♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Tuesday, January 26, 2010

Demam tennis ~ Australian Open

Baru jer selesai tengok perlawanan di antara

Andy Murray (Great Britain)

VS

Rafael Nadal (Spain)

Dan pemenangnyer ialah

Well done, Murray!

Aku sebenarnya tak lah minat sangat dengan sukan-sukan ni. Tapi sekarang tengah musim Australian Open. Kat tv boleh kata 24 jam tennis, kat facebook kengkawan citer pasal tennis, jumpa kawan, dok sebut-sebut nama pemain-pemain tennis. Hmmmmm... tak best lah pulak kalau dengar jer kan. "Saperlah yang diorang dok sebut-sebut ni?" Rasa cam aku ni tongonglah pulak... hehehhehe... So, nak tak nak 'terpaksalah' layan gak tennis... tapi bila dah terlayan... rasa best lah pulak! :)

Tadi sempatlah tengok perlawanan di antara Nadal *ranking #2 dunia* vs Murray *ranking #5 dunia* kat channel 7 *tengok kat tv jer yer... harap maklum... :)* Best! Memang perlawanan yang hebat dan bergaya! Ending jer tak best...

Murray diistiharkan menang bila Nadal terpaksa tarik diri sebab sakit lutut dan dengan itu membolehkan Murray melangkah ke semi final. Walaupun Nadal tarik diri tadi, Murray memang dah mendahului pun. Murray dah menang dua set sebelum tu. Ok lah kan...

~Saat-saat Nadal tarik diri :(~

Memang hebatlah sebab Murray dapat mengalahkan pemain tennis nombor 2 dunia tu. Tapi mungkin kalau Nadal tak sakit lutut, susah jugak Murray nak kalahkan Nadal rasanya... kot... Ye tak? ;p

Ok kengkawan, jangan lupa 7.30 malam esok, Tsonga vs Djokovic. Pagi tu ada jugak, Federer dan adik-beradik Williams beraksi dalam gelanggang. Jom tengok!


*juliet le sweetheart : tak larat nak join kengkawan tengok persembahan bunga api sempena Australia Day tadi... sangat letih...


4 comments :

Kak Amy said...

ye betul... actually dah perasan dari last game dgn ivo yg nadal tak kejar sgt bola. tak macam last year aus open. dah start sakit semula kot lutut dia - dia operate lutut last year. sian dia.. sedih la semalam. pagi ni buka tenet baca pasal nadal, sambung lagi sedih semalam. hmm xpe la, kalau dia menang pon bukan dia nak share hadiah dia yg berjuta2 tu kan... xpe la xpela... tapi stil sedih la rasa hehehe

Juliet Le Sweetheart said...

waaaa.... kak amy ni mesti peminat fanatik nadal ni... hehehhe

kak jumee said...

relax amy, tabah kan hati ye.hehehe.....julie nanti kita buat la trobe open nak? main tennis trough Wii...hehehe

Juliet Le Sweetheart said...

Boleh kak Jumee... kite beregu duaorang k! :)

back to top