♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Sunday, January 20, 2013

Langsir vs langsir

Aku dan enche Neezam memang dah sehati sejiwa untuk tempah langsir baru untuk rumah baru nanti. Kalau boleh bila masuk rumah tak nak lah pakai 'langsir takut banjir' atau 'langsir menyapu lantai'. Nak elok-elok dan betul-betul fit untuk ruang masing-masing. Haruslah kan... rumah baru... :)

Tapi kadang tu, susah jugak nak sehati sejiwa dalam memilih patern dan design langsir. Kadang tu yang aku berkenan, enche Neezam tak berkenan... dan bila yang enche Neezam berkenan, aku plak yang thumbs down. Guano???

But at the end, kenalah sepakat kan? Takkan sebelah langsir corak lain, sebelah lagi corak lain. Ye tak? Alhamdulillah, kekasih hatiku ini sangatlah tidak berkira dan selalu beralah dengan isterinya ini... Cayang enche Neezam ketat-ketat! :)

So, memandangkan kitorang dah dok Nilai ni, ramai yang suggest survey langsir kat Nilai Square @ Nilai 1 atau ke Nilai 3. Ramai yang kata kat sana murah. Aku survey-survey blog pun memang ramai yang kata murah.

Taste aku, aku tak suka yang bebunga-bunga dan sarat-barat sangat...

Dooouuuuggghhhhhh...

Aku lebih suka yang corak abstrak, geometri ker... line ker... janji simple but nice! Enche Neezam pun setuju.

Dan warna... aku suka warna tanah, warna yang gelap sikit, ala-ala coklat. Tapi warna yang tengah popular sekarang ni ialah warna silver / kelabu nampak gayanya...

Cantik gak kan? Corak macam ni memang aku ada jumpa kat Nilai 3. So saper yang berkenan silalah jejakkan kaki di sana yer... Dan ada banyak lagi corak cantik-cantik.

Alhamdulillah... aku pun jumpa jugak patern yang menepati citarasa aku dan enche Neezam kat sana. Ngeeeeee... suka!

Hmmmm... bila dah pilih kain. Kenalah pilih patern plak. Kata penjual kedai tu, zaman sekarang banyak yang buat combine curtain. Maksudnya pakai lebih dari 1 jenis kain. Ada yang lawankan sebelah-sebelah....

Dan ada jugak yang tampal atas bawah...

Cun gaks! Tapi kitorang guna 1 kain jer. Seperti yang aku kata tadi; simple and nice. Oh ya... and budget. Muahahahaha... penting tu!

Kat sliding door, kitorang gunakan railing kayu dan kat tingkap corner tu tentulahlah guna L-shape railing.

Untuk ruang dapur, aku gunakan 3 jenis potongan. Kat dining, guna simple curtain yang panjang sampai ke bawah. Macam biasa tu. Dan tingkap-tingkap kat atas table top dapur aku gunakan potongan langsir separuh tingkap dan jugak roman blind.

Kalau langsir macam kat bawah ni letak kat dapur cantik gak kan... Alaaa... tomei... tomei...

Alhamdulillah... langsir tingkat bawah semua dah settle. Sekarang tengah tunggu jahit. Insya Allah dalam minggu ni diorang akan datang rumah untuk pasangkan langsir. Free! Alhamdulillah... tak payahlah aku bersusah payah nak pasang. Huhuhu...

Kalau kat Nilai sekarang ni, rata-rata kedai jual langsir akan tawarkan perkhidmatan menjahit dan pasang sekali.

Begitu jugak kalau untuk rumah baru, diorang akan datang ukur kat rumah dan pasang rail langsir sekali. Senang kan? Tak perlu pening-pening nak cari tukang jahit dan segala tukang yang lain.

Insya Allah akan datang nak cari langsir bilik budak-budak pulak. Kalau memang tak sempat sangat nak cari langsir baru nanti, pakai jer lah langsir lama dulu yer anak-anak. Nanti kiter cari langisr yang tomei-tomei macam langsir-langsir ni...

Yang first tu aku ada jumpa kat Nilai 3. Serupa atau hampir serupa. Tak sempat nak singgah jer. Almaklumlah... bz bebenor kitorang sekarang ni. Macam-macam nak kena kejar. Huhu...

Masa survey-survey ni, ada kain yang sama harga murah dan harga yang up sikit. Tapi kalau harga kain murah, kadang tu harga upah jahit tak kira lagi. Kalau harga langsir mahal sikit, harga upah jahit free, sebab dia dah masukkan harga upah dalam harga kainlah tu.

Harga rail langsir antara RM7 ke RM15 sekaki. Harga upah sekeping langsir antara RM8 ke RM10 untuk jahit biasa. So kena pandai-pandailah cari quotation yer murid-murid.

All in all... beriban jugaklah duit keluar untuk night curtain jer. Day curtain yang tak sempat nak cari lagi... :( Ni baru langsir tingkat bawah. Tak kire atas lagi. Haiiisshhhh... poning eden!

6 comments :

Elin Ahmad said...

Contoh2 curtain u sume lawa2...

Julie Mangsor said...

Tq Elin... Mungkin taste kiter samer... :)

fadillah said...

Skang kita plak tgh pening nk cr langsir.hahaha

Julie Mangsor said...

Langsir raya ke Fadillah... Kalau pergi kedai lagi pening. Nampak semua cantik! Tapi apa-apa pun kena sesuaikan dengan rumah, cat dan paling penting budget... :)

Hawa Shahida said...

beli dekat mane ye L shape railing tu? ad contact no x? hbgi sy di 012-12862609 asap ye, tq

Julie Mangsor said...

Salam Hawa,
Rail langsir L tu boleh beli kat kedai langsir. Saya beli kat kedai langsir kat Nilai 3. Tak der nombor contact sebab dah lama. Tapi rasanya semua kedai langsir ada jual...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lagi cerita lain...

Thank you for stopping by!

back to top