♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Friday, July 17, 2009

Niesreena demam

Niesreena demam lagi. Dah dua malam. Aku risau sangat. Niesreena kalau demam temperature dia akan naik hampir 39 degree. Panas sangat. Pipi, mata dan bibir pun naik merah. Bila aku tuam badan Niesreena, Niesreena nangis sebab sejuk, katanya. Lebih-lebih lagi sekarang ni musim sejuk. Pastu selsema pulak. *sighs* Sian anak mama...

Yang buat aku geram kat Niesreena ni, dia ni tak nak makan ubat. Memang susah sangat nak suruh makan ubat. Sampai bergaduh-gaduh dengan aku. Bila aku paksa makan ubat, Niesreena katup mulut dia rapat-rapat. Kunci habis!!! Geram betul aku! Macam manalah nak cepat baik. Bila aku masukkan ubat dalam ribena, Niesreena tau plak tu. Rasa ribena jadi lain. Langsung tak mau minum. Eeeee geram!

Boleh dikatakan dalam empat bulan sekali mesti Niesreena demam. Pastu Niesreena kalau demam bukan kejap-kejap. Paling-paling 3-4 hari. Eeeeee... risau... risau... Dah dua malam jugaklah aku tak boleh tidur sebab risaukan Niesreena. Asyik terbangun tuam badan Niesreena. Kerisauan ni membuatkan aku tak boleh tidur. Kalau tertidur pun, kejap-kejap terjaga. Hmmmm... esok pagi mulalah pening kepala. *sighs*

Tak sanggupnya tengok orang yang kita sayang sakit kan... Kalau boleh biarlah aku yang tanggung kesakitan diorang daripada tengok diorang sakit.

Ya Allah... sembuhkanlah Niesreena, ya Allah... Aku tak sanggup tengok Niesreena lemah tak bermaya... Sian Niesreena...


*juliet le sweetheart : ngantuk tapi tak boleh tidur...


11 comments :

Tipah said...

Alamakkk... Kak julie.. bawa hospital laaa... Takot laa budak2 demam panas2 ni..

Salwa said...

betul2 dah jumpa doktor ke belum? insyallah cepat sembuh.

lindahpadlee said...

Julie..batter jumpa dr cepat2..jangan tangguh2..

Isma said...

bawa jumpa Dr cpt2, nnt melarat,

Heda said...

cpt gi jumpa doktor, cpt mkn ubat, insya Allah cpt sembuh..

Watie said...

Hi Julie, hey Darling, mestilah kenal...melampau ah kalau tak kenal lan ...heheheh... ciannya anak hang sakit, mesti risau kan ..harap Nisreena cepat baik kay sayang!!
anak aku lately astyik jatuh katil jer .. dah lasak macam boy ah dia tuh ..eheheh
dude, nanti aku link kan blog ko kat blog aku kay .. :)

syazyati said...

siannye dia demam..kalau fever dia dh nak dekat2 39deg. saya slalu bagi ubat thru rectum sajork. at least cepat sikit demam dia kebah. kalau ubat makan mcm lmbt sikit nak bg effect.

*juliet le sweetheart said...

thanx semua... kitorang tak bawa niesreena ke jumpa gp pun. sebab dari pengalaman yang lalu, bawa niesreena gi klinik, tanpa appoinment, tunggu 2 jam lebih sebelum masuk jumpa doktor. then doktor tu check tempreture tu tulis kat post-it-note >> panadol for infant. aaaarrrrggghhhh... sakit hati. cam tu aku pun bleh jadi doktor. so, sekarang ni aku just bagi niesreena makan ubat & selalu lap badan niesreena dengan kain basah & berdoa agar niesreena cepat sembuh! :)

Norreen said...

Semoga cepat sembuh

mak su nina said...

maksu doakan nina cepat sembuh ek...sayang nina...

Nita said...

la..ye ke..sian riena..makan ubat tau..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lagi cerita lain...

Thank you for stopping by!

back to top