♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Sunday, January 27, 2013

1st morning

Lepas subuh, aku dan enche Neezam, terus keluar rumah... Menikmati udara dingin pagi! Sejuk dan berangin! Sangattttt best!

Dalam rumah pun sejuk. Niesreena dan Naufal masih nyenyak tidur dalam comforter masing-masing yang tebal. Kipas dah lama tutup. Sedapnya tidur...

Hmmm... kalau macam ni punyer sejuk, nampak gayanya tak perlulah pasang aircond kat rumah. Boleh? :)

Uikkksss... tapi kena pasang water heater, sebab air sangat sejuk... Ggrrrrr...

Suka sangat rumah ni! ^^

Alhamdulillah kitorang dah selamat berpindah ke rumah baru. Di lane ni, kitoranglah rumah pertama yang pindah masuk. Rumah lain masih sibuk renovate itu dan ini. Lane satu lagi, ada jugak 3 rumah yang dah berpenghuni. Lebih awal dari kitorang.

Kat rumah sewa lama kitorang masih ada lagi barang yang tak diangkut. Tapi barang kecik-kecik jer lah. Insya Allah dalam masa beberapa hari ni kitorang akan pergi ambil dan bersihkan rumah lama. Hujung minggu depan kitorang akan serahkan kunci rumah sewa kepada penyewa baru dan jumpa tuan rumah sekali kat sana.

Rumah sekarang ni masih dalam status tonggang langgang. Nasib baik enche Neezam sangat rajin dan tak berhenti-henti mengemas apa yang patut. Tapi Niesreena dan Naufal pulak tak berhenti-henti menyepah mana yang tak patut. Bila nak siap mengemas macam ni?

Penat jugak rumah bertingkat ni sebenarnya. Turun naik hantar barang. Aku rasa, lama-lama dok sini aku boleh kuruslah. Huhuhuhu...

No comments :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lagi cerita lain...

Thank you for stopping by!

back to top