♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Monday, July 6, 2009

Niesreena cayang

Dah lama tak cerita pasal perkembangan puteri aku yang sorang ni; si Niesreena buchuk. Memandangkan hari ni usia Niesreena genap 2 tahun 7 bulan, so, aku nak citer sikit pasal kakak Niesreena, ok! :)

♥ sejak dah jadi kakak ni, Niesreena selalu gelarkan diri Niesreena kakak. Suruh mama dan ayah panggil Niesreena "kakak Niena".

♥ Niesreena buat lawak. Niesreena panggil baby Naufal -- 'Nauf' dan kadang-kadang 'Fal'. Pandai jer lah si Niesreena ni. Bila mama dan ayah suruh panggil adik dia Naufal, Niesreena sebut 'Ofal'... hai... opo-opolah...

♥ alhamdulillah... Niesreena sayang kat baby Naufal. Gentle sangat dengan Naufal. Kadang-kadang tu Niesreena geram. Kelakar plak tengok. Bukan geram sebab nak pukul ke apa, tapi geram sayang. Paham tak? Hehhehehe... Bila dengar baby Naufal nangis, Niesreena akan bergegas pergi kat Naufal "Nauf...", "Faaallll... jangan nangis..." kata Niesreena. Pastu terjerit-jerit panggil mama dan ayah dia bagitau yang baby Naufal nangis.

♥ sekarang dah pandai mintak milo. ;p *Anak orang lain dah lama minum milo ek. Anak aku baru nak belajar minum milo. Hehehehhe...* Bila dah mintak milo, Niesreena mesti nak tengok aku buatkan milo tu sebab dia nak meratah milo tu. Bila wat milo mesti Niesreena mintak sesudu milo suap kat mulut dia dan satu sudu ke mulut aku. Ngeh ngeh ngeh... Kalau Niesreena tengok dalam botol susu dia warna putih jer {susu} dia akan kata "nak milo!". Tapi bila nak tidur, aku tak kasi milo. No milo! Sebab nanti bila dah minum, botolnya Niesreena akan letak jer bersepah then tompok-tompoklah milo atas katil aku. Tidakkkk!!!

♥ suka sangat setiap kali bila Niesreena makan dan Niesreena kata "eeeemmmmm sedapnyer!". Comel tol! Aku pun bahagia mendengarnyer. Walaupun aku masak tak lah sedap mana pun tapi terasa macam dihargai sangat sangat! Hehehhe... Pandai anak mama ambik hati mama. ^_^

♥ oh ya... Niesreena dah baaaaaaanyak sangat vocab dia; Malay & English. Kadang-kadang bila Niesreena cakap, terkeluar ayat-ayat yang first time aku dengar. Lebih best lagi bila kengkadang tu bila Niesreena cakap sesuatu ayat tu, buat aku terfikir "manalah Niesreena belajar cakap macam tu ek?". Nasib baiklah yang Niesreena belajar tu bukan ayat-ayat terlarang! ;p

♥ sekarang ni aku sibuk buat karipap pusing yang kengkawan tempah. Bila aku sebuk menguli, Niesreena pun sebuk gak nak tepung; nak buat main. Aku pun bagilah sikit doh untuk Niesreena buat main supaya dia tak kacau aku. Niesreena tengok jer aku wat karipap macam mana, pastu dia ikut. Habis dia pusing-pusing doh dia tapi tak jadi gak rupa karipap. Hehehhehe... Pastu Niesreena suka sangat makan karipap. Tapi masalahnyer.... Niesreena suka makan kelim {bahagian tepi karipap} dia jer, so bakinyer terpaksalah mama atau ayah dia yang makan.

♥ hmmmmm... apa lagi ek? Aku pun tak ingat... Ok last! Niesreena kalau makan nasi mesti nak kicap! Ayooooo... menurun ayah dia lah ni... ;p

Averall, perkembangan Niesreena sangat bagus. Niesreena cepat belajar. Semakin pandai melawan pun ye jugak! Hehhehehe... Tapi nak wat cam ner kan. Kena sabar jer lah.

Seronok tengok anak-anak membesar depan mata. Seronok tengok diorang saling sayang menyanyangi. Harap-harap macam tu lah diorang sampai ke tua. Amin...



*juliet le sweetheart : kadang-kadang kurang sabar jugak dengan perangai anak-anak...


3 comments :

Raghdah said...

julie..nama anak julie tu ada sama sikit ngn anak k dah no 2, nama anak akak Ammar Naufal, adik dia panggil dia Topal...haa..haaa

Isma said...

lupa nk bgtau, bestfren isma 2,2 nama anak dia naufal, naufal najmi n naufal najwan

Onizuka said...

Best dgr anak ko dah besar...bile kite yg menjaga nyer...oooshhh...lambat plak rsenyer dorg besar...mang sonok tgk anak membesar depan mata...bukan depan org...ha ha ha...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lagi cerita lain...

Thank you for stopping by!

back to top