♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Wednesday, July 8, 2009

Study circle @ #14, Waterdale Appartment

Buat julung-julung kalinya, study circle muslimah diadakan di rumah kitorang kat Waterdale ni. Alhamdulillah... ramai yang datang walaupun ada yang agak terlewat. Memang penuh rumah.

Study circle ni macam usrah. Setiap dua minggu sekali, warga muslimah kat Desa Bundoora ni akan wat study circle kat rumah kengkawan kitorang untuk bincangkan apa-apa yang berkaitan dengan Islam dan isu semasa dan berkaitan dengan diri kiter sendiri. Bagus kan? Sejak bersalinkan baby Naufal hari tu aku tak dapat nak join study circle. So hari ni wat kat rumah aku. Rasa senang sikit. Disebabkan study circle ni hanya untuk muslimah jer, enche Neezam terpaksalah membawa diri bersama baby Naufal ke rumah enche Zafiri suaminya Nita.

Agenda study circle hari ni dimulakan dengan solat isya'. Then kitorang wat solat hajat atas permintaan kak Dayah. Kak Dayah nak balik Malaysia esok. Hari Isnin akan datang ni kak Dayah akan ditemuduga untuk jawatan PM. Harap-harap segala urusan kak Dayah dipermudahkan. Dan harap-harap apa yang kak Dayah hajati tu tercapai. Amin...

Sebelum kak Dayah bagi tazkirah, Iman {anak kak Sham}, Hana {anak kak Farizal} dan Aisyah {anak kak Dayah} membacakan surah-surah yang diorang hafal. Walaupun ada jugak yang diorang terlupa, tapi pendekatan yang kak Dayah cuba buat ni sangat bagus!

Tadi kak Dayah bagi tazkirah dari surah An-Naziat *kalau tak salah ingatan aku*; cerita tentang hidup dan mati serta dugaan-dugaan yang Allah bagi.

~Kak Dayah memberikan tazkirah~

~Makan time!~

Lepas tazkirah, kak Dayah terpaksa balik sebab ada tetamu datang kat rumah dia. Dan kitorang teruskan dengan agenda makan. Banyak sangat makanan hari ni sampai tak cukup meja. Hari ni aku wat nasi impit dengan kuah lodeh, kuah kacang, sambal tumis. Aku sempat gak buat rendang daging, tahu sumbat dan karipap pusing tadi. Macam menu hari raya tak? Hehehhehe... Alhamdulillah... semua licin! Tak membazir! Seronok betul! Tambah seronok lagi bila orang kata aku masak sedap. Hehehhehe... Tapi semua makanan yang diorang bawak pun sedap jugak...

Lebih kurang pukul 9.30 malam, tetamu beransur pulang. Enche Neezam pun pulang bersama putera aku... :)


*juliet le sweetheart : selalu kena usrah dengan enche' Neezam


No comments :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lagi cerita lain...

Thank you for stopping by!

back to top