♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Thursday, January 3, 2013

Niesreena & Naufal ke sekolah!

Tahun 2013... Insya Allah... Tahun ni akan membawa banyak perubahan dalam kehidupan aku dan keluarga. Harap-harapnya yang baik-baik belaka. Amin...

Agenda awal tahun; Niesreena dan Naufal ke sekolah!

Niesreena masuk tahun 1 dan Naufal akan ke tadika. Tadika yang sama macam Niesreena tahun lepas - Tadika Islam Miftahul Ulum. Berbanding dengan Niesreena yang masuk tadika pada usia 5 tahun 1 bulan, Naufal akan ke sekolah pada usia 3 tahun 8 bulan! Bukan apa... Kitorang nak Naufal yang manja dan aktif ni lebih berdisiplin dan berdikari. Insya Allah...

Hari tahun baru yang lepas, 1 Januari 2013, aku dan enche Neezam menghadiri hari orentasi tahun 1 sekolah Niesreena. Walaupun nampak agak nervous, Niesreena tetap ceria dan happy. Nampak sangat tak sabar-sabar nak masuk sekolah!

Malam sebelumnya tu, Niesreena dan Naufal kitorang kerah tidur cepat. Sepanjang cuti yang lepas, kemain lambat lagi diorang tidur. Bangun pun... hmmmm... tok sah cakap lah... lambat giler! Minggu ni kena tune balik waktu tidur diorang!

Pagi tu awal Niesreena bangun. Exited nak pakai baju sekolah baru, tudung sekolah baru, kasut dan stoking sekolah baru, beg sekolah baru dan underware baru! Huhuhuhu... Naufal pun bangun awal! :)

Seawal pukul 8 pagi kitorang dah sampai kat Sekolah Kebangsaan Desa Cempaka. Tak ramai lagi ibu bapa yang dah sampai. Mungkin sebab majlis sepatutnya start pukul 8.30 pagi. So, sempatlah snap gambar Niesreena kat kawasan sekolah.

Niesreena prefer untuk ke sekolah dengan memakai baju kurung dan bertudung. Ada gak aku offer pakai pinafore tapi Niesreena tak nak. Malu nak pakai skirt katanya... Bagus! :) Aku tengok memang ramai bebudak tahun 1 ni yang pakai baju kurung dan bertudung. Hanya beberapa orang jer yang pinafore; tak sampai 10 orang pun.

Tapi agaknya dah jadi trend atau pun jugak minat bebudak atau parents sendiri, boleh dikatakan hampir 95% student perempuan membawa beg sekolah berwarna pink! Termasuklah Niesreena! Huhuhuhu... Niesreena ada 3 beg sekolah; beg sandang, beg tarik dan beg sandang tepi untuk sekolah KAFA. Semuanya warna pink! ;p

Niesreena memang senang sangat nak manage. Pandai sangat bawa diri dan sesuaikan diri dengan persekitaran baru. Bila Niesreena masuk kelas, Niesreena berkenalan dengan kawan-kawan baru. Niesreena seronok bila tengok ada beberapa orang kawan sekelas dia dari tadika yang sama dulu.

Keesokan harinya, 2 Januari 2013, semalam; giliran Naufal pulak ke sekolah! Hari-hari sebelumnya, bila aku tanya kat Naufal, "Nanti Naufal pergi sekolah ye? Sekolah macam kakak dulu." Naufal mesti jawab, "Tak nak!" Haaiiisshhh... memang risau kitorang dibuatnya.

Tapi amazingly, pagi semalam Naufal bangun awal! Dan exited pakai baju sekolah dan kelengkapan sekolah yang lain! Siap tak sabar nak ke gerak lagi! :)

So, semalam enche Neezam gerak lebih awal dan hantar Niesreena ke sekolah dia dulu sebab Niesreena kena sampai sekolah sebelum pukul 7.10 pagi. Then aku plak gi hantar Naufal ke tadika dia.

Sampai-sampai jer kat tadika, Naufal terus berlari ke dalam. Terpusing-pusing macam mencari sesuatu. Then Naufal kat aku dan kata "Mama, tak der pun kakak". Laaaaaa... mesti dia ingat Niesreena ada kat situ. Bila aku bagitau yang kakak dia dah tak sekolah kat situ, terus muka Naufal monyok.

For the first 15 minutes, Naufal tak nak berenggang dengan aku. Nak aku betul-betul duduk sebelah dia. Siap peluk lengan aku kuat-kuat. Even bila cikgu dia ajak ke kelas belakang pun, Naufal tak nak. Tapi... hmmm... Naufal ni memang tak reti duduk diam. Kejap tu, dia dah pergi ke segenap ruang tadika tu. Waktu tu lah... aku dan enche Neezam mengambil kesempatan untuk tinggalkan dia. Muahahahahhaha...

Tengahari tu, aku ke tadika Naufal semula. Cikgu Baei kata, Naufal nangis sekejap je tadi cari aku. Sekejap jer... Sekarang dah ok dan sedang duduk main blok dengan kengkawan seusia dia. Ok lah! Lega aku dengar! :)

Tengahari tu jugak aku ke sekolah Niesreena semula. Tukar buku teks, tanya pasal kelas KAFA dan arrange transport. Alhamdulillah... semuanya settle hari ni. Lega. Tak sia-sia cuti kerja. Hehehe...

Masa tunggu transport Niesreena datang, aku tengok ramai ibu bapa yang dok marah anak-anak sebab baju dan kasut sekolah kotor sangat! Heheheh... Samalah dengan Niesreena. Kasut kotor, baju kotor. Penat nak marah jer...

Balik rumah petang semalam, Naufal beria-ia cerita tentang aktiviti sekolah dia hari ni. Siap cakap nak buat kerja sekolah. Naufal tunjukkan kertas kerja yang dia buat pagi tadi kat tadika dan tunjukkan pada aku yang dia dapat 3 bintang! Huhuhu...

Alhamdulillah... lega sangat rasa... semuanya dah settle. Aku harap semuanya akan berjalan lancar. Tapi sebenarnya hari ni rasa bimbang jugak. Macam-macam fikir. Harap-harap minggu ni jer lah perasaan ni. Hehehehe...

Ya Allah... Terima kasih kerana permudahkan semua urusan kami. Lindungilah Niesreena dan Naufal, ya Allah. Semoga mereka menjadi insan yang cemerlang dan soleh solehah serta sentiasa di bawah limpah dan rahmatMU...

Amin...

No comments :

back to top