot surat cinta kaaa??? Wat naye jer.... hahahahaha...

Tapi nasib baik bukan... ;p

Rupa-rupanya reminder yang Niesreena buat untuk dirinya sendiri.

Aku tengok pada tarikh yang Niesreena tulis tu. Tarikh hari tu, Niesreena kena marah dengan aku dan enche Neezam. Well actually tak lah marah sangat pun. Just brain wash jer...

Pagi tu Niesreena belanja habis RM5. Duit tak berbaki. Dia kata dia beli sebiji kuih jer. Mau tak kena marah, kan? Dari bab duit... berjangkit ke bab jangan hilang itu ini semualah.

So, malam tu seperti biasa Niesreena akan mengadap buku-buku dia. Rupa-rupanya dia tulis reminder untuk dirinya sendiri...

Aku ingat... masa aku tengah sibuk gosok baju dekat dengan Niesreena masa tu. Niesreena ada tanya, macam mana nak eja 'jangan'. Aku just jawab "J.A.N.G.A" dan aku tahu Niesreena boleh habiskan mengeja. Tapi tak sangka bleh terlebih 'G' plak kat belakang. Dah macam orang Ganu.

Tersenyum-senyum aku baca reminder yang Niesreena buat ni. Pada masa yang sama sedih jugak. Teringat masa Niesreena kena marah malam tu. Tapi harap-harap, apa yang kitorang nasihat tu Niesreena akan faham... And always be a very good girl!

Nway, ini artwork yang Niesreena buat dalam Note aku.

Niesreena kata, "Orang tu ada rumah dan pokok buah epal di depan jalan raya. Di belakang tu ada bukit dengan pelangi." :)

No comments :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lagi cerita lain...

Thank you for stopping by!

back to top